Monday, March 26, 2007

manis..

Sejak sesudah subuh lagi pokcik sudah tertonggok disana. Dan sigadis yang membuka pintu memandang dgn perasaan konpius, namun masih mahu menguntum senyum.

“Awalnya pokcik datang.. kami buka pukul 9 pagi.., “ ujarnya penuh mesra.

“Tak apalah, pokcik pun tak wat apa.. kang lambat2 nanti tutup pula , “ jawab pokcik cuba berselamba walau didalam dada berdebar2 dan berderau2. Maklom la kali pertama sampai kesini.

Agaknya memang perlu pokcik kemari. Nasihat dari beberapa oang yg telah mengalaminya hatta dari Tok Lipat sendiri begitu menyakinkan. Ooo.. patutlah sejak kebelakangan ini, pokcik mulai rasa letih2 yang teramat dan sentiasa tak berstamina. Pulak tuh malam2 yg sepatutnya tahan melayan santai sambil lepak2 dianjung menjadi tak konsisten. Pokcik terlelap sebelum waktunya dan bangun jauh dari waktu sepatutnya. Apa dah jadi dengan pokcik nih? Alahaii..

“Tarik nafas..” doktor kecil molek itu bersuara. Halus dan manja bunyinya hingga tarikan nafas pokcik jadi senggut2 pula. Setelah stetoskop dilekapkan didada dan belakang sambil mendengar degupan kalbu pokcik ( iye ler tuh kut), dia kemudian meramas2 jari pokcik hingga semakin suspension pokcik jadinya.

“ Tak ada apa pakcik, saya nak ambil darah untuk check gula. Pokcik belum makan apa2 lagi kan? “ pujuk doktor itu pabila meyedari pokcik agak takut melihat jarum yang ada.

“ Err.. belum.. tadi rasa nak minum jugak tapi tak ada selera gitu “ jawab pokcik tah hapa2 tah.

“ Sempat jugak pokcik mengerling pada tag nama doktor tuh. Safrina Azlene, amboi sedap sungguh nama dia, seayu oangnya. Memang sajak pakai baju putih labuh dengan stetoskop melingkari leher jinjangnya. Anak sapa lah nih? Hik hik Ada gaya ala2 seorang doktor gitu kekekek erks ??

Opocots! Terkejut pokcik bila terasa hujung jari bagai digigit semut. Hujung jari pokcik yg mula pedih2 tuh dipicit hingga keluar beberapa titik darah lalu dititiskan pada satu alat ini kecik siaz empat segi ni. Beberapa ketika kemudian, ia berbunyi tit.. tit..

“ Kandungan gula pokcik nih agak tinggi. Pokcik selalu minum air2 manis ke? “ soalnya tiba2.

Pokcik menggeleng2 kepala “ Err.. taklah doktor, saya minum yang pahit2 jek, cam kopi tongkat Ali. Selalu pokcik minum yang itu lah “

“ Kalau makan nasi, apa lauknya? “ Soal doktor itu lagi

“ Oo.. yang itu macam2 lah lauknya. Macam2 rasanya, tapi biasanya, yang sedap2 laa “ jawab pokcik sungguh2. Memang selama ini pun nasi bungkus yang jadi menu setia.

“ Hmm.. mulai sekarang pokcik kena jaga makan sikit. Jangan makan manis2 sangat.. bahaya “ doktor tadi mula menasihati setelah yakin akan sebab musabab keletihan pokcik saban hari.

“Itu tanda2 awal kencing manis, Kalau pokcik nak tahu simptom2nya ialah cepat mengah, cepat letih dan asyik nak tidur je. Makan pun jadi berselera, tapi sebenarnya membahayakan. Nanti organ2 lain pula yang rosak kalau tidak dikawal seperti jantung, buah pinggang dan hati, ” Sambung dia lagi.

“ Lama2 nanti, fikiran jadi selalu lupa2 dan silap2 boleh nyanyuk awal “

Pokcik mula terkebil-kebil mendengar ayat2 yang terakhir itu. Betul2 menakutkan. Selama ini pokcik tak berapa tahu sangat. Lagi pun sapalah nak jaga makan2 pokcik nih. Mana yang boleh makan, mana yg tak boleh. Kalau rezeki murah, ada ler yg membelanja makan “apa saja”. Kalau tidak makan "sekut saja". Mengenangkan akan hal hidup yang berapa tak terjaga nih, tiba2 pokcik jadi sedih pula.

“ Sekarang nih, pokcik kena jaga makan minum. Ingat tu, tak boleh selalu sangat makan manis2. Kalau nak minum pun kurangkan gula, tak ada terus pun tak apa. Minum air masak je. Jaga kesihatan sikit pokcik, dah tua2 nih memang banyak risikonya “

“ Abih tuh pokcik nih err err pendek umur ler doktor ?“ soal pokcik terus terang, takut dengan sebarang kemungkinan atau kompilasi dek kerana sakit2 yg rajin menyinggah2 sekarang nih.

“ Eh! tak adalah sampai macam tuh. Setiap sakit ada ubatnya. Janji pakcik kena beringat selalu. Jaga kesihatan sendiri baik2. Sayang diri sendiri. Barulah sihat dan panjang umur” balasnya

“ Tapi doalah banyak2 supaya dikurniakan kesihatan yang baik. Mintak pada Tuhan supaya panjang umur selain berusaha yg termampu “ tutur doktor tersebut.

Baik sungguh layanan doktor ini pada pokcik. Rajin dia menasihati yang baik2. Harap2 perihatinnya juga ikhlas. Mungkin dia pun ada mak ayah yang sakit2 macam pokcik nih. Selain ubat2an, oang2 tua pun perlu kata2 perangsang. Nasib baik pokcik buat keputusan ke klinik cepat2, kalau tidak langsung pokcik tak tahu.

Setelah mengucapkan terima kasih (daun keladi) pada doktor dan berjanji akan datang memeriksa gula lagi, pokcik keluar dengan wajah yang sedikit muram.

Nampaknya, untuk hari ini tiadalah pokcik rasa mahu bermanis2 wajah..

Alahaii..

11 comments:

Purpleheart said...

Orang kata kalo nak ubat kencin manis, minum teh misai kucin. Tapi pakcik jangan lak cabut kucin punya misai, nanti jadi kencin masam lak. Pakcik jaga ek pemakanan ngan tensen2 sangat.

Mersik said...

purpleheart - Alahaii.. dah tua2 gini, keseorangan, tak terjaga, tek berdaya, sakit2.. manalah tak tensen2..? alahaii..

Terima kasih daun keladi krn menasihati, perihatin, mengambil berati.. atau.. mengasihi barang kali.. hik hik alahaiii

Hasrul Halid said...

Pokcik amik la nombor telepon doktor tu, manalah tahu kot-kot 'memerlukan'.

Hehehehehe!

Purpleheart said...

Alahai sedihnye dengar, nak meleleh air mata nie dengar.. tapi tak pernah la dengar ayat memberati.. apa maksudnye tuuu???

pakcik nak ke misai kucing, blakang umah saya banyak kucin.. hehehhe gurau aje, jangan marah. Kat umah saya ada teh misai kucin..

Mersik said...

Hasrul Halid - wahh.. nama ko nih klasik sungguh gitu.. amboi2 suo ambik telepon doktor aa.. hik hik uii wat pe ambik no pone kalau dah taku klinik dia kat mana..

Perlukan no ambulan in case terkoma2 ke kekekeke


purpleheart - Hik hik memberati tuh dr perkataan "mengambil berat" ..amboi bahasa pokcik kan jenis tahap tinggi gitu.

Teh misai kucing lom try lg.. cam mana ek rasanya? Ada cam teh cina atau teh hijau ek?

Kopi Tongkat Ali still no one..!

Purpleheart said...

Teh misai kucin rasenye cam minum teh ijau aje atau pun teh terlupa nak bubuh gula..

Mersik said...

purpleheart - Oh begitu.. hmm kira tawar2 pahit lah ye. Tak pe lah, nanti pokcik cari2 aa.. alahaii mekasih ler..*wink* hik hik

ayu_mkay said...

camne nak bagi tak mo manis ekkk..? emmmm jgn manis ler jwpnya..heheheh. tapi tak mkn manis pun tak bleh gak, kang tak dek gula lam badan tu. apa pun controooollll... sabor ek.

Mersik said...

ayu_mkay - Alah sebenornya bkn bagus benor manis2 nih..merosakkan badan jek. Kalau rajin exercise tak pe la.. alahaii..

Suka bermanis2 wajah pada oang yg perihatin dan gemar memberi nasihat..hik hik *wink*

manjlara said...

salam!
pokcik klu x bermanis wajah pun tetap glamer :)

Mersik said...

manjlara - Ooo begitukah?..

( Ada rasa sikit2 nak bermanis nih, manis2 buah gitu..hik hik )