Saturday, March 31, 2007

Maulid Nabi..

Sejak semalam, jemaah surau dihebahkan dengan perayaan menyambut Maulidur Rasul yang akan dilakukan lepas Asar ini. Satu perarakan akan diadakan menuju ke Mesjid besor di Shah Alam sana.

Pokcik memang faham benor, malah tiap-tiap tahun akan diadakan perarakan tersebut. Sambil2 tuh akan dilaungkan salam dan selawat dengan sebanyak-banyaknya terhadap Nabi Besar junjungan kita itu. Kalau lagi ramai yang ikut lagi meriah, kalau ada budak2 lagi riuh..

Maklomlah, dalam melalui sepanjang-panjang hari penuh rasa keduniaan nih, sapalah yg sering meningingati pesuruh Allah itu. Kalau boleh, hari-hari harus diingati, sebagai tanda kasih dan sayang dan mengakui dan mengikuti akan kebenaran Agama dari langit yang dibawanya.


Jalan2 ramai2 tentu tak terasa penat, Harap-harap tahun ini, ramai ler oang yang join. Jangan sampai amalan baik ini dilupakan terus. Kalau kat kampung tuh jangan ceritalah, memang meriah punya. Satu kampung berarak. Dibandar-bandar cam ni? Alahaii..


Tak ler nanti ramai oang2 tua jek yang ikut, yang mana jalannya makin jadi perlahan tiap2 tahun ( kecuali pokcik laa.. sebab pokcik ada kasut snickers.. toing.. toing )..Dari jalan seorang, lantas berdua ( sebab dipimpin2 ), mungkin juga bertiga ( sebab pakai tongkat). Namun semangatnya masih kuat, tuh la best nye oang2 tua generasi lama2 yg masih ada sekarang nih , bersemangat kental dan waja ( macam pokcik jugak laa)..

Harap2 cuaca petang nih redup dan nyaman supaya mudah kami berarak.

Dan.. harap2 ada ler makan-makan lepas majlis berarak2 tuh.. hik hik alahaiii


Nota Cagu :


Untuk anda semua, SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL , sama2 lah berselawat banyak2 supaya kita mendapat syafaat Nabi Besar kita, di akhirat kelak.


Lepas tuh kalau ada sambutan ditempat anda, gi le memeriahkannya. Kalau ada ceramah2 pun, gi jugak..

2 comments:

manjlara said...

erm, pokcik..pokcik..
asik2 makan, manelah x 'manis' oops! sori ehh, sengaje lak!
tp klu lps berarak tu memang kena makan2 gak, ko tak nnti tak mulas pulak nak apdet entry ek? spe susah? peminat2 pokcik mersik gak yg susah ek..

Mersik said...

manjlara - Alah..dah penat2 jln peluh2 mustilah nak minum2 atau mkn2..kekeke..

Apatah lagi bagi warga2 emas cam pokcik nih, tentulah dilayan mcm emas kekeke.. cehh manjanya hik hik