Friday, March 16, 2007

Hujan petang semalam..

Hujan petang khamis semalam sungguh mendamaikan. Sedari tengah hari, cuaca yang mulanya kekal terik perlahan2 berbalam dah jadi suram. Sedar2 jek sudah melebat hujannya. Pokcik sedang duduk berlepakan bila terasa sejuk melingkari tubuh badan. Uii sedap betul hujan turun2 gini.. Kurang sikit panas badan.

Memang sejak dua tiga hari nih panasnya begitu menyengat2 hingga hampir gugur kekeringan rambut pokcik dibuatnya.. alahaii

Hujang petang semalam agak cerah sikit walaupun mendungnya ada. Dapatlah tenguk suasana air yang melimpah turun menghentam bumbung umah, pokok2, tanam tanaman dan tanah.

"Iksh iksh kalau buat kopi sedap nih, " pokcik mula berkira2 hendak melayan santai. Dah lama sungguh tak hujan dipinggiran Shah Alam nih. Agaknya hujan rahmat kut.

Pokcik ralit memandang pangkin dibawah pokok pelam depan pondok tu. Sekarang nih bukan musim pelam masak. Kalau tidak dah lama pokcik duduk2 sambil mengopek pelam. Kena yang muda2, uii.. cicah dengan sambal kicap , adehhh.. pasti terangkat punya.. sedapnya terasa2 gitu.. hik hik macam oang mengidam plak.. gegege

Kemudian terpandang cik tom berlari2 masuk memanjat tangga. Kemana tah perginya..? Biasanya dia sedap tidur petang2 nih..

Diatas tanah yang lecak2, seekor dua siput babi sedang menyelamatkan diri, kelihatan juga ayam keding yang berlari2 , anak katak yang terlompat2 dan Dol yang terkinja2.

Hah ! Dol ?? pokcik mengecikkan biji mata untuk memfokus lebih jelas. Asparagusss !!

"Dol ! " jerit pokcik kuat2..

"Atuk.. meh main hujan tok..! ," pelawa Dol selamba sambil datang dekat. Tubuhnya serba lencun. Dan dengan seluar pendek birunya, dia girang berlari2 semula ke tengah laman.

Tangannya tak lekang dari memanggil2 pokcik..

"Iksh iksh iksh budak Dol nih..kang deman baru tahu, " rungut pokcik mengeleng2 kepala.

Alahaiii..

Nota Cagu : Selamat berhujung minggu pada semua, semoga ceria2 selalu..

7 comments:

Unknown said...

Ya, selamat berhujung minggu juga. Jangan lupa nanti balik koje ya?

sd. said...

entry ni mengimbau kenangan masa kecik2 dulu..ujan ptg2..main ujan ngn kwn2..suke main ujan..

uhuk uhuk..rindu umah~

Mersik said...

zalisa maz - Uii mana leh lupa kerja.. oops err mana pokcik de kerja? dok lepak2 santai2 jek hari2 hik hik .. alahaii..

Pepe pun slmt berhujung minggu gak..ceria2 selalu..

sayda - Dulu hujan bersih, main patplo kali un tak apa2. Skg nih kena setitis dah pening pala.. alahai.. nak main pun serba salah kekeke alahaii..

(Suka main salji.. tentu seronok nih gegege )

sd. said...

jom la meh sini..main salji lak..
hehe

:D

Mersik said...

sayda - kesana? main salji? Alahaii sat pokcik tido2 dulu sambil mem"bayang2"kan aaa. gegege hik hik alahaii

Abang Long said...

pokcikreti ke main salji ? .... belajarlah pegang ais kepal lama - lama ... kalau boleh tahan ... barulah main salji ...hehehehihihihikhikhikgegegege ....

Mersik said...

abg long - Hohh.. ais kepal mana leh main2 lama.. Nak2 bila dah dibubuh air gula, jagung, susu, sirap, kacang merah dll.. uii ais kepal versi abc.. mana leh tahann.. hik hik