Seingat pokcik lah, masa kecik2 dulu pokcik sangat nakal gitu. Nama pun kecik2, budak2, tentulah nakal ek? Tapi kenakalan pokcik nih tidak lah menjadi hal kepada masyarakat sesangat, cuma lebih kepada memeningkan ibu bapa gitu terutama ayah.
Puas sudah disebat, disesah, dirotan dan lain2 hukuman lagi, namun kedegilan pokcik tetap tak hilang. Agaknya sampai ayah pun naik boring. Ayah sebenarnya tak banyak cakap, Cuma bila sesekali dia bersuara , geruh bunyinya. Kalau rotan naik kebadan maka aduh la pula jawabnya. Berbekas sampai berhari2. Namun walau berkali2 pun dirotan, pokcik tetap juga nakal. Tak tahulah kenapa.. memang tak makan saman langsung.
Dalam satu insiden yg pokcik pun tak berapa nak ingat, rasa2nya melibatkan sekolah, mungkin sebab pokcik tak tak nak sekolah ke atau cabut sekolah.
Masa tuh bila ayah tahu, dia jadi terlalu marah. Terpacak pokcik berdiri seperti biasa, menanti dibebel atau menanti sang rotan singgah. Tapi waktu tuh, ayah hanya diam sahaja, tak memukul.
Keruh wajahnya. Pandangannya tajam menikan hingga pokcik tertunduk2 tak mahu memandang, bagaikan oang salah gitu (mmg salah pun). Dahinya berkerut seribu, barangkali tengah berfikir. Lama sungguh dia berfikir.
Setelah agak lama mendiamkan diri, barulah ayah bersuara " Sekarang nih senanglah, ayah ada. tak payah nak fikir apa2. Nanti bila ayah dah tak ada, baru lah kau tahu tinggi rendah nya langit tu "
Pokcik tak tahulah masa tuh, apa maknanya perkataan tu. Tapi bunyi suara ayah agak sebak dan tertahan2 nafasnya. Matanya nampak berkaca2. Agaknya2 segala yang terluah lahir dari dalam hati dia yang pasrah. Tentu hancur hatinya mengenangkan anak dia nih yang tak makan dek ajar.
Kini setelah berpuluh2 tahun masa berlalu, bila pokcik dah tua barulah terngiang2 kembali perkataan tuh. Pokcik sedih sangat kerana tak dapat nak memahami perasaan ayah masa tuh. Pokcik terkilan tak dapat mententeramkan jiwanya yang bergolak. Mungkin pokcik leh minta maaf atau menangis sahaja minta simpati. Kedegilan pokcik sebenarnya yang membuat jiwanya bengkak. Oh! jahat sungguh pokcik masa tuh..
Dan memang benarlah seperti yang dikata, sebab sampai sekarang nih, kerana kurangnya ilmu, pokcik masih tak dapat mengukur berapa “ tinggi”nya langit.
Sementara hidup pula, sekadar cuma2. Hanya ber kos “ rendah “ sahaja. Tiadalah mampu nak bersenang lenang atau berkaya2.
Moral :
Sentiasalah ingat kata2 dari oang tua kerana disebalik nasihat, marah, bebelan, pukulannya, ada doa dan harapan yang tinggi melangit untuk kita.
(Sambil menyapu air mata yg mengalir lesu dipipi )
Maafkan saya ayah.. maafkan saya..
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
4 comments:
abah sy jentik sy pun x pernah. tp sy masih gerun dn hormat pd dia. dan skrg bila dia dh tua, kami bersahabat. sy nk cerita apa saja dgn dia pun blh. dan dia selalu berusaha utk menjaga perasaan sy.
alahaii mersik...kita ni ada persamaan rupa2nya waktu bebudak...budak nakal! arwah ayah slalu kalau marah, ni standard linenya...nakal ngalahkan adik2 yg lelaki! kalau mak pulak..kasi jelingan maut...jap lagi keluarlah sepit ketam. itupun tak reti serik lagi...baru rasa sepit ketam, berlari terjun parit blkg rumah! bila nak balik, barulah tergigil2...bukan sbb sejuk...dah terbayang2 rotan halus mulus sambil mencerna segala macam bentuk mempertahankan diri...hahaha...the good ol' days..
nor ash burn - Mungkin skg nih dia menjadi seorang tua yg senang hati meilat anak2 yg dah berjaya dan berdikari. Cuma perlu dilawati selalu sbb kadang2 nih bila dah tua kita jadi begitu sunyi gitu.. alahaii.. Kim salam ayahnya ek bila jumpe. hik hik
Salmah - Kadang2 hidup manusia nih sangat aneh terpaksa menyedari sesuatu setelah berpuluh2 tahun ianya berlaku. Kasih ayan dan ibu takkan berubah walau masa berubah, cuma kita sahaja yang kadang terlupa.. bila dah ada keluarga sendiri barulah terasa.. alahaii.
i cnt just ignore ur writing..rasa2 kalu jumpe face2face, pokcik ni lawak ke ek??
hehe
Post a Comment