Hujan sejak subuh2 tadi begitu lambat nak berakhir. Titisnya perlahan dan dingin sekali. Suasana langit begitu suram hingga pokcik rasa tak de harapan nak tenguk matahari bersinar. Sejak pagi, tersadai jek la di anjung melihat2 suasana hujan yang gerimis itu.
Pagi2 tadi nampak si Dol tengah bersiap2 dengan pakaian sukannya. Kabo2nya hari nih ada sukan sekolah. Melihatkan hujan yang sebegini panjang, tak tahulah jadi ke tidak. Ye lah, takkan nak suo budak2 seme berlari dalam hujan. Budak2 memang ler suka main hujan, lepas tu mak bapak pulak yg susah kalau ada yg demam2 atau sakit2. alahaii. Tapi kalau sukan sekolah tersebut bertukar jadi sukan air, Dol pun suka. Tah2 dia tak gi sekolah dan bermain di parit plak. Iskh iksh..risau hati pokcik dibuatnya. Namun melihatkan dia masih lagi tercatuk2 diatas tangga sambil membuat kapal kertas, hati pokcik jadi lega. Mungkin bapaknya tak kasi pergi..Nak berlari apa2 hujan2 nih, walau pun dia tahu keupayaan Dol tuh sendiri ( dalam hujan2 begini..)
Air perigi kat belakang tu sah2 lah sejuk gila. Maunya getaran sampai ke tulang hitam, mengiggil macam kena karan, kadang sampai beberapa ketika. Alangkan lepas subuh tadi pun dua tiga kali buang air.. sebab sejuk sangat.. kekekeke..
Hai.. hujan sekarang pun tak menentu. Bila dah turun tuh, kadang panjang2.. sampai boleh lari rancangan yang telah dibuat sejak mula kerja senin lalu. Kut2 ada yg nak gi jalan2 ka, soppin2 ka, tenguk2 wayang ka, main buai ka atau plan yg bermula sebaik sinar mentari pagi menyerlah. Bagi yg tiada plan cam pokcik nih, pun jadi letih lesu dibuatnya.. Kalau tahu nak hujan pagi2 nih, pokcik akan lepak sampai dinihari, lepas subuh baru tido, barulah syok sikit, barulah boleh menikmati..hik hik..
Apa2 pun.. tak yah ler nak mengeluh2.. Apa cuaca yg diberi hari ini terima jek la dengan hati yang redha. Mungkin ada rahmat disebaliknya. Dan mungkin petang nanti, matahari akan menyuluhkan jalur sinarnya.. supaya manusia boleh juga beraktiviti lagi..
Selamat hari Ahad, dan semoga ceria2 selalu..
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
4 comments:
Pakcik,
hujan tu rahmat kan. Kita kat Malaysia ni sesekali ujan pagi pun dah tergigil2, cemanalah gamaknya kalau turun salji ya.. kang ada jugak yang tak nyempat gi tandas. Heheheheh..
purpleheart - Hujan salji? uiii hari2 la kite makan abc , pas tu waaa.. kena kencing manis plak..ikh ikh alahaii hik hik
Yg suka tido time hujan.. asyikkkk..
erm, tuk pengidap migrain cam lara, ujan adalah rahmat. klu cuace panas,mmg mudah sgt dpt migrain w/pun b'kurung dlm umah. erm tapi klu asyik ujan pon bleh gak kena migrain, sbb bila baju skola anak2 sumer tak kering, maka migrain pon mulalah berdamping hehehe :P
manjlara - alah sbb tuh ada pepatah , sediakan payung sebelum hujan.. dan sediakan panadol selepas hujan.. kekeke..
Waktu hujan kena ceria2 gak.. baru migrane tak datang.. kekekek alahaii
Post a Comment