Tuesday, April 17, 2007

Jajan..

“ Apa nih? “ soal pokcik bila budak Dol tu menyuakan sesuatu. Masa tuh kami sedang duduk bersantai2 diatas tangga pondok.

“Jajan... best .. “ jawabnya selamba sambil mulut berpolok2 mengunyah jajan yang sama. Pokcik angguk pala, sedikit suka sebab dapat jajan best..


Namun melihatkan pokcik terherot2 nak mengigit plastiknya, lantas dia mintak balik, nak tolong gigitkan. Maklom la.. gigi kurang ngan gigi penuh kan lain kekekek..


“ Alahaii.. tima kasih lah Dol bagi atuk satu, baik betul hati Dol nih, “ puji pokcik pada Dol yang kadang2 suka berbudi nih, hmm … kadang2 jek tau..


“ Tak apa, Dol pun banyak lagi nih “ . Dia semakin asyik mengunyah.


Pokcik pun mengeluarkan kan jajan berupa keropok macam bentuk popia itu, bersaiz kecik yg nampak rangup . Sua kedalam mulut sambil cuba mengunyah2 diantara deretan gigi2 yang tak berapa nak ada. krup krap , krup krap bunyinya, hinggalah tiba2 rasa cam nak terbeliak biji mata.

“ Tuii!.. tuii ! ‘ pokcik meludah dengan muka yg berkerut2. Sambil tuh menjelir2 lidah keluar masuk membuang sisa.


“ Apsal tuk ? “ soal Dol tiba2, terperanjat dengan gelagat pokcik.


“ Uii.. jajan apa nih Dol?, masin nya.. “ Soal pokcik dengan muka yang masih berkerut2.

“ Jajan best lah atuk. Tak masin lah.. Sedap apa, masin2 sedap jek “ jawabnya bersungguh..

“ Haii.. tak takut ke makan masin banyak2 nih Dol , bahaya untuk kesihatan, nih bahan2 perasa nih tak elok makan banyak “ nasihat Pokcik pada Dol yang nampak terpinga2 nih..


“ Eh! mana ada tuk?, hari2 Dol makan jajan nih, tak ada apa2 pun?.. okey jek.. bertenaga lagih haa , “ balasnya lagi. Pokcik terkedu, hanya mampu menggeleng2 kepala.


Budak2 cam Dol nih apalah tahunya? Kalau jajan barang seposen, doposen tuh memang mudah sangat lah nak dibeli. Kalau bapaknya bagi seringgit pun dah kira mewah. Tapi dah nama budak2 , jajan2 aje lah yang dbelinya meskipun ada roti atau biskut2 yg lebih berkhasiat.


“ Kesian Dol nih, kecik2 dah pandai makan garam . “ bisik pokcik dalam hati. Tak tegur salah, nak tegur kang, banyak pulak cekadaknya.. alahaii


Atau mungkin juga dia selalu mendengar , kata2 pokcik yang selalu disebut2, “ pokcik lebih dulu makan garam “ dan sebab itulah dia nak makan garam lebih awal.. Oh! Tidak!, Harap2 ianya tak benar gitu. Iksh iksh risau pulak hati pokcik dibuatnya..


“ Berapa banyak Dol beli jajan nih? “ tiba2 pokcik rasa nak bertanya..

“ Sepuluh bungkus… “ jawabnya sambil menyeringai..


Adusss.. hampir2 pokcik nak terkoma.. alahaii

3 comments:

Purpleheart said...

Pakcik, tak elok makan masin2.. pakcik aritu kena kencin manis, nanti kena pulak dara tinggi.. kang sapa yang susah..

©Nur Raina said...

Pokcik... mana lak jajan tu masin. Tu mesti yang dah expired tu. Yang Dol bagi kat Opah De tu elok jee... jangan jeles....

Mersik said...

purpleheart - huu huu taklah, pokcik cuma rasa2 jek.. Dol yg bagi.. Tak berkenan aa kat tekak nih.. masin ya amat. kalau pokcik makan mau terkoma2 patplo hari.. alahaii

Eh, ada yg susah ke? hu huuuu


Opah De - Kekekeke..mustilah, nak kasi oang specials, dia pilih yg manis2.. pokcik nye yg masin2 kekeke..

Budak Dol nih nak kena tul.. gegege