Friday, April 27, 2007

Pesta Buku.. pokcik ingin kesana..

Pening kepala pokcik masih tak hilang sepenuhnya. Namun pokcik terus kena berehat juga, mudah2an esok pagi akan lega dan ringan kepalanya.

Adapun esok lusa pokcik akan berpergi2an kepesta buku Antarabangsa di PWTC ini. Biasa ler, kata oang kalau nak pandai menulis kenalah rajin membaca. Dengan sebab itulah pokcik gagah2kan juga diri ini menempatkan diri dalam kesesakan lautan semanusia, berpusu, berhimpit2 dan berlangkah setapak2, sambil2 melihat2 suasana dan deretan2 buku yang harum wangi bau kertas2nya gitu.. Walaupun pokcik tak berapa mampu sangat nak memboli tapi jadi lah untuk nenguk2..sambil membaca satu dua baris walau terangkak2.

Kalau anda seme ada masa, sudi2kan lah diri kesana. Lagi pun acara ini bukan selalu pun ada, dan dalam setiap majlisnya pun bukan selalu pokcik ada. Hik hik. Ini satu peluang gitu..

Bagi yang berkesudi2an juga hendak bertemu pokcik yg maha glamer mamer nih, sudilah2 menyapa. Maklom la pokcik nih kadang2 tak berapa kenal. Otak pun dah tua dan selalu lupa2 gitu. Dalam hati ini, memang teringin bersangat2an hendak berjumpa tetamu yang sudi bertandang ke pondok buruk maya pokcik yg bukan sedikit glamernya juga.

Oleh kerana dijemput kuat oleh oang kuat Alaf21 FC tuh, maka akan menempelah secara kuat2, pokcik disana tu. Katanya,
.
“Kami harap pokcik boleh datang dan lepak lama2, sesudah subuh dan sehingga turun embun jantan “
.
Asparaguss..mau pitam pokcik mendengarnya. Alahaii.. mana larat pokcik nak dok lama2 cam patung kat situ, kecualilah ada ramai peminat2 yg menghurungi gitu kekekek Dan dalam hati ini ada sedikit sedih juga sebab permintaan pokcik nak membawa sekali pondok kesana ditolak. Kalau tidak..uii patplo hari pun pokcik leh berkampung2 di sana kekekeke

Pada anda yang mengenali pokcik seadanya, harap kita dapat bersua disana. Tak susah nak kenal, mana yg nampak cam glamer jek tu.. maka sah lah tu pokcik kekekek. Waktu tu, usahlah di jerit2 , diglamer2kan, dipeluk2 hatta didakap2 sekalipun, kerana.. perlakuan2 yg sebegitu akan hanya membuatkan pokcik termalu2 ayam sahaja.. Harus pipi pokcik yang hitam kerak ini jadi merona kemerah2an bak udang dibakar gitu kekekeke. Dan yg lebih penting, kain pelikat pokcik tuu... janganlah ditarik2 ..alahaii

Yo lah, maih ler kite sama2 gi sana, cari2 buku untuk menambah ilmu. Semoga kita akan dapat banyak manfaat selain mencergaskan otak kita untuk berfikir2. Bawaklah sapa pun yg ada supaya sama2 dapat membantu "mengurangberatkan" duit dipoket anda kekeke.. acah jek.

Ok laa.. selamat hari Jumaat, kepada mereka yg ada aktiviti lain.. selamat bercuti hujung minggu dan senyum2 selalu..

Alahaii..

6 comments:

hayat said...

alangkah teringinnya sy nak ke pesta buku tu...tambah2 lagi pok cik juga ada di situ...mengidam sungguh untk menyapa...tp apakan daya,kaki tangan ni tak mampu melangkah jauh...nak menyeberang lautan dalam...tak pandai berenang...nak naik basikal...tayar dah pancit...

walau apa pun pujuk2 ler suruh darah tu turun sikit...kurang ler nyut nyut tu agaknya...alahaiii...

sayda said...

bestnye..i wanna go as well..
nak ikut pokcik, tunggu tunggu..

nor ash burn said...

pokcik glamer.. di dlm lautan manusia dn bk nnt, sy pasti x menemuimu. so x berpeluanglah sy nk menyapa, menegur apatah lg nk menyertai peminat menyerbu pokcik yg glamer tu. harapan sy.. begitu pokcik masuk ke dewan tu, begitu jgklah keadaan pokcik semasa keluar nnt. jgn ada yg terkurang atau terlebih! ekekekekkk

Mersik said...

hayat - Uiii tak apa, pesta tuh tiap2 thn ada. maklom la kat m'sia nih mewah ngan pesta2 buku..tak apa, mudah2an lain tahun leh join.. sabor jek laa..

Pasal darah tuh..ntah la. merajuk sungguh dia naik tak mau2 turun , kalau nak turun disuonye mandi dan tido selalu.. kekek abih la, jadi cam bantal kusam pokcik dibuatnya. Kenalah tu lwn ngan bantak busyuk kekeke..

Sayda - Hik hik pokcik pun tungu komuter nih. Meh la cepat .. nanti terlepas . hik hik.


Nor ash burn - Jgn ler berkabo begitu. Apakan daya, antara kita ada tembuk penghalangnya.. awak dibelakang sana, golongan sang2 penulis.. manakala pokcik uhuks.. uhuks. sang perapu2 ( dlm blog). apakan bisa beramah tamahnya? hik hik

Kalau oang menyapa, pokcik layan la.. alahaii kan pokcik nih perihatin dan perisantun gitu kekeek

So, far, okey.. okey.. kain pelikat masih lagi terikat kemas.. cuma..koyak sana sini jek la.. kekekeke gegegeg

cikscarlet said...

kelakar ah pokcik ni...* gelak golek golek*

Mersik said...

cikscarlet - Amboi2 , suka nye dia.. bebaik2 nak bergolek2 tu.. kena ada bantal golek sekali.. kekeke alahaiiii