Dia tidak sepatutnya berada disitu. Entah bagaimana akibat tuntutan kelangsungan untuk hidup diera pembersihan tempat asalnya ( dulu sebuah estet kelapa sawit yg kini sudah membangun jadi kawasan perumahan ) memaksa beliau hadir disini hampir saban malam.
Dengan tubuh yang kurus kering, berseluar pendek, serta kemeja kotak2 terbuka dada, dia berkayuh basikal disetiap blok flat membawa sama dua buah bekas cat ( saiz besar) buat menampung air. Dia menjaja perkhidmatannya. Itulah dia si india tukang cuci kereta bergerak.
Kebiasannya kita kan membawa kereta kekedai cuci , namun si india nih lagi kreatif, membawa tempat cuti ke kediaman anda berserta kemahirannya mencucui dibawah2 flat umah anda. Sebut sahaja mana kereta anda, itu jam juga akan dicucinya.
Perlatannya mudah sahaja . Kalau nak diikutkan hanya dua bekas air, entah dari mana sumbernya diambil, mungkin ditepi tong sampah, mungkin dipaip2 pecah atau dibawa dari rumah. Kain buruk tah di recycle sudah beberapa kali. Mungkin pakaian bundle yang dah tak diguna lagi.
Entah bagaimana skill nye diperolehi. Setakat menyapu dan membersih, kemudian gosok2 sapa pun boleh buat. Tapi, di waktu malam yang gelap. Macam mana nak basuh kereta? Apatah lagi kalau tempatnya gelap, dan kereta itu pula berwarna hitam ? Ntah lah, tak terfikir plak akal kita ya.. Tentulah segala2nya perlu lebih teliti, mencari kotoran dan habuk yg hendak dicuci.
Setiap kali pokcik jalan2 dan tersua dengannya pokcik jadi hairan. Satu malam yang hening, pokcik pun duduk la dibawah blok tempat dia beroperasi, saja nak melihat dia mencuci. Hmm.. memang sungguh jimat dan cermat. Air nya dicurah secara cuak2 jek. Macam oang main cepus2 air dipantai, begitulah disimbahi setiap badan kenderaan. Kemudian disabun pelan2 , ntah sabun cap ayam ke? Lantak la.. janji sabun hik hik.
Baldi air yg kedua pula diguna untuk membilas2 dan mengelap sampai kering. Uii.. memang berskill sungguh dia nih.. Laju pula. Tak sampai setengah jam dah siap. Kalah pencuci karan yg ada kat pam2 minyak tuh..alahaii
Pokcik kagum benar dengan semangatnya mencari rezeki itu. Lebih mengkagumkan lagi bila sedang ia mencuci, telefon bimbitnya berbunyi2. Dengan sebelah tangan mengelap sebelah lagi menjawab telefon, dia melayan panggilan. Mungkin kawannya, mungkin juga pelanggan.. wah.. canggih betul.
Kalau setiap malam, takkan tak dapat lima enam kereta, lagi pun rumah2 flat disini ada dalam 60 buah blok. Keretanya sahaja tentulah dua atau tiga kali ganda. Kalau dah dapat yang regular customer lagihlah seronok. Upahnya pun koman2 enam tujuh ringgit satu kereta, dah hampir2 nak menyamai cucian ditempat biasa yang mempunyai pam percik sabun dah semburan air berhalaju tinggi.
Segala2nya adalah disebabkan keinginan. Apa yang kita fikirkan dan hendak buat, secara otomatik tubuh badan akan bergerak sama. Walau penat dan letih melanda, asalkan dapat mendatangkan hasil, apa salahnya. Mungkin siang2 dia ada kerja lain, malam pula sambung mencuci kereta. Kerja kuat2 , lama2 pun boleh kaya apa.
"Pocii, itu kereta mau cuci ka?, " soalnya dengan ramah sambil menunjuk pada sebuah SUV Kia Sorento tidak jauh disebelah tempat pokcik duduk.
"Ooo.. tak apa, itu orang gaji saya nanti basuh lah," jawab pokcik selamba dengan slang penuh gaya ibarat orang putih yang tersedak cili.
"Wokey! tarak apa..," jawab india tersebut, mengangkat tangan sambil berkayuh pergi.
Pokcik tersengih menahan ketawa. Lepas dia berlalu pergi, barulah pokcik ketawa kuat2 patplo kali.. hik hik hik..
Cehhhh.. Kia Sorento konon.. huu huuu
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
3 comments:
Salam Pokcik... KIA Carnival pun best oooo... Opah De tengok kat iklan lerrr. Pastu, Opah De ngan anney naik sikal palang tu pergi ke car yard, nengok-nengok keta 2nd/3rd hand yang tersadai kat situ. Sambil nengok tu, kami sempat lagi main aci nyorok. Best oooo... manyak keta kat situ.
Pakcik,
kagum kan dengan kekuatan orang2 yang cuci kereta nie.. pandai sungguh cari keje, selalunya India lah. Jarang sangat nampak orang melayu yang rajin cenggitu.
Opah De - Uiii sapa kata tak best? kalau dah dpt, pas tu ubahsuai cantik2 cam MTV pimp yg ride salu wat.. walaa meriah gitu kekeke..
Alahaii bila la tuh agaknya ek? kekekek
purpleheart - Sepatutnya, kita kena rasa malu dan lebih memikir. Kalau oang lain leh buat, takkan kita tak nak wat.. cari duit halal lagi..
Biasa lah, kita nih kdg2, kalau tak kerana malu..malass..alahaii
Post a Comment