Sunday, April 08, 2007

Jangan tonggeng belakang

Pokcik tak mahu percaya sebenarnya. Tapi cakap2 oang disekeliling begitu bersungguh sampai timbul rasa sangsi didalam hati ini.

“Eh! baru pagi semalam pokcik jumpa dia. Siap dia ajak sekali gi umah dia malam ni , “ terang pokcik seraya membidas cakap2 oang diwarung Ah seng itu. “ Ah! dia sengaja nak umpan pokcik tu. Hati2.. karang dengan pokcik2 sekali dihirupnya " jawab beberapa oang yg lain.


" Hirup ? Ahh.. memang pun dia ada cakap ajak hirup2.. " pokcik mengaru2 kepala.

“ Suka hati pokciklah, kami cakap aja, sampai sampai pokck tersaruknya nanti sudah lah. Kami tak campur. kami seram, “ ujar beberapa oang disitu. Waktu itu pokcik sedang lepak2 di kedai kopi Ah Seng.

Balik ke pondok, si Dol pun bercerita akan hal yang sama . “ Atuk jangan gii sana tau, kang buatnya tiba2 dia bertukar jadi raksaksa gorgon, besar dan ganas, macam mana? Atuk larat ke nak lawan? “ soal Dol sambil terbeliak2 matanya. Tangannya digapai2 menambahkan karut ceritanya.

‘Abih tu ko buat apa plak? “ soal pokcik separuh bengang.

“ Oooo.. kalau Dol, apa susah, pangil Ultraman taroo.. yahh! Yahh! Yahh! “ jawabnya pantas, sambil terkinja2 dan menyilangkan tangannya mem fire ala2 ultraman.

“Ah! sudahlah kau. Itu lagi mengarut. Hah..tu mak ko dah pangil balik tu.. gi cepat , “ Pokcik sengaja mengacah2nya. Malas hendak melayan. Namun dia terpinga2 juga sambil terus berlari balik. Buat sakit hati jek. Tambah menyakitkan lagi apabila sambil2 berlari balik, sempat dia melaung “ Atukk.. walau apa pun yg terjadi, jangan tonggeng belakangg… huu huuu “. Iksh iksh Dol nih, saja jek buat seriau aku. Sib baik ko lari balik, kalau tidak dengan ko2 sekali pokcik ‘taro’ kang.. kekekek..

Tak apa, tak apa, malam nanti pokcik nak pergi juga. Bior pokcik pastikan hal yg sebenarnya.

Dan malam itu memang pokcik berani2kan juga diri pergi. Namun, sampai sekerat jalan beraninya dah jadi separa2 pula. Bila dah tiba hampir didepan rumahnya, hilang terus beraninya malah berganti pula dengan sifat seram2 sejuk. Tuu.. dihadapan tangga sana, dia sedang duduk menanti, bagaikan makhluk yang sedang bertapa... merenung pokcik dari jauh. Bersedia untuk menerkam.

Dari raut wajah berbayang hitamnya, kelihatan asap nipis teroleng2 keudara. " Ah sudah, bior betul nih “ rungut pokcik dengan kecut hati. Memang sah segala kata2 oang mengenainya. Dia sudah bertukar menjadi makhluk berasap2, kerap berubah2 suara, terjerit2 dan menghasilkan bunyi yang pelik2 lagi bingit.

Namun pokcik usahakan juga membaca apa2 yg patut, segala doa2 yg pokcik ingat pokcik baca dan sembur2kan kedepan, termasuklah doa makan dan doa masuk tandas. Alahaii..

Tiba2 dia bangun dari tangga, berdiri mengadap pokcik sambil mula melangkah. Pokcik terpaku macam kayu, tak berdaya nak lari. kain pelikat pokcik gemggam erat2, takut londeh sebelum waktunya. Lutut pula jadi lemah selemah semangat yg ada nih.

“ Alahaii.. betul ke dia dah jadi raksaksa?, Alahh.. bahaya nih. Buatnye dicekau batang tengkuk pokcik nih.. abih lah hayat oang tua ini, meranalah oang2 yg mengasihi pokcik dalam maya nih.. alahai “ bisik pokcik dengan tubuh ketar2.

Teringat pula kata Dol , “ Atuk, walau apa2 pun yg berlaku, jangan tonggeng belakang..” Ah! kacau lah Dol nih..! “. Dah tentu2 mende nih kat depan pokcik. Buat apa nak pandang belakang? “ pokcik jadi konpius sendiri. Namun logik akal pokcik yg serba celaru nih, memaksa2 untuk mempercayakan bahawa idea si Dol nih logik juga. Perlahan2 pokcik memusing badan membelakanginya, supaya pokcik boleh menonggeng dan melihat kebelakang dari celah2 kelengkang. Kalau2 kaki nye tak jejak tanah, maka sah2 lah dia tuh haa.. haa .. haann, oh!.. tak sanggup rasa hati nak menyebutnya..


Dalam pada hendak mengonggeng2 , tiba satu bunyi berirama pelik2 bergema dari makhluk itu. Pokcik jadi makin terkedu, hati semakin takut. Degupan jantung bertambah2 kencang.

“ Hah! sapa? Hmm.. hmm.. dah datang dah.. dah datang. “ suara nya yang serba garau dan kuat menggetarkan tangkai jantung pokcik hingga nyaris2 gugur. Apa yang dah datang ni? Pokcik ke? Dia nak.. nak makan pokcik ke? Nak hirup darah pokcik? Haa..takotnye aku.! " pokcik berkira2 mahu pengsan, namun misi menonggeng harus diteruskan juga. Perlahan2 pokcik tonggengkan badan dan melihat dari celah kelengkang. Namun, yang kelihatan hanyalah serba hitam, pokcik keliru.

“ Oii pokcik ! , apa kejadah tonggeng2 ni? Dah buang tebiat ke? “ soal suara itu. Pokcik tersedar, walaupun hampir2 terjelepuk. Dalam takut2 tuh pokcik toleh semula kedepan. Kelihatan, tok siak tersengih2

Ditangannya tergenggam sesuatu. Pokcik tunjuk dengan jari yang mengiggil2..

“ Oh.. nih handphone, anak aku yang belikan. Senang katanya nak telefon2. Tapi susahlah, perlahan sangat dengornya, sampai terjerit2 aku dibuatnya. “ ujar Tok siak sambil menyalakan sebatang lagi rokok daunnya. Asap yang sama juga teroleng2 diudara. Pokcik telan air liur beberapa kali, lega rasanya.

" Yang kau tonggeng2 nih buat apasal? " Tok siak pula bertanya.

" Saja aku nak pastikan yg kau nih bukan hantu " jawab pokcik sambil mengesat2 peluh didahi.

" Hahahah.. lawaknya, abih tu nampak ke? "

" Taklahh.. aku tutup mata, takut gitu.. kekekekekek " pokcik bergelak bersama2 Tok Siak. Ketawakan diri sendiri yang kalut tak tentu pasal.

“ Ooo. Ooo kau nih buat suspension aku jek. Mati2lah aku ingat ko nih dah jadi hantu ke, raksaksa apa tah .. “ ujar pokcik perlahan, setelah mendapat kekuatan semula.

“ Makhluk ? iksh iksh mengarut lah.. mana kau tahu? Sapa yang cakap “ kali ini Tok siak pulak konpius.


“ Dah lah, marilah kita minum2, ko kata ajak kemari.. nak ngeteh2 kan? nanti aku ceritalah, ‘ ajak pokcik tak sabo2. Tengah2 mengah nih rehat minum air lagi baik.

Malam itu kami berborak dengan panjang, tapi lebih banyak gelak2. semenya kerana gara2 Tok siak ber handphone baru. Jadi, sapa2 yg lalu lalang dirumahnya perasan seolah dia sedang menurun atau bercakap sendiri.

Siaplah, esok soang2 pokcik akan fire macam ultraman.. bermula dengan Dol.. hik hik


Nota Cagu :

Jangan suka dengor cakap2 oang, elok selidik terlebih dahulu. Walau pun kisah2 hantu.. huu huu..


5 comments:

manjlara said...

hehehe....jgn tonggeng lakang! ahaks! klu filem seram kat wayang tu guna tajuk2 canggini leh la lara
pi tengok! ni dengo tajuk pon dah
gerun...gulp!

pokcik ni byk 'berkhayal' sgt lah!leh wat filem gak satu ari nnti kot! jgn lupe panggil otroman taro tu jadi extra ek!

Hasrul Halid said...

Errr... pokcik! tok siak pakei 'hempon' ape? Ada 3G tak?

Mersik said...

Manjlara - Alah.. sesekali mengena2kan oang. Bkn cite seram pun, saja2 jek mengasah skill penglipur larat.. hik hik

Dan lagi, manalah pokcik nak kesampaian utk wat pilim2 sebegitu, sementelaah asyik berkhayal2 lagih tuh.

Minat Otroman taro ek? kekeke


hasrul halid - Ooo kekeke itu pokcik kureng periksa plak , tp kira canggih aa.. sbb dada dering nye serba polyphonic.. sampai nyaris2 pokcik jadi panik2.. kekek alahaii..

naim_adnin said...

pokcik kalau nak kenal raksaksa dia mesti muncul dari dalam tanah pokick, begitulah yang saya tengok dalam cerita otroman, hehe.

Salam kenal :)

Pokcik said...

naim_adnin - Ooo itu mcm ka, iksh iksh sib baik dia tak cekau punggung pokcik time tonggeng2 tuh kekeke.. alahaiii..

Otromen?? huh.. ko nih saja jek la...

pepe pun, salam kenal..alahaii