Sunday, April 22, 2007

Dunia..

Beberapa hari yang lepas, hujan agak malu2 untuk turun. Kadang2 dia menyimbah2 petang, kadang2 diawal pagi dia turun sesekali, kadang2 pun gerimis semalam. Cuma adalah dua tiga kali dia begitu lebat hingga tercampak2 pokcik ke pembaringan yang menyedapkan hik hik.

Kebiasannya tidak menentu. Maka hari2lah terpaksa mendongak kelangit, melihat2 awan hitamnya berada dimana. Sampai naik lenguh2 batang tengkuk. Kalau agak suram disebelah sana, maka disanalah hujan akan turun. Kalau anginnya agak kuat, harus juga dia akan ditiup sampai kesini. Siap sedia jek la, kalau nak angkat kain ke, nak alih kereta ke, nak halau kambing masuk reban ke, nak keluarkan katak dari dalam umah ke.. nak kata “ Erniii!..angkat kain dijemuran, hujan nak turunnn.! “ pun suka hati lah, kekek alahaii..


Kalau dulu ada musim2nya untuk hujan, kini sudah lebih kepada sepanjang tahun, tak kira masa dan ketika, asal nak hujan jek, silaa laa.. Jabatan kaji cuaca ada meramalkan sesuatu , tapi hal2 yg global nih, kita tak berapa nak dengarlah. Seolah2 perubahan suhu dunia tidak memberi kesan pada negara yang kita sayangi ini. Tapi yang hairannya, hari2 dok mengeluh.. panaslah, sejuklah, suam2 kukulah.. Asyik nak ber air cond 24 jam..alahaii

Dunia pun ibarat kehidupan yang panjang. Semakin lama dia semakin tua dan rapuh, hasil dari kesan pembangunan yang tak terancang, pembebasan gas karbon monoksida, aktiviti pembalakan haram, rumah kaca dan industri berat yang mengeluarkan asap dan toksik berbahaya.

Aduss.. bagaimana rupanya dunia yang kita sayangi ini suatu hari nanti? Adakah masih sempat untuk dirasai oleh generasi2 baru dan akan datang. Masih adakah lagi nilai2 semulajadi yang bersih dan asli.

Kawasan hijau makin kurang. Sakit makin banyak dan mudah dapat. Hayat pula semakin pendek, keinginan duniawi makin melonjak.


Alahaiii.. kasihan sungguh dunia hari ini.. Hujannya kini seperti menangis2 gitu. Meluahkan rasa sedih dan pilu. Rawan hati yang panjang .. alahaii

( Sambil kembali memeluk bantal bucuk, dan menyambung tidur.. hik hik )

8 comments:

sd. said...

pokcik!!!!!!!!!(jerit kt telinga die hehe)bgn bgn..x elok anak teruna tido lps subuh..rezeki x masuk..huhu..

kt sini makin hari makin sejuk.aiseh..heater dlm bilik pun mcm malu2 nk panaskan bilik ini..adieh...kt dlm umah pun kene pkai bj tebal2 n socks..sejukkk..
huhuhuhu

sharifah said...

salam pokcik....hairan sugguh, kenapa kat sana hujan eks..alhamdulillahlah tu...sini panas terik sampai nak terkeluar cecair dalam otak ni...mungkin dugaan dari Tuhan kot...cuaca sekarang ni memang tak menentu..tapi kami disini mengharapkan hujan mencurah ke bumi, sebabnya rumah kami dah berasap......kalau berasap yang menyembuhkan penyakit tak apalah juga ni asap yang membawa penyakit...

wassalam

Purpleheart said...

Dua tige ari ni asik ujan je pakcik kat sini.. sejuk bangat! sampai ke tulang itam..

bila baca en3 pakcik, terasa macam nak pergi tengok hutan sekarang gak..

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

hai pokcik..
lama ct x dtg jenguk pokcik....rindu gelak pokcik...geggegeggege...hheheh

pokcik, bila panas, org sibuk nk ujan, bila ujan, org kata asyik ujan jer...ai, ntahla..hehhehe...

senyum selalu ka pokcik

admin said...

errr.... baru ita perasan, pokcik pun ada bantal mucuk eh..... eee.. cam ita jer ekekekek

Mersik said...

sayda - uishh terperanjat pokcik jerit2 cam tuh. sampai terbangun2 tidonya kekekek .. pas tu tido alik aa.. Aalah, bila lagi nak rasa suasana sejuk2 nih. Lain ler kalu kat sana.. sejuk sentiasa..hik hik .. pepe pun selamat bersejuk2an..

sharifah - Alah, esok lusa turunlah hujan kat sana tuh.. pastikan dapur berasap plak.. manalah tahu nak wat2 kopi panas, cicah2 sekut, duduk sembang2 masa hujan turun di anjung kekek.. cam best gitu..


purpleheart - Alah, bestlah tu hujan2..leh lepak2 sambil tido2.. bagi yg rajin nak keluar2 susah sikit laa..

Nak masuk hutan? Uii jgn lupa ajak kawan2 .. bahayo oo gi soang2. Manalah tahu kut2 ada ulut bulu gergasi kekekekek

pawana malam - Alah, oang tu jek yg saja tak moh kemari.. maklum la oang tua, sapalah nak windu2 sangat kekekekek..alahaiii

Biasa ler tuh cuaca tak menentu skg nih.. bebaik ler jaga kesihatan..supaya tak alah dgn perubahan cuaca yg maha drastik2 nih hik hik..

alahaiiii.. (Sambil senyum balik lebor2 n tutup mata hik hik )

ita - hik hik kasik chance ler..alah bukannya busyuk sangat pun..gegegeg..

iza~de~bintang said...

Hai pokcik.
Ini lompatan kijang dari umah Kak Lily :)

Agaknya la ni dah tak dak musim kot...
Bila-bila masa jer hujan
Bila-bila masa jer panas
Bila-bila masa jer buah-buah bermusim dijual tepi jalan

Yang paling tak best kalau duk kat kawasan ceQ ni, bila malam langit pon dah tak berapa hitam...
bintang pun terlindung.
Bukan 3 malam tanpa bintang lagi dah, 30 malam tanpa bintang... alahai...

Mersik said...

bintang - kekeke lompat2 ek, Bebaik lompat.. kang jatuh plak..alahaii..

Uishh apa nama tempat tuh? sampai tak de bintang2 segala..Huh sib baik lah tak de bintang tiga hik hik.

Alah, tak mengapa kalau langit dan malamnya tak sama. Janji mimpinya indah2 belaka gitu hik hik alahaii