Thursday, April 19, 2007

Quiz Ramah Mesra..

Kali ini pokcik nak menulis entri yang berupa soalan. Bukannya apa, ada cerita yang tersirat disebaliknya dan lagi kerana pagi ini pokcik rasa agak tersihat , maka suka benarlah pokcik nak mengusik2 fikiran anda. Alah... sekali sekala, apa salahnya kan?.

Okey , kalau seme dah “line clear” kan minda anda, mari kita lihat senario nya.


Disebuah tempat menunggu bas . Dari kiri , ada ,

1. Seorang kanak2 sekolah sebaya Dol (tadika)
2. Seorang gadis IPTA yang cantik menawan
3. Seorang lelaki pekerja pejabat yang smart lagi hensem
4. Dan seorang tua sebaya pokcik laa.. kekeke


Adapun pada hari itu , bas yang ditunggu tidak kunjung tiba. Manakala semua mereka nampak semakin resah.


Soalan pokcik ialah ,

1. Siapakah yang akan menyapa terlebih dahulu.?
2. Kenapa anda mengatakan dia orang yang pertama menyapa?

3. Dan siapa yang akan disapa dulu ?

Hah.. fikir2kanlah dahulu . Nanti lagi 24 jam pokcik akan tuliskan kan entri disebalik persoalan ini. Sebagai klu.. temanya cerita ini adalah “ Ramah mesra “

Mungkin jawabannya boleh ditulis sebegini , contoh..

" Kanak2 tadika , menyapa gadis itu kerana bla bla bla ... "

Selamat memikir.. hik hik ( Dalam hati : Uii.. tentu seronok nih gegege )


Nota cagu :

Sebagai maklumat tambahan, lelaki pekerja pejabat itu hensemnya lebih kurang sama macam kehenseman pokcik muda2 dulu. Malah pokcik lebih hensemer lagi.. hik hik

Harap2 ia dapat membantu..

8 comments:

Purpleheart said...

Pakcik,
selalunya lelaki tu akan tanya pompuan pelajar ipta yang cantik menawan itu.. rase-rasenye laa..

kalo betul ade adiah ke.. kekekeke...

sharifah said...

kalau empunya diri lelaki pasti dia tegur peremuan yang cantik tu dulu "cik adik manis nak ke mana?"

kalau empunya diri perempuan sudah tentu dia tegur lelaki yang hensem tu "abang tunggu bas ke?" si lelaki jawab "tak adalah tengah tunggu makanan tak sampai2..hheee" sambil gelak..

kalau empunya diri kanak2,dia mesti tegur budak tu..

tapi kalau empunya diri tu macam pakcik, dah tua...dia sudah tentunya tegur pokcik tu..."pokcik nak kemana ni...larat ke nak naik bas" pokcik tupun jawab "dah ko tu larat ke? tua macam aku gak" hahaha..

tapi kalau saya yang empunya diri tu, saya buat tak tau je...sambil tersenyum pada sape2 yang memandang...

wassalam

dEW! Sukm@ said...

Dlm sibuk2 m'ninjau kelibat bas, si pemuda pun mula menjeling2 si dara.

"Hai, dah pukul brp skrg?" tanya si pemuda.

"Aik! Tak pyhlah nk pakai taktik lama, tengoklah sendiri jam ditgn tu!" jwb si gadis dgn sombongnya.

"Erk!!!" Oleh krn bengang, si pemuda terus t'diam & mula b'bisik2 dgn si bdk tadika yg tadinya terlompat2 di atas bangku.

"Dik, kejap!"

"Abg nk apa? Sy sibuk ni!"

"Adik nk duit? Abg nk belanja tapi tolong bg bisnes card abg pd kakak tu!"

"Kakak!?! Hehehe.. dia tu emak sayalah, bang!"

Kuang! kuang! kuang!

Manakala si tua yg baru nk buat taik mata.. tu pun tersengih2 mcm kerang busuk.

'hihihi... ada hati nk tackle bini muda aku! tunggulah aku masuk kubur dulu...' bisiknya di dlm hati seraya t'tidur dgn nyenyak sekali.

Tak semena-mena, sebaik saja bas tiba... si gadis & si bdk kecil meraung dgn kuat sekali sehingga pemandu bas t'brek mengejut!!!

"Bapak!!!!!!"

"Abang!!!!!!"

Rupa2nya org tua itu sdh meninggal dunia di dlm tidurnya...

Isk! Isk! Isk!

Moralnya, senario pondok bas pd hari ini sudah jauh berubah lebih2 lagi di kaw. bandar. Tiada lagi yg sudi menegur atau beramah-mesra. Msg2 lbh rela melayan perasaan sendiri.. hehe.. hrp t'hibur dgn drama pendek arahan dewi disponsori oleh pokcik.

©Nur Raina said...
This comment has been removed by the author.
©Nur Raina said...
This comment has been removed by the author.
©Nur Raina said...

Pada pendapat Opah De la kan, masa semua tengah berkeluh kesah kerana bas lambat datang, gadis Ipta yang cantik luar dan dalam tu yang tegor budak kecik sebaya Dol tu dulu.

Sebabnya, memang sudah menjadi lumrah dunia, orang pompuan ni lebih prihatin dan lebih bertanggungjawab daripada orang lelaki... ahakz... kena pokcik sebijik.

Camni perbualan depa bermula:

Gadis Ipta: Eh... adik... kenapa adik sorang-sorang je kat sini? Mak mana?

Masa tu, semua mata menoleh ke arah adik kecik tu.

Budak kecik: Mak kat rumah.

Pemuda hensem: Habis tu, adik sorang-sorang je naik bas?
(Dia ni tengok gadis Ipta tu prihatin, dia pun nak gak tunjuk sikap yang sama. Mana tau, leh naik pelamin lak... ahakz...).

Budak kecik: Tak... dengan atuk...(sambil menjeling kat orang tua yang duduk kat ujung sekali).

Gadis Ipta: Oooo... napa duduk jauh-jauh?

Budak kecik: Atuk yang suruh. Dia kata, kalau duduk dekat dia nanti kakak tak mo ngurat atuk.

Sekarang, semua mata menoleh ke arah orang tua yang tersengih selamba.

Erm... sketsa Dewi pun bagus juga. Mengancam sukma... huhu... Amacam Pokcik? Boleh ke diterima pendapat Opah De nih?

saridahamid said...

Sebenarnya, yang si tua itu adalah datuk kepada si budak tadika. Manakala, sigadis ipta itu anak si tua tu, sementara lelaki kurang hansem itu, adik si tua itu.

Maka tidak perlulah mereka bermesra sebabnya tiap-tiap hari sudah mesra. Bila tunggu bas...bas tidak datang itu yang geram...

Mersik said...

Semua yang memberi komen ,

purpleheart, sharifah, dewi , Opah De dan Sarida ,

Hik hik amboi2 korang2 nih seme memandai2 jek nasi tambahnya.. kekeke yo la tuh, kreatif lagih , siap ada kisah2 plak..

Apa2 pun terima kasih daun keladi. huu huu