Saturday, March 31, 2007

Maulid Nabi..

Sejak semalam, jemaah surau dihebahkan dengan perayaan menyambut Maulidur Rasul yang akan dilakukan lepas Asar ini. Satu perarakan akan diadakan menuju ke Mesjid besor di Shah Alam sana.

Pokcik memang faham benor, malah tiap-tiap tahun akan diadakan perarakan tersebut. Sambil2 tuh akan dilaungkan salam dan selawat dengan sebanyak-banyaknya terhadap Nabi Besar junjungan kita itu. Kalau lagi ramai yang ikut lagi meriah, kalau ada budak2 lagi riuh..

Maklomlah, dalam melalui sepanjang-panjang hari penuh rasa keduniaan nih, sapalah yg sering meningingati pesuruh Allah itu. Kalau boleh, hari-hari harus diingati, sebagai tanda kasih dan sayang dan mengakui dan mengikuti akan kebenaran Agama dari langit yang dibawanya.


Jalan2 ramai2 tentu tak terasa penat, Harap-harap tahun ini, ramai ler oang yang join. Jangan sampai amalan baik ini dilupakan terus. Kalau kat kampung tuh jangan ceritalah, memang meriah punya. Satu kampung berarak. Dibandar-bandar cam ni? Alahaii..


Tak ler nanti ramai oang2 tua jek yang ikut, yang mana jalannya makin jadi perlahan tiap2 tahun ( kecuali pokcik laa.. sebab pokcik ada kasut snickers.. toing.. toing )..Dari jalan seorang, lantas berdua ( sebab dipimpin2 ), mungkin juga bertiga ( sebab pakai tongkat). Namun semangatnya masih kuat, tuh la best nye oang2 tua generasi lama2 yg masih ada sekarang nih , bersemangat kental dan waja ( macam pokcik jugak laa)..

Harap2 cuaca petang nih redup dan nyaman supaya mudah kami berarak.

Dan.. harap2 ada ler makan-makan lepas majlis berarak2 tuh.. hik hik alahaiii


Nota Cagu :


Untuk anda semua, SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL , sama2 lah berselawat banyak2 supaya kita mendapat syafaat Nabi Besar kita, di akhirat kelak.


Lepas tuh kalau ada sambutan ditempat anda, gi le memeriahkannya. Kalau ada ceramah2 pun, gi jugak..

Thursday, March 29, 2007

Rumah Datuk..

Rumah besor tersergam di atas bukit tu pokcik pandang tanpa berkelip2. Tidak disangka si pemilik rumah agam itu akan mengajak pokcik kemari. Bersama2 Tok siak serta warga jemaah surau yang lain.

“Mungkin oang yg duduk disini baik2 hatinya “ pokcik mula mengagak. Secara tak langsung persepsi orang kaya yang sombong, duduk dirumah besor persis istana, yang tidak memandang golongan bawah hilang perlahan2. Tentu ada juga oang kaya yang baik hati..


Datuk Sood menyambut kami dengan ramah. Katanya hendak buat kenduri arwah ibunya. Itu lah sebabnya dijemput warga surau dekat2 sahaja. Diwakilkan kepada Tok Siak supaya menjemput semua. Ye lah, tak salah apa, kecik tapak tangan tapak kaki kami tadahkan.

Setelah habis majlis bacaan Yaasin dan tahlil selepas Asar itu, jamuan makan pun disediakan. Pokcik mula mengatur sila bila tiba2 semua orang hampir ke meja dan mengambil makanan sendiri dan duduk diatas kerusi meja yang disedikan. Alahaii.. hampir2 terlupa pokcik yang kendurinya diumah oang kaya, bukan di kampung. Makan duduk atas kerusi gitu..

Maka dalam bab memakan2 pokcik memang laju sahaja. Tah sapalah tukang masaknya?, maleh pokcik nak ambik tahu. Sedap betul nasi dengan lauk-lauk yang ada. Memang pokcik tak kasik chance langsung, agak2 pinggan dah nampak corak bunga bawahnya, cepat2 pokcik tambah lagi dan lagi dan lagi...

Selepas makan, sekelian jemaah duduk2 sambil borak2. Pokcik yang terkebil2 berdiri nyaris pengsan bila di sapa Datuk Sood sendiri. Maklomlah, datuk tu oang besor2 walau tubuhnya kecik jek..

“ Jangan lah malu2 pakcik, buatlah macam rumah sendiri. Nak tenguk2 sekeliling pun boleh , “ ujar Datuk Sood sambil menunjukkan dinding rumahnya yang penuh dengan lukisan2. Mungkin menyedari kejanggalan pokcik berada disitu.

Melihat ruang dan sudut rumahnya yang penuh dengan perhiasan, replika seni, pokcik jadi terpegun. Memang Datuk nih minat perhiasan, lukisan dan barang2 seni. Kira oang2 berjiwa seni gak ler.

Dan tanpa disedari, jauh pokcik berjalan sampai kehujung ruang hinggalah kesebuah bilik , barangkali dapur agaknya. Pun cantik juga walaupun tak serupa dapur pondok pokcik tuu..


Dan ada TV lagi didapur tu, seronok tul kalau cam nih...

Tanpa disedari pokcik mencapai remote TV lalu cuba menekan butang yang ada. Namun hanya kipas dan lampu sahaja yang bergerak2 dan menyala2 mati, hinggalah pembantu rumah muncul dari balik dapur.

“ Err..bik, cam mana nak pasang tiwinya?, kok nggak boleh “ soal pokcik dengan telo indon yg datang entah dari mana.

“ Ohh.. ini bukan tiwi , ini oven. Dan itu remote kipas dan lampu nya, “ ujar bibik itu sambil menunjuk pada alat yang pokcik pegang.

“ Oh.. “ pokcik terkedu.

Sambil tersenyum2 sompek, pokcik menyerahkan alat tersebut, lalu berpatah balik ke ruang depan, mencari2 pintu keluar.

“ Memang sah ler, ini bukan tempat pokcik. “ bisik hati ini.. alahaiiii


Nota cagu :

Kalau anda belum baca lagi buku "Ninja Kunaharo, misteri wira malam " tulisan Opah De , silalah mendapatkannya dikedai2 buku berhampiran. Menarik ceritanya dan serba lucu. Pokcik baca pun asyik ketawa2 jek sampai hampir2 tertanggal giginya.. hik hik


Wednesday, March 28, 2007

bisul..

Tiga hari ini, pokcik jadi malas dan suka termenung. Sementelaah sakit2 nya pula tak semakin kurang. Entah dari mana datangnya sebenjol bisul dibawah ketiak pokcik nih? Aduss.. sakit pulak tuh kalau dipicit2. Susah nak menghayun2 lengan dibuatnya. Terpaksalah direngang2kan tangan tu sentiasa. Nak tidur pun kena stail oang kaya, terlentang sambil tangan letak dibawah kepala.

Walau pun pokcik tak tahu kaitan antara benjol bisul dengan kemashlatan fikiran pokcik yang statik nih, tapi entah lah, kadang2 pokcik sendiri tak mengerti akan diri sendiri...

Alahaii...

Monday, March 26, 2007

manis..

Sejak sesudah subuh lagi pokcik sudah tertonggok disana. Dan sigadis yang membuka pintu memandang dgn perasaan konpius, namun masih mahu menguntum senyum.

“Awalnya pokcik datang.. kami buka pukul 9 pagi.., “ ujarnya penuh mesra.

“Tak apalah, pokcik pun tak wat apa.. kang lambat2 nanti tutup pula , “ jawab pokcik cuba berselamba walau didalam dada berdebar2 dan berderau2. Maklom la kali pertama sampai kesini.

Agaknya memang perlu pokcik kemari. Nasihat dari beberapa oang yg telah mengalaminya hatta dari Tok Lipat sendiri begitu menyakinkan. Ooo.. patutlah sejak kebelakangan ini, pokcik mulai rasa letih2 yang teramat dan sentiasa tak berstamina. Pulak tuh malam2 yg sepatutnya tahan melayan santai sambil lepak2 dianjung menjadi tak konsisten. Pokcik terlelap sebelum waktunya dan bangun jauh dari waktu sepatutnya. Apa dah jadi dengan pokcik nih? Alahaii..

“Tarik nafas..” doktor kecil molek itu bersuara. Halus dan manja bunyinya hingga tarikan nafas pokcik jadi senggut2 pula. Setelah stetoskop dilekapkan didada dan belakang sambil mendengar degupan kalbu pokcik ( iye ler tuh kut), dia kemudian meramas2 jari pokcik hingga semakin suspension pokcik jadinya.

“ Tak ada apa pakcik, saya nak ambil darah untuk check gula. Pokcik belum makan apa2 lagi kan? “ pujuk doktor itu pabila meyedari pokcik agak takut melihat jarum yang ada.

“ Err.. belum.. tadi rasa nak minum jugak tapi tak ada selera gitu “ jawab pokcik tah hapa2 tah.

“ Sempat jugak pokcik mengerling pada tag nama doktor tuh. Safrina Azlene, amboi sedap sungguh nama dia, seayu oangnya. Memang sajak pakai baju putih labuh dengan stetoskop melingkari leher jinjangnya. Anak sapa lah nih? Hik hik Ada gaya ala2 seorang doktor gitu kekekek erks ??

Opocots! Terkejut pokcik bila terasa hujung jari bagai digigit semut. Hujung jari pokcik yg mula pedih2 tuh dipicit hingga keluar beberapa titik darah lalu dititiskan pada satu alat ini kecik siaz empat segi ni. Beberapa ketika kemudian, ia berbunyi tit.. tit..

“ Kandungan gula pokcik nih agak tinggi. Pokcik selalu minum air2 manis ke? “ soalnya tiba2.

Pokcik menggeleng2 kepala “ Err.. taklah doktor, saya minum yang pahit2 jek, cam kopi tongkat Ali. Selalu pokcik minum yang itu lah “

“ Kalau makan nasi, apa lauknya? “ Soal doktor itu lagi

“ Oo.. yang itu macam2 lah lauknya. Macam2 rasanya, tapi biasanya, yang sedap2 laa “ jawab pokcik sungguh2. Memang selama ini pun nasi bungkus yang jadi menu setia.

“ Hmm.. mulai sekarang pokcik kena jaga makan sikit. Jangan makan manis2 sangat.. bahaya “ doktor tadi mula menasihati setelah yakin akan sebab musabab keletihan pokcik saban hari.

“Itu tanda2 awal kencing manis, Kalau pokcik nak tahu simptom2nya ialah cepat mengah, cepat letih dan asyik nak tidur je. Makan pun jadi berselera, tapi sebenarnya membahayakan. Nanti organ2 lain pula yang rosak kalau tidak dikawal seperti jantung, buah pinggang dan hati, ” Sambung dia lagi.

“ Lama2 nanti, fikiran jadi selalu lupa2 dan silap2 boleh nyanyuk awal “

Pokcik mula terkebil-kebil mendengar ayat2 yang terakhir itu. Betul2 menakutkan. Selama ini pokcik tak berapa tahu sangat. Lagi pun sapalah nak jaga makan2 pokcik nih. Mana yang boleh makan, mana yg tak boleh. Kalau rezeki murah, ada ler yg membelanja makan “apa saja”. Kalau tidak makan "sekut saja". Mengenangkan akan hal hidup yang berapa tak terjaga nih, tiba2 pokcik jadi sedih pula.

“ Sekarang nih, pokcik kena jaga makan minum. Ingat tu, tak boleh selalu sangat makan manis2. Kalau nak minum pun kurangkan gula, tak ada terus pun tak apa. Minum air masak je. Jaga kesihatan sikit pokcik, dah tua2 nih memang banyak risikonya “

“ Abih tuh pokcik nih err err pendek umur ler doktor ?“ soal pokcik terus terang, takut dengan sebarang kemungkinan atau kompilasi dek kerana sakit2 yg rajin menyinggah2 sekarang nih.

“ Eh! tak adalah sampai macam tuh. Setiap sakit ada ubatnya. Janji pakcik kena beringat selalu. Jaga kesihatan sendiri baik2. Sayang diri sendiri. Barulah sihat dan panjang umur” balasnya

“ Tapi doalah banyak2 supaya dikurniakan kesihatan yang baik. Mintak pada Tuhan supaya panjang umur selain berusaha yg termampu “ tutur doktor tersebut.

Baik sungguh layanan doktor ini pada pokcik. Rajin dia menasihati yang baik2. Harap2 perihatinnya juga ikhlas. Mungkin dia pun ada mak ayah yang sakit2 macam pokcik nih. Selain ubat2an, oang2 tua pun perlu kata2 perangsang. Nasib baik pokcik buat keputusan ke klinik cepat2, kalau tidak langsung pokcik tak tahu.

Setelah mengucapkan terima kasih (daun keladi) pada doktor dan berjanji akan datang memeriksa gula lagi, pokcik keluar dengan wajah yang sedikit muram.

Nampaknya, untuk hari ini tiadalah pokcik rasa mahu bermanis2 wajah..

Alahaii..

Thursday, March 22, 2007

Selamat Hari Air Sedunia..

Pokcik tengah duduk bersarapan dianjung bila radio buruk pemberian Tok Lipat memberitahu bahawa hari ini diisytiharkan sebagai “ Hari Air Sedunia.” Alahaii air pun ada hari2nya ek? Bukan ke hari2 memang ada air.

Mungkin kita sebagai manusia kurang menyedari bahawa air adalah satu sumber alam yang tersangatlah penting selain makan, udara, pakaian dan lain2 lagi. Bayangkan dunia nih kalau tak de air..iksh iksh tentu tak boleh jadi gitu. Sebabnya agama sendiri pernah menerangkan tentang kepentingan air ini. Air adalah sumber kehidupan. Tanpa air, tiadalah kehidupan. Iksh iksh..betul sangat2 lah tuh..

Mungkin lebih elok kalau kite berfikir sejenak. Selain dari itu membayangkan akan sumber2 air yg kita sendiri telah cemari seperti laut, sungai, parit, perigi dsb. Kadang2 manusia nih jahat sungguh.. alahaii..

Selamat hari air wahai Kopi Tongkat Ali ku..

(sambil menghirup2 penuh nikmat. Slurrppp..slurpppp..)

Itu pun kira air gak hik hik.. Alahaiii

Wednesday, March 21, 2007

TAG pesen baru nih.. alahaii

Lama dulu, DHIA ada tag pokcik. Ingatkan main tag2 yg dulu2 tuh.. alah yg cerita perihal 6 perkara pelik tuh. Maleh dah nak main2 lagi.. takut trauma nanti pokcik dibuatnya .

Pastuh ada tag pesen baru plak.. Tag suo letakkan screen monitor kerana ianya melambangkan keperibadian pemiliknya. Hmm.. rasa2 ada betul gak..mungkin secara simbolik lah kut. Ataupun nak tahu apa sumber inspirasi pemiliknya. Tak caya ? Haa cuba tenguk apa yang ada kat screen TV pokcik nih..

Resolution : 1024 by 768 pixel (right clik/properties/setting)
Laptop, LCD or CRT monitor : CRT monitor
Been using this desktop since : Sejak mula2 berpondok2 lagih

Kaedah (sape yg tak tau) :
Hit "Print Scrn" button (sblh F12) > paste kat paint/adobe photoshop..

Tag disebarkan untuk :
Hik hik tak yah ler sebor2.. nih utk pengetahuan jek.. gegege
Thank you Dhia, maaf ler kerana pokcik lambat merespond, biasa ler.. oang tua, kabur IT.. terkial2 dan slow gitu.
Hari tuh pun ada Tok Siak buat lawak bodoh, beriya2 seme oang ketawa.. lepas dua hari baru pokcik plak ketawa, soang2 lagih.
Tul aa pokcik nih slow sikit jangan marah ye..*wink*..hik hik

Alahaii

Tuesday, March 20, 2007

Huru hara

Pokcik mintak maaf kerana dah agak lama tidak meng update pondok pokcik nih. tentu ramai diantara anda semua tertanya2 dan ter risau2 hatinya.. hik hik

Apa2 pun, sejak dua tiga hari nih, pokcik agak "huru hara" sedikit masanya, tanpa sebab2 yang amat nyata untuk diperjelaskan.

Walau bagaimana pun, pokcik akan sentiasa ada disini dan mengingati anda semua, walau dalam mimpi dimalam hari.

Err..err.. termasuk juga igau igauan ngeri nya.. hik hik alahaii..

Friday, March 16, 2007

Hujan petang semalam..

Hujan petang khamis semalam sungguh mendamaikan. Sedari tengah hari, cuaca yang mulanya kekal terik perlahan2 berbalam dah jadi suram. Sedar2 jek sudah melebat hujannya. Pokcik sedang duduk berlepakan bila terasa sejuk melingkari tubuh badan. Uii sedap betul hujan turun2 gini.. Kurang sikit panas badan.

Memang sejak dua tiga hari nih panasnya begitu menyengat2 hingga hampir gugur kekeringan rambut pokcik dibuatnya.. alahaii

Hujang petang semalam agak cerah sikit walaupun mendungnya ada. Dapatlah tenguk suasana air yang melimpah turun menghentam bumbung umah, pokok2, tanam tanaman dan tanah.

"Iksh iksh kalau buat kopi sedap nih, " pokcik mula berkira2 hendak melayan santai. Dah lama sungguh tak hujan dipinggiran Shah Alam nih. Agaknya hujan rahmat kut.

Pokcik ralit memandang pangkin dibawah pokok pelam depan pondok tu. Sekarang nih bukan musim pelam masak. Kalau tidak dah lama pokcik duduk2 sambil mengopek pelam. Kena yang muda2, uii.. cicah dengan sambal kicap , adehhh.. pasti terangkat punya.. sedapnya terasa2 gitu.. hik hik macam oang mengidam plak.. gegege

Kemudian terpandang cik tom berlari2 masuk memanjat tangga. Kemana tah perginya..? Biasanya dia sedap tidur petang2 nih..

Diatas tanah yang lecak2, seekor dua siput babi sedang menyelamatkan diri, kelihatan juga ayam keding yang berlari2 , anak katak yang terlompat2 dan Dol yang terkinja2.

Hah ! Dol ?? pokcik mengecikkan biji mata untuk memfokus lebih jelas. Asparagusss !!

"Dol ! " jerit pokcik kuat2..

"Atuk.. meh main hujan tok..! ," pelawa Dol selamba sambil datang dekat. Tubuhnya serba lencun. Dan dengan seluar pendek birunya, dia girang berlari2 semula ke tengah laman.

Tangannya tak lekang dari memanggil2 pokcik..

"Iksh iksh iksh budak Dol nih..kang deman baru tahu, " rungut pokcik mengeleng2 kepala.

Alahaiii..

Nota Cagu : Selamat berhujung minggu pada semua, semoga ceria2 selalu..

Thursday, March 15, 2007

Belajar dengan kuman..

Pokcik sedang duduk bersendirian ditaman pabila dua oang wanita muncul dan duduk dibangku sebelah, tidak jauh dari pokcik. Rancak benor mereka berbual. Kuat dan jelas, hingga hampir2 kedengaran cakap2 nya di telinga pokcik nih.

"Macam2 budak sekarang nih. ," mula seorang wanita berbadan gempal bernama Timah Tembam ( kerana saiz badannya yang agak berisi) .

"Betul tuh kak, kadang2 sampai tak larat saya menengukkan budaknya, " jawab yang seorang lagi bernama Lijah lidi ( yang bersaiz agak kurus sedikt )

Untuk perhatian semua, nama2 tersebut bukannya betul, saja pokcik mereka2 sebab nak menyedapkan cerita hik hik alahaii..

"Anak saya tuh, dah macam keja kontrak dah. Dari pagi sampai ke malam tak habis2 dengan kerja sekolahnya. Ini pun ayahnya nak masukkan kelas tusyen lagi," rungut Timah Tembam akan kesibukan rutin anaknya.

"Samalah kita kak, itulah budak2 zaman sekarang nih senang. Nak tusyen kat mana2 pun tak susah. Tempat berlambak2. Kena sediakan duit jek lah," jawab Lijah lidi yang ambik berat sangat2 pasal anak dia tu.

Pokcik sedikit senang hati. Kurang2nya ada juga orang yg perihatin tentang persekolah anak2 mereka dan aktiviti tambahan yang patut diberi. Taklah asyik nak main2 jek cam Dol tuh.

"Tapi anak saya yang tadika tuh lemah betul bahasa inggerisnya, merangkak2 kalau nak sebut2. Kadang2 tak tersebut langsung. Risau betul saya, " ujar Timah Tembam lagi.

Pokcik semakin kagum. Ini tentu mak bapak yang betul2 class. Tahu akan pentingnya berbahasa inggeris untuk masa depan.

"Kadang2 kita nih sebagai mak bapak pun bukan tahu sangat inggeris. Samalah juga kak macam anak saya Pitri tuh. Tapi sekarang nih dah tak susah lagi kak. Saya dah hantarkan dia ke kuman jek. Belajar kat sana tak sampai dua bulan, dia dah terer speaking2 ," balas Lijah lidi hingga membuatkan Timah Tembam terbeliak2 mata penuh minat.

Namun pokcik disebelah sana tergaru2 kepala pulak. Uish.. nih dah jadi misteri nih. Apa plak hantar anak belajar dengan kuman? Ingat cerita sang kancil dengan buaya ke? Cerita haiwan bleh berkat2 ? Kalau kuman pun dah boleh mengajar, memang dah nak terbalik lah dunia sekarang nih.
Perbualan mereka semakin rancak manakala fikiran pokcik semakin kusut. Kuman? iksh iksh bior betul nih… alahaii..


Nota Cagu : Tiga hari lepas tu, barulah pokcik tahu yang sebenarnya bukan kuman, tapi “Kumon’ lah. Teknik belajar dari Jepun untuk kanak2 pra sekolah. Semakin popular dah sekarang2 nih.


Hik hik hik.. alahaiii..

Tuesday, March 13, 2007

Dol..

Suatu petang...

Dol : Tuk.. atuk tak boring ke cuti2 sekolah dok umah nih..

Pokcik :Uish. Nak boring apa? Atuk mana sekolah lagi. Hari2 atuk dok umah..

Dol : Kekekek.. ye tak ye jugak ek. Seronok cuti nih tok.. Tak yah penat2 bangun pepagi, rak yah penat2 gi sekolah, boleh main hari2.

Pokcik : Haa!.. itu jek la yg kau tahu..

Dol : Alah.. atuk nih, bukannya selalu pun. Lagi pun kalau Dol cuti dapat lah jalan2 ke umah atuk selalu.. musti atuk pun dah lamaa tak jumpa Dol kan.. lamaaa gitu .. kekeke.

Pokcik : Huh.. ye lah tuh..

Dol : Atuk , Dol boring la.. jom kite main2 nak..

Pokcik : Ko nak main apa?.

Dol : Hmm.. apa kata kite main pondok2 nak?

Pokcik : Huh..!

( Dalam hati : Aku sekeh budak Dol nih kang, macam lah skg nih aku dok kat umah bunglo )

Alahaii...

La Camisa Negra - Juanes

Haa.. pokcik dah dapat dah lirik dia. Senang sikit korang nak nyanyi, kalau tak mau tergeliat atau tegigit lidah dibuatnye kekeke.. alahaii..


La Camisa Negra - Juanes
Tengo la camisa negra
hoy mi amor esta de luto
Hoy tengo en el alma una pena
y es por culpa de tu embrujo

Hoy s é que t ú ya no me quieres
y eso es lo que más me hiere
que tengo la camisa negra
y una pena que me duele
mal parece que solo me qued é
y fue pura todita tu mentira
que maldita mala suerte la mía
que aquel día te encontré
por beber del veneno malevo de tu amor
yo qued é moribundo y lleno de
dolor respir é de ese humo amargo de tu adiós
y desde que t ú te fuiste yo solo tengo…

Tengo la camisa negra
porque negra tengo el alma
yo por ti perdí la calma
y casi pierdo hasta mi cama

cama cama caman baby
te digo con disimulo

Que tengo la camisa negra
y debajo tengo el difunto
tengo la camisa negra
ya tu amor no me interesa
lo que ayer me supo a gloria
hoy me sabe a pura
miércoles por la tarde y t ú que no llegas
ni siquiera muestras señas
y yo con la camisa negra
y tus maletas en la puerta


Nota Cagu : Terima kasih sidaun keladi pada ebriza kerana mengizinkan pokcik mengambil lirik nih dari umah dia.

Monday, March 12, 2007

Coti..

"Siapalah yang bising pepagi buta nih?" rungut pokcik tatkala lena diulit mimpi dinihari pokcik agak terganggu asyiknya. Kedengarannya bagai bunyi ketawa2, mengilai2 dan sesekali menderum2. Kira riuh rendahlah diluar sana tu.

Perlahan2 pokcik merangkak2 ke luar. Menguak pintu dan menenyeh2 mata patplo kali.


"Hoi!.. Dol, main apa pepagi buta nih?. Tak gi sekolah ke?" laung pokcik apabila menyedari bahawa bising2 tadi adalah angkara si Dol sebelah nih. Sedang sibuk berlari keliling rumah dia. Sesekali tersesat plak pi keliling pondok pokcik nih..iksh iksh

"Apalah tok nih.. kan dah cuti sekolah nih.." jeritnya sambil menyeringai.

Pokcik terbeliak mata, hingga jatuh berguguran taik2 mata tanpa dipinta.

"Erks..? Cuti sekolah?" . Rasa nak terkoma itu jam jugak. Alahaiii

Nota Cagu : Oops.. pokcik baru tukar lagu baru, dari Juanes, La Camisa Negra. Saja nak ceria2 cam selalu. senang gelek2 ( Walau pun sebelum bergelek tuh dok perati dan tercari2 yg mana satu perut, yg mana satu pingang.. sama jek saiznye kekekek )

Kabo2 nye, kawan pokcik, ebriza pun suka lagu nih.. ceh ceh.. layann..

Dan tikus kat atas tuh Cik Tom bawak balik semalam, tak jadi dimakannya sbb ada bakat menari2 alahaii..

Friday, March 09, 2007

Karena wanita ( ingin dimengerti )


Bangun pagi sambil memandang kekanan dan kekiri membuatkan pokcik rasa terjanggal hari ini. Pokcik hampir2 terlupa, semalam adalah Hari Wanita. Oh.. itu yang pokcik cari2 selama ini.. sang wanita.. alahaii patut ler resah gelisah jek.. hik hik

Namun apakan daya, hidup pokcik telah sepi sejak dulu lagi. Wanita datang dan pergi meninggalkan kenangan yang manis dalam hati. Dari kecil hinggalah dewasa, kita tak boleh lari dari wanita. Mana mungkin lari, sedangkan pada fitrahnya pun sudah ada chemistry. Alahaii

Tanpa WANITA, apa agaknya akan jadi pada dunia ini? Walaupun di sisi agama ada tersebut akan kurang lebihnya peradaban mereka tapi kedudukkannya dilihat amat tinggi sekali. Macam2 tafsiran dan perumpaman diberikan pada mereka. Pokcik hanya ingat yang baik2 sahaja. .


WANITA sebagai pendidik, budi dan jasanya tak mampu dibalas dgn wang ringgit. Tangan yang mengoncang buaian mampu juga mengoncang dunia (pokcik) tatkala sesekali bertentangan mata. Membuatkan pokcik rasa muda sentiasa. Alahaii.. mungkin pokcik harus ucapakan ini pada Marpunah Janda depan simpang tuh. Tentu dia gembira kalau pokcik datang berjumpa. Tak elok pokcik melari2kan diri.. hik hik

Kepada WANITA yang suka memerhatikan, menjeling2 dan menggoda2 pokcik nih, terima kasih jugalah pokcik ucapkan. Kalau tak kerana itu tak akannya otak pokcik nih berangan2 sambil berfantasi.. elok juga untuk mengetar2kan jantung yang mula berdegup2 perlahan nih. Sebab kata oang, otak tanpa fikir dan imiginasi adalah otak yang mati. Uii.. sib baik ler pokcik kuat berangan.

Para WANITA yang mungkin kurang senang dengan peribadi dan tatacara pokcik nih, tiadalah yg dapat dilakukan melainkan menyusun sepuluh jari ampun dan maaf agar diri ini tidak dihukumi. Al maklom lah, dalam pada bermesra2 ada hati yg terasa, dalam pada menulis2 ada hati yang terguris, dalam pada bermadah seloka ada hati yg terluka, Dalam pada ketawa gumbira ada pula hati yang tak ceria. Apalah daya pokcik.. sudah puas bermanis2, hingga diserang kencing manis.. namun yang pahit pun pokcik telan juga. Tak mampu pokcik nak meramal perasaan hati manusia nih.

Kepada para WANITA yang sudah kembali mengadap ILAHI, marilah kita sedekahkan Fatihah dan Yaasin banyak2 supaya roh2 mereka itu dicucuri rahmat. Para isteri, adik2, makcik2, nenek2 atau ibu yang lebih disayang itu. Hanya itulah sahaja yg dapat membantu. Hidup hanya seketika, umpama embun dihujung rumput, tatkala sinar mentari menyuluh maka hilanglah ia.

Sekali lagi pokcik ucapkan Selamat Hari WANITA, buat wanita2 diluar sana. Tak lupa juga selamat dan salam pokcik hulurkan sempena hari Jumaat yg penuh berkat ini. Syukur banyak2 kerana masih diberi izin untuk bernafas cuma. Selamat berhujung minggu juga buat anda semua pengunjung pondok pokcik yang sentiasa sudi kemari hari2.

Pokcik memang menghargainya.. sangat2 menghargai.. kehadiran anda semua membuatkan hidup pokcik serba ceria..Walau susah sekalipun, senyuman dan raut wajah tulus dan ikhlas (yg pokcik bayangkan ) mampu meleraikan kekusutan yang menyusahkan fikiran pokcik nih.


Nota :

Pokcik sungguh gembira hari ini, tapi entah mengapa air mata ini masih mengalir lagi sejak semalam. Puas sudah diseka2 tapi hati pokcik tak cukup kuat sebenarnya untuk menambat duka.
Mungkin karena seoang WANITA juga.. alahaii


Wednesday, March 07, 2007

"Tagged" tanpa sempadan..

Pokcik kena tagged lagi !! Haa jgn tak percaya. Kali ini dari Umi Azrini, aduhaii..sang novelis nih. Gi mana dapat pokcik menolaknya. Lagi pun , Umi Azrini niih nampak cun gitu kekekeke
Oopss jangan skandal2.. bahayoo nanti hik hik.


Ok laa pepe pun kita suka2 dan ceria2 hari ini. Dah pokcik serlah lagi , 6 perangai yg pelik tentang diri pokcik yang selalu sangat kena tagged nih ( sampai pokcik pun konpius mana satu yg oelik nih kekekek )..


1. Pokcik nih sebenarnya pemalu. Sangat2 pemalu. Namun untuk hidup didunia yang serba kedepan nih pokcik terpaksa juga meramah2 kan diri ini dan bersosiologi sana sini. Sebab kata Tok Lipat, oang kalau malu2 nih suka dijeling2 dan digoda2.. Uii.. tak rela pokcik tauu.. Domkian ler kata Tok Lipat, agaknye betullah tuh hik hik

2. Pokcik menemui satu kepelikan pabila membuat analysis akan masa 24 yang pokcik habiskan tiap2 hari. Masa untuk tido, berehat, makan, beribadat, jalan2, santai2, ngeteh2 dll. Ada beberapa jam yang tergantung tanpa penerangan yg khusus hingga jadi misteri bertahun2 lamanya. Dan sejak akhir2 ini barulah pokcik menyedari bahawa masa yang hilang itu sebenarnya dihabiskan untuk tido juga.. tapi kategori specisls.. ter tidoo.. hik hik

3. Dalam banyak2 oang yg ingin pokcik tiduri.. oops.. Tersalah cakap plak. nanti kang kalian seme ingat lain. Maksud pokcik, oang yg pokcik suka nak tidur diumah dia dan yang pokcik suka dia tidur diumah pokcik.. tak lain tak bukan ialah Tok lipat sendiri. Kerana apa? Rasa2nya dia soang jek yang tidur berdengur bunyi ala2 polyphonic. Lain2 seme bunyi cam kerbau mengeroh huu huuu kekekeke

4. Pokcik jarang naik bas, mungkin juga tak pernah. Kalau nak kemana2 pokcik lebih suka jalan kaki. Dah tentu penat punya.. hik hik. Tak pun adalah sapa2 yg sudi numpang2kan keta atau motor beskal mereka. Tapi kadang2 teringin gak nak rasa naik bas. Cuma hari tuh laa , bila pokcik tahan bas, oang sekeling seme terjerit2 dan terpekik2. Ada juga yg sampai terpengsan2 dan terkoma2. Tah hapa2 lah oang nih seme.. Salah ke pokcik tahan bas sambil berdiri kat tengah2 jalan?, Ye lah, kalau dok tepi jalan nanti dreber bas tu tak nampak pokcik “ alahaii..


5. Masa kecik2 dulu, pokcik selalu diasuh menjadi seorang yang ber”lemah” lembut, ber”manis” mulut dan berhemah “tinggi”. Bila usia telah meningkat menjadi tua nih segala nilai2 murni hilang perlahan2 dan berganti pula dengan nilai 2 keperibadian kesihatan diri yang amat menakutkan gitu. Tak lain adalah “lemah “ jantung, kencing “manis” dan darah “tinggi”.. alahaii

6. Pokcik selalu merasakan yang pokcik nih ada deria keenam atau aura yang maha sakti. Yang mana dengan aura ini pokcik akan dapat mengagak atau tahu apa yang sedang difikirkan dan dilakukan oleh oang lain. Pokcik hanya perlu pejam mata.. fokus , fikirkan sesuatu, err err..seperti Popia bersalut sambal.. nenet.. nenet.. nenet.. Haa! pokcik tahu dah.. tahuu dahhh.. anda seme tengah tergelak2 membaca tulisan pokcik nih kekekeke alahaii

Alahaiii..…



NOTA : Pokcik hari nih agak terceria sedikit. Mungkin sebab menyedari bahawa wajah pokcik bila dilihat dari sisi dalam jarak sebatu ada iras2 Arjun Rampal gitu.. kekekek alahaii..

Tuesday, March 06, 2007

Ayah..

Seingat pokcik lah, masa kecik2 dulu pokcik sangat nakal gitu. Nama pun kecik2, budak2, tentulah nakal ek? Tapi kenakalan pokcik nih tidak lah menjadi hal kepada masyarakat sesangat, cuma lebih kepada memeningkan ibu bapa gitu terutama ayah.

Puas sudah disebat, disesah, dirotan dan lain2 hukuman lagi, namun kedegilan pokcik tetap tak hilang. Agaknya sampai ayah pun naik boring. Ayah sebenarnya tak banyak cakap, Cuma bila sesekali dia bersuara , geruh bunyinya. Kalau rotan naik kebadan maka aduh la pula jawabnya. Berbekas sampai berhari2. Namun walau berkali2 pun dirotan, pokcik tetap juga nakal. Tak tahulah kenapa.. memang tak makan saman langsung.

Dalam satu insiden yg pokcik pun tak berapa nak ingat, rasa2nya melibatkan sekolah, mungkin sebab pokcik tak tak nak sekolah ke atau cabut sekolah.


Masa tuh bila ayah tahu, dia jadi terlalu marah. Terpacak pokcik berdiri seperti biasa, menanti dibebel atau menanti sang rotan singgah. Tapi waktu tuh, ayah hanya diam sahaja, tak memukul.

Keruh wajahnya. Pandangannya tajam menikan hingga pokcik tertunduk2 tak mahu memandang, bagaikan oang salah gitu (mmg salah pun). Dahinya berkerut seribu, barangkali tengah berfikir. Lama sungguh dia berfikir.

Setelah agak lama mendiamkan diri, barulah ayah bersuara " Sekarang nih senanglah, ayah ada. tak payah nak fikir apa2. Nanti bila ayah dah tak ada, baru lah kau tahu tinggi rendah nya langit tu "
Pokcik tak tahulah masa tuh, apa maknanya perkataan tu. Tapi bunyi suara ayah agak sebak dan tertahan2 nafasnya. Matanya nampak berkaca2. Agaknya2 segala yang terluah lahir dari dalam hati dia yang pasrah. Tentu hancur hatinya mengenangkan anak dia nih yang tak makan dek ajar.


Kini setelah berpuluh2 tahun masa berlalu, bila pokcik dah tua barulah terngiang2 kembali perkataan tuh. Pokcik sedih sangat kerana tak dapat nak memahami perasaan ayah masa tuh. Pokcik terkilan tak dapat mententeramkan jiwanya yang bergolak. Mungkin pokcik leh minta maaf atau menangis sahaja minta simpati. Kedegilan pokcik sebenarnya yang membuat jiwanya bengkak. Oh! jahat sungguh pokcik masa tuh..

Dan memang benarlah seperti yang dikata, sebab sampai sekarang nih, kerana kurangnya ilmu, pokcik masih tak dapat mengukur berapa “ tinggi”nya langit.

Sementara hidup pula, sekadar cuma2. Hanya ber kos “ rendah “ sahaja. Tiadalah mampu nak bersenang lenang atau berkaya2.

Moral :

Sentiasalah ingat kata2 dari oang tua kerana disebalik nasihat, marah, bebelan, pukulannya, ada doa dan harapan yang tinggi melangit untuk kita.

(Sambil menyapu air mata yg mengalir lesu dipipi )

Maafkan saya ayah.. maafkan saya..



Sunday, March 04, 2007

Kenduri Nasi Ambeng..

Seronok betul bila Tok Siak menjemput makan kenduri dirumahnya malam minggu yang lalu. Entah apa tah mimpinya dan apa tujuannya, pokcik pun tak berapa pasti. Mungkin dia tak melihat ramai lagi oang2 tua yg sesuai untuk acara ini selain pokcik yg agak veteran dan glamer nih hik hik..

Walau bagaimana pun tentulah kenduri tuh untuk tujuan yang baik2 saja. Lagi pun lama sunguh tak dijemput makan kenduri nih sejak oang sibuk berparti2 , berbuffet2 dan berdiner2. Amalan tradisional ini lambat laun pun akan hapus dek zaman. Maklomlah, oang2 tua pun makin lama makin kurang..

Majlis bacaan yaasin dan tahlil berjalan dengan lancar, selancar dengkuran pokcik dan ralit2 penuh khusyuk. Sedar2 jek dah nak acara makan2 gitu. "Huii cepatnya abih, iksh iksh oang nih seme.. membaca ke tido? hik hik .." detik hati pokcik kehairanan dalam kesukaan.
Lebih mengecurkan lagi ialah jamuannya iaitu nasi Ambeng. Uish pandai betul la Tok siak nih pilih menu. Hidangan nih popular kat belah2 johor bagi masyarakat jawa. Tapi Tok Siak nih bukan oang jawa.. Bini nye pun bukan keturunan jawa.. iksh iskh banyak plak songel pokcik nih.. gegegege

Bersama lebih kurang 18 oang tetamu yang lain, setelah dipersila oleh tuan umah, pokcik pun mengatur sila lah mengadap nasik ambang yg nampak sedap jek. Ada ikan goreng, sambal goreng, serunding kelapa dan ikan kering. Pulak tuh ditambah lagi dengan begedil, papadom, rendang dan hati. Aduss.. sedapnya..

" Hah.. makan betul2 la.. makan betul2.. " pelawa Tok Siak

Pokcik pun tak toleh kanan kiri. Berkayuh2 dengan sesegara mungkin. Banyak tul nasiknya. Tapi makannya dalam 4 oang jek. Kiri kanan pokcik seme oang2 tua tak de gigi, slow and steady. Sure tak larat punya manakala pokcik slow dan nak lagi.. hik hik..

"Makan.. makan.. pokcik., makan betul2 laa.. makan betul2 laa “ sapa Tok Siak lagi..

Sedap sungguh dapat makan makanan tradisi nih sekali sekala. Sapalah yg pandai membuatnya. Pokcik terjengh2 juga kedapur kut2 ada anak2 dara atau mak janda yg mempunyai bakat tersembunyi. Boleh gak pokcik mengusha2. Kurang2 pun terjaga makan minum pokcik nanti huu huu..

"Makan betul2 laa.. makan betul2 laaa.."“ kedengaran lagi kata2 Tok Siak.

Kali nih pokcik rasa sedikit jengkel, rasa2 cam nak gigit jek telinga oang tua tuh. Oang dah beriya2 makan nih, hampir2 kebuntang nih apa plak makan tak betul nye.. Rosak tul lah Tok Siak nih..

Erks.. Alhamdulillah…alahaiii

Friday, March 02, 2007

Lagi lagi kena tagged.. aduss.!

Aduss.. kena tagged lagi. Kali ini dari farah . Hik hik sebab dia dah sudi nak tagged pokcik, maka pokcik pun mensudi2kan lah diri ini menulis lagi.. hik hik

Hairan sungguh pokcik. Tak dak siapa yg sudi nak tagged si Dol tuh.. Kalau tak, sampai esok lusa lusa dia leh citekan hal2 yang pelik tentang mak bapak dia, adik dia, nenek dia, cikgu sekolah tadika dia dll hik hik

Ok aa.. apa2 pun..kita ikuti 6 lagi perangai pelik tentang pokcik yang maha glamer dialam maya nih.. huu huuu, perasan nye pokcik (itu pun kira pelik gak..)

1. Pokcik suka betul dengan macam2 muzik yang sedap2 dan mendayu2, cam hindustan dan pop leleh2. Kadang2 rancak pun layan gak. Biasanye sentimental la.. apa jenis muzik laa, atau bahasa apa pun, asalnya berlagu2 rindu. Ibarat perumpamaan “ Bila bunyi bersatu.. kau milik ku !! “ .. Pulang kannnn! Pulangkann ! kekeke gegege.

2. Pokcik minat betul pada seni2 yang unik dan abstrak. Lukisan2, arca, ukiran2 atau bentuk2 tertentu. Kadang2 pokcik boleh merenung lama sesuatu mende tu sambil terfikir2 mencari maksud . Pernah suatu ketika disebuah balai senilukis, pokcik bersila2 menghadap sebuah lukisan serba putih cuba memahami intipasti yang tersurat, hingga tidak sedar datang seseorang lalu menyapa , “Pokcik tenguk apa tuh, saya belum start melukis lagi lah , “ erkss ?? adusss…

3. Banyak2 species pisang yang pokcik suka ialah Pisang berangan (kerana ia membantu pokcik berangan2) , Pisang emas ( kerana ia mudah dibawa belayar dan masak pun sebiji diatas peti..hik hik ) Pisang montel ( kerana dengan memakannya pokcik akan nampak lebih montel dan vogue huu huu hik hik ). Pisang yg paling tak gemor ialah pisang awak ( sebab awak punya, lain ler kalu kasi pokcik kekek )

4. Pokcik suka betul beraktiviti dan berbudi kepada tanah, berkebun contohnya. Senang hati melihat tanaman yang menghijau dah sihat tumbuh menyeliputi alam yang luas terbentang. Ingat dulu lepas kerja, bila dah tua2 nak bersara dan berkebun. Tapi sampai sekaran tak kesampaian. Yang lebih tragis lagi, batang cangkul pun tak pernah pegang.. huu huu

5. Kalau diberi peluang untuk duduk didalam sebuah rumah jenis banglo, teres, apartment, kondo, rumah air dan pondok, maka pokcik akan tetap memilih pondok. Sebabnya, pokcik tak mahu mengalami kejutan budaya sepanjang hidup pokcik huu huu

6. Sejak beberapa hari yang lalu, pokcik selalu mengalami mimpi2 yang pelik dan berulang2 hingga pokcik merasakan pokcik berada didalam dunia yang pelik. Tiada yang pelik melainkan pelik2 belaka..

Waaa.. pokcik tak mahu lagi aa main tag2 nih aaa. Ini kira yg last aaa… alahaii…

NOTA : Selamat bercuti hujung minggu utk semua.


Thursday, March 01, 2007

Sapaan pilu..

Pernah tak pada suatu ketika, kalian terlalu ingin menyapa atau berbual2 dengan seseorang tetapi malangnya ,

* Tak tahu nak cakap apa2. ( Balik2 tanya pekabo?, wat pe tu? Dah mkn nasik ke lom? Bz ke? bla bla bla )

* Tak tahu mengapa hendak menyapa?

* Tak tahu nak kata apa, kalau boleh mahu senyum sahaja ( tetapi masalahnya, anda dialam maya)..


Dan akhirnya, kekallah anda sebagai tape recoder (yg semakin buruk dah tua)

Ada “suara” tapi tiada jiwa.

Pokcik rasa dah mula mengalami simptom2nya. Oh! Jahat betul alam maya ini bagi oang2 tua seperti pokcik.. alahaii..


NOTA : Oops.. lupa plak nak tanya, pekaboo seme ? wat pe tuu ?