Pokcik teringat lepak2 pokcik dua malam yang lepas. Alahaii..sungguh enak sesekali melepak diatas tu. Walau pun soang2 diri, tapi rasa cam seronok gitu. Bila di toleh kanan dan kini terserlahlah panorama perumahan yang besor2 binaannya dan cantik dekorasi ruang depan dengan lampu yang serba malap2. Tak macam pondok pokcik, melepak dianjung akan hanya nampak kelam dan sayup2 jek cerahnya dari kejauhan.
Uii! tak sia2 pokcik merayap2 ke warung mamak malam tuh. Dok tingkat atas lagi tu..hik hik. Secawan kopi tongkat Ali serta roti telur (tanpa bawang) sudah cukup untuk menyelerakan tekak ini selain memandang skrin TV tentang cerita yg tah apa2 hingga tak terpaham pokcik dibuatnye hik hik..
Tidak lama bersunyi2 diatas, beberapa oang pelanggan mulai datang dan memenuhi tempat duduk disekeliling. Namun kebanyakannya dari mereka adalah golongan muda mudi yg lebih mirip kepada pelajar2 Univ. Ada yg datang berdua, berkumpulan dan solo2 sahaja.
Oh rupa2nya dowang nak study dan mengadakan discussion..Sebab pokcik nampak dowang bawak buku2 dan juga komputer. Hik hik alahaii bagus tul budak2 nih..Rajin2 mereka nak berjumpa sesama untuk mengaji ilmu serta menambah pengetahuan selain dari berperah2 otak utk exams ( barangkali juga sebab biasakan, study last2 minit hik hik ). Cuma sekarang nih dah serba canggih la..sebab pokcik nampak komp riba yg dibawanya sekali ( yg tidak diletakkan diriba malahan diatas meja lah jua) macam mahal jek. Uii! Canggih tul dak2 sekarang nih. Celik mata dah tahu komputer seme2. Dulu pokcik , dah lepas sekolah pondok pun tak kenal calculator lagi.
Cuma yg hairan dan tampak luar biasa tu, ialah jenis yg study berdua lelaki perempuan bercouple2 gituu. Bersungguh tul mereka discuss, macam terlebih discuss sampai hari tua gituu hik hik. Mungkin juga saja nak berendek2 gituu... Pokcik rasa ler, sbb ada satu pasangan nih..mengenyam semacam jek. Dok rapat2 sambil gelak ketawa. Konon nak wat kerja komputer tapi, tak de menaip apa pun..
Tetikusnya komputernya pula kekal kaku, tak bergerak2..tapi “tetangan”nya saja yg bergerak sambil meramas2 jejari halus mulus yang lagi satu tu.. alahaii…
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
5 comments:
pokcik, mcm mana pokcik tahu jejari yg satu lg tu halus mulus? pokcik dh rasa ke, atau sekadar membayang2knnya aje? *sembunyi gelak belakang notebk*
Nor ash burn ..kekekek sebab pokcik nampak( dari jeling2an ekor mata pokcik nih), oang nye pun mulus2 jugak..cantik dan menawan..itu pasal lah temannya nampak grrr grrrr gerrrammmm..gegege hik hik..alahaii
yang tulus yang mulus .... teringat abang long pada lagu Ghazal untuk Rabiah ....eh pokcik suker tak lagu tu ...abang long pernah nyanyi lagu tu di funfair ... bila nak tarik e minus ... tiba2 je suara pecah ... macam suara budak lelaki baru cukup umur gitu ....
Pokcik, biasalah bebudak sekarang, ngalahkan kita jaman-jaman dolu. Sabar je aku. Dulu-dulu, Sabariah curi-curi nak dengar lagu Kassim Selamat kat radio. Nak telefon pun kena tengok line clear. Bila kena tangkap, naya Kassim Selamat kena panggil tambi.. huhu... sekarang, mak siap tanya kat anak dara kisah cinta dia. Bapak pula siap tanya berapa orang dah gf anak teruna. Lagi ramai lagi bagus... Sabo je aku...
abg long - oo lagu tu..tahu la..tapi bila bg long nak nyanyi kena tukar tajuk..kepada " Ghazal di bakul sampah " kekekekeke..yg tulus yang hancusss! hik hik
Opah De - Uii dasatnye..nape pokcik tak alami2 keadaan2 cam tu..hik hik lahaii..tah ler, maleh nak cakap..seme dah advanced..sampai pokcik2 nih pun dijeling2 nya penuh nakal gegege hik hik
Post a Comment