Monday, November 27, 2006

Pokcik bersangat2an sana sini dan situ..

Alahaii.. lama sungguh pokcik tak mencoretkan sesuatu disini. Rasa macam rindu plak gituu kekekeke.. Rindu pada umah sendiri..hik hik. Geli plak ketiak pokcik mendengornya. Namun begitu, bukannya pokcik tak sudi atau tak beridea baru, tapi tu lah… banyak mende yg berlaku saban hari disekeliling sampaikan pokcik rasa2nya lebih banyak termenung dari menulih.

Termenung akan macam2 perkara. Fikiran merona2 kesana sini dan situ. Salah satu sebabnya yang membuat pokcik jadi sedih bersangat2an, ialah kerana Aidil Fitri sudah lama berlalu. Hmm… entah bilalah lagi akan ketemu. Walau pun ia akan hadir tahun depan tapi pokcik nih, ntah ada atau tidak, ntah sempat atau tidak menantinya? Maklom ler, usia dah menganjak sahur nih..sementelaah badan pula asyik sakit2 sana sini situ..aduhaii..

Di tambah pula dengan hujan yang semakin bermesti turunnya disana sini situ. Lagi2 lah membuat hati ini jadi sayu bersangat2an selain mengubah mood dan persepsi melihat suasana sekeliling. Memang ini sudah musimnya. Tak mengapalah. Itu Tuhan punya kuasa.. kita reda je la, tak pun redah jek gegege. Kurang2nya kita dah bersedia mengalami musim2 yang sebegini. Jadi lebih berhati2 setiap hari dalam merancang perjalanan atau apa2 kerja yang hendak dilakukan. Dan jangan lupa juga, bawak payung..gegegege

Dan lagi, yang terlebih2 sedih, pokcik nye medium maya yang merealisasikan kehadiran pokcik melepak dianjung pondok saban malam akan jadi sepi. Kerana mediumnya yang lebih popular digelar kebanyakan oang sebagai “komputer” dilanda sakit sana sini dan situ, yang bersangat2an kroniknya juga. Apa kan daya, dia pun tua macam pokcik jugak. Sesekali nak juga sakit hik hik.

Iyo laa… nanti pokcik usahakan untuk membaikkan kau. Kalau tak pulih diasap Tok Lipat, pokcik hantar ke pondok Tok Batin Upai nun jauh diatas gunung sana. Tak kisah ler gimana caranya, janji ko baik2 aje.

Nampaknya sekarang nih, lepak2 pokcik dimalam hari hanya pokcik saja yang tahu. Tak dapatlah nak menyapa korang seme malam2.. Siang2 tu jek laa hik hik hik..alahaii..

Mungkin ada jua hikmahnya disebalik kerosakannya. Nak suo pokcik berehat jek kut, tido awal, bior badan sihat..hik hik Kalau tidak huh! bertenet sampai lupa2 diri. Alahaii apa nak wat..oang tua yang glamer bersangat2an lah katakan gegegegege… kekekekek hik hik..

uhuks..uhuks..! ( alah, batuk plak dah.. )

Alahaii bersangat2an gitu sana, sini dan situ2 nya ..

3 comments:

salmah said...

sian kat mersik...kalau dkt, blh jg suruh surgeon peribadi operate kan medium alam maya tu...so mlm hari temankan cengkerik la ye mersik....

Mersik said...

salmah - tak pe la..time masey daun keladi kerana tumpang simpati..semoga segala2nya akan elok spt sediakala dan pokcik tak akan sunyi lagi memalam2 hik hik

Nur Raina Afsana said...

Begitukah alkisahnyaaaa... alahaiii.. meh sini ke rumah Opah De, Pokcik oiii...boleh ler Opah De 'cher' 'cher' komputer Opah De ni... huhu... tak apa, penantian suatu siksa yang tidak tertanggung, oleh tubuhmu yang rindu kat pc mu...huhu... bila lagi nak belajar sabarrrrrr... kan sabar itu separuh dari sabariahhh..huhu...