Tuesday, November 14, 2006

Basah ditimpa hujan...

Siapa sangka petang semalam sedang pokcik berjalan2 pulang dari kedai, hujan turun tiba2. Lebatnya tak terkira. Namun badan tua nih tak mampu rasanya nak berlari menyelamatkan diri. Tak kuat rasanya tenaga nih. Maka jalanlah juga pelan2. Payung pun tak de, hanya suatkabo jek buat pengalas kepala ( kekonon buat2 syarat yg kite tahu hujan turun ler tuu ).

Kali ini pengalamannya jauh berbeza. Sakit tubuh badan pokcik nih disimbah hujan yang menggila dan kasar2 rintiknya. Lebat dan deras sampai jadi lencun tubuh pokcik dalam sekejap masa. Ditambah pula dengan angin yang sekejap lurus dan sekejap songsang. Nyaris2 membuatkan pokcik melayang2 ke dalam parit. Huh! angin satu badan pokcik dibuatnya..

Bila dia menimpa tubuh kurus ini, sakitnya ibarat ditusuk sejuta peluru. Setitik demi setitik macam kena betul pada tulang2 dan urat2 utama. Tergetap2 gigi pokcik dibuatnya selain mengiggil2 kesejukan. Raut muka nih tak daya lagi dah nak menahan, kebas2 dibuatnya umpama membuat extreme facial gitu hik hik.

Dalam pada meredah dan berjalan perlahan2 tu, pokcik rasa macam nak menangis jek. Tak sangka hujan begitu menyakitkan sekali dikala ini. Sampai betul hatinya mengganyah si tua ini. Sampai hati kau hujan oii..


Pabila pokcik lepak2 dianjung dan melihat dari perspektif yang kering ( sebab tak kena hujan) nampak lebih mengasyikkan dan indah2 belaka. Dan, apabila dah berada ditengah2 terjahannya, rasa macam nak pengsan dibuatnya. Jarak yang dekat menjadi terlalu lama2. kaki jadi lemah melangkah bila meranduk air yang bergenang sana sini. Sekejap2 datang motor melaju dan memercikkan air, sekejap2 datang pula kereta lori menyimbah air sampai tergebang2 kain pelikat pokcik hingga hampir2 ternampakkan yang gebu2 gitu..hik hik..

Sesampai di umah, pokcik menangis lagi..sebabnya terlupa boli kopi Tongkat Ali. Tadi memang dah ada dalam kepala. Rasanya2 hanyut kut diterpa hujan. Lupa semua. Biskutnya memang dah ada tersedia. Aduss..cam mana nak lepak2 nih..iksh iksh..

Tak apalah, kurang2nya pokcik ada bantal bucuk..gegege..uuuu .


Jangan besok deman dah ler..alahaii hik hik

3 comments:

Nur Raina Afsana said...

Pokcik, Opah De rasalah, kalo Pokcik dah rasa sakit-sakit badan masa kena attack ngan ayo ujan tu, baik ler Pokcik pegi jumpa dokto. Sebabnya, Opah De rasa badan Pokcik tu demam tapi demam kat dalam je. Bahaya panaih kat dalam kat luo sejuk. Minum ayo bali ke ayo kelapa muda ke. Suruh ler kucing Pokcik tu manjat pokok kelapa tu kejap. Bila lagi nak berjasa kat Pokcik... hu hu... Gi jumpa dokto ye Pokcik. Pegi sekarang juga (waktu sekarang ialah 3:51 pagi.. hu hu)

Mersik said...

Hik hik..laa haii..mmg tul, biasanya kalau pas kena hujan tuh, pokcik musti mandi..gegege pas tu..tidoo..gerenti sedappp hik hik

Dan rasa2nya kucing tu pon join sekali hik hik..

sharifah said...

heeehehee...kesian pokcik..sabor jelah eh, dah musim sekarang, bebanyak bersabor ye...