Monday, November 20, 2006

Alahh..hujan jugak punn..

Petang semalam, pokcik memandang langit dengan penuh tanda tanya. Dari awal pagi membawa ke tgh hari nampak macam cerah sahaja di atas sana. Biru menghiasi dada langit dengan beberapa gemulan awan gemawan yang berarak mesra.

Pabila awan putih itu dilarat sampai ke petang, pokcik lah oang yg paling suka sekali kat bumi ni. Maka berdetik2 lah rasa hati nak beluar bersiar2an, menghirup udara segar sambil bermain buai2an..gegegege..

Pokcik duduk diatas sebangku besi, memerhatikan telatah kanak2 berlari, ketawa, bermain dengan begitu riang ria sekali. Oh! sungguh indah sekali suasana di petang ini. Dah dekat hampir pukul 6 ptg pun masih lagi terik mentarinya sampai pokcik jadi yakin sungguh2 yg hujan tidak akan turun pada waktu2 begini. Suka betul hati pokcik, dan petang itu pokcik hanya duduk2 saja sambil memuji2 serta menikmati keindahan alam semesta ini.

Namun apabila kaki mula bangun dan bergerak selangkah untuk pulang , tiba2 langit bertukar kelam. Entah dari mana awan gelap itu muncul, sambil diselang seli dengan bunyi guruh serta angin serba laju. Pokcik jadi tak keruan, tercangak2 kehairanan memandang langit yang muram. Tanpa disuruh2, lantas pokcik membuka langkah serbu lalu berlari pulang..

" Amboi2 langit nih, baru puji sikit dan nak hujan..iksh iksh "

Dan tidak lama lepas tu, hujan dan angin sama2 naik gila.. Pokcik terkebil2 di anjung pondok..Bila dah terlalu kuat dan tak terkawal cemperanya, pokcik lari kedalam. Duduk diam2 sambil memegang tiang rumah dengan rasa takut sekali..takut kalau2..

Pondok pokcik tercabut bumbungnya dan dibawa pergi..

Takut kalau2 tiang atau seluruh pondok roboh dan berserakan di tiup angin merata.

Takut kalau2, jantung pokcik pun tercabut sama..alahaiii..

6 comments:

Unknown said...

Pokcik, napa Pokcik bangun dari bangku tu? kalo pokcik tak bangun, mesti ujan tak turun. Ujan tu sebenonya, nak ngintai Pokcik, tu yang dia turun mencurah-curah tiap-tiap ari tu. bila dia jeles tengok pokcik sembang ngan anak dara cun, tu yang dia turun cucuk-cucuk pokcik... huhu... Petang tu dah pokcik duduk kat tengah-tengah taman permainan tu, dia main intai dari balik awan je la. Pastu, tengah syok dia intai pokcik, pokcik balik pulak. Mana minah tu tak mengamuk...huhu.. sori pokcik, opah de sewel malam ni... huhu... dah makan?

Mersik said...

Sebenor2nya err.. sebab pokcik nak ber "hajat kecik" gegege..Amboi2 ade plak gitu. Hujan mmg selalu turun. Saban ptg dan malam..uii tido best nihh gegegege

Anonymous said...

nasib baik jantung pakcik tak tercabut, jiran saya hujan2 petir2 tue, terus terbakar rumahnya...

Abang Long said...

Sykur alhamdulillah .... program berlangsung dalam suasana yang begitu ceria ......TERUJA sekalian yang hadir .... hingga pokcik mersik keletihan melayan karenah tetamu ....hik hik hik

Unknown said...

Ish, Pokcik. Kalau 'berhajat' kecik dalam ujan, siapa yang nampak... kui kui kui... sabar je aku... ish, melalut dah

Aarin, siannya kat jiran Aarin tu. Harap tak ada nyawa yang terkorban. Harta benda, wang dan ringgit boleh dicari, nyawa dan memori ni... alahaiii...

Abang Long, nampak gayanya, Pokcik boleh bukak PR company ler. Jadi PR consultant. Sekarang pun dah pemes... huhu... mana tau, leh buka kompeni global lak nanti. boleh saya apply kerja ngan pokcik nanti, yek pokcik.

Mersik said...

aarin - Ooo itu mcm ka..ciannya. err kalau susah2 buat jek la pondok sebelah pondok pokcik nih. ada skit kawan nak melepak2..gegege..

Abg long - amboi2..cam rasa nak gi lagi jek tu..hik hik..

Nur raina - Ooo jgn ler memuji sebegitu rupa..nanti abih hidung pokcik kembang kempis. Bknye tak tahu pokcik nih pemalu..gegege..

Cam semalam2 tu, lepas mkn2 round yang ke 10, tetiba terberenti plak..rupa2nya.. malu gituu..kekekekeke