Alahaii..kejap sungguh dah hari khamis nih hik hik cehh macam mengeluh plak , adahal tak sabo nak tunggu hingga jumaat. Untuk budak2 sekolah tentu tak best sebab dah lama dowang naik cuti dan mungkin lama lagi nak cuti panjang.
Sebut pasal budak2 nih..pokcik teringat weekends lepas semasa pokcik tak de mende nak buat dan hanya merayap sahaja di sekitar Shah Alam.
Mula2 pokcik gii ke Library..hik hik bukannya apa..saja jek. Oang kata kalau gi library kira cam oang pandai2 jek..Agaknya la tuh..Tapi disana tersangatlah penuh dan sesak nye dengan budak2. Mungkin budak2 sekolah yang ingin melawat Muzium atau menjengah hantu dipemeran berdekatan.
Kadang2 pokcik sedih gak..Ada diantara budak2 nih gi library pun macam nak gi main bola atau Shopping Mall . Dengan seluar pendek , rambut kusut masai. Siap berkumpulan lagi. Yang perempuan plak berdandan habis , pakai ketat2 dan menjolok mata sampai jadi leh terganggu tumpuan oang kat dalam tuh..hik hik
Dan kalau ada lelaki dan pompuan tentulah ada yg bercouple2..alahaii..Nih toksah cite ler..Berendek macam oang dewasa gayanya. Kira cam merancang hidup bahagia masa depan gitu ler. Ada yg pura2 nak study bersama tapi dok tersengih2, senyum2 simpul, main tarik2 kertas. Huhh..nak muntah pokcik rasanya.
Kemudian pokcik pergi pula ke Klang disalah sebuah Mall nye. Hmm lagi laa ramainye . Budak2 remaja berbilang kaum yang memenuhi kebanyakan kedai serta panggung wayang. Ada yang hanya lepak saja2. Dengan gaya2 mancho, pakai sepesen abih, warna warni lagih. Seluar jeans lupa nak tarik atas, londeh semacam jek , dll lagi. Beberapa kali pokcik tepuk dahi. Tu belum lagi cite pasal rambut..iksh iksh
Pokcik jadi sedih dan pilu. Apatah lagi bila mengenangkan akan Hari Kemerdekan yang baru sahaja berlalu. Benar kata oang, anak2 selepas merdeka nih jarang yang faham maksud kemerdekaan. Jarang yg menghargainya secara rohaniah dan positif. Mereka pakat riuh2 sana sini je. Apa akan jadi lagi 10 atau 20 tahun. Tah ler , pokcik tak dapat bayangkan..Nama je merdeka tapi fikiran masih lagi dijajah.
Sayugia diingatkan , pokcik bukannya tak suka sangat budak2 skg nih tapi cara dan perangai mereka tu kadang2 terlalu menjengkelkan.
Alahaii..
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
3 comments:
macam ni ke suasana library Shah Alam? baru je bercadang nak pergi sana.. diorang ni memang la.. salah gunakan library tu..
nieys , tak juga. Tenguk2 musim2nya budak nih tak sekolah atau ada cuti and mungkin sabtu ahad. lain2 tu ok laa..
Public library dah jadi tempat utk dating ...library kolej pun sama jer ..bangsa lain tu kita tak heran tapi sayang melayu ni hah..amatlah setuju dgn komen dan pemerhatian pokcik....mintak2 laa anak2 kita esok2 tak jadi cam depa ni..InsyaAllah
Post a Comment