Monday, September 18, 2006

Hujan dan kenangan itu... ( bahagian 2 )

Pagi semalam juga hujan turun, kira2 dalam pulul 2.30 pg. Alahaii pokcik nih cam menanti2 jek sang hujan tu. Bila dengor jek bunyi guruh dan kilat yg silau2, pokcik dah tersenyum lebar dan. Selimut dah tarik awal. Bila mendesah jek hujan turun, serta merta suasana dingin menyerkupi dan sedar2 jek pokcik dah pun terlena gitu kekekeke..alahaii..


Awal pagi tuh kabo2 nye banyak juga tempat yang dilanda banjir. Dengar2nya, disekitar Klang pun air naik sampai susah oang nak gi keja. Kurang2nya pun ada la alasan tak nak gi keja hik hik. Alaa macam dulu2 tu, tak gi sekolah sebab kasut basah gitu..ceh alasan aa..

Cite pasal air naik atau banjir nih, pokcik ingat nak teringat masa zaman kecik2 dulu aa. Bila masa hujan lebat jek..berbondang2 pokcik dan adik2 dengan payung daun pisang berlari2 ke umah atuk yg tak sampai 100 meter umahnya. Umah dia separuh batu, dan ada umah atas dan bawah.

Sebabnya pokcik tahu, bila hujan lebat jek sure umah bawah dia naik air. ( Alahai!, nih jahat nye cucu, sebab suka umah atuk dia naik air kekekeke ). Kadang2 kami duduk menanti kat atas ambin nenguk kan air makin lama makin naik.

Kadang2 kami bersorak gembira manakala atuk tersenyum kelat. Dia sibuk mengangkat barang2 semua naik keatas. Agak2 air dah overflow je masuk dalam umah bawah, apa lagi berkocak2 lah kami kat situ. Cehh! cayalah, dalam umah atuk ada swimming pool lagih. Atuk pun tak leh kata apa..tahu dah dia akan kesukaan kami.

Kadang2 kami duduk atas ambin main pulau2. Bila nampak sang lipan bergedik2 cuba naik atas ambin, kami pun apa lagi, terjerit2 laa. Atuk akan bergegas datang dengan batang penyapu, cuba menghalau ( atau melenyekkannya). Kadang2 ada juga katak atau tikus terapung2 sambil mencari tempat tumpang berteduh. Kalau yang itu, langsung kami tak berani mencecah air.

Agak2 sejam dua lepas tu, banjir pun reda. Masa tu lah, apa lagi kerahan tenaga pun bermula. Kena bersihkan lantai semua. Sapu selut2 , lumpur kotor lagi tohor yg berselirat didalam umah. Bila dah bersih semua, atuk pun senang hati. Lepas tu dia akan hantar kami balik naik beca. Tapi sebelum sampai ke umah singgah warung dulu, pekena goreng pisang panas dan teh tarik.

Kadang2 tu, kami pura2 tanya ” Tok! Nak gi mana nih ? ”

"Ngetehh..!" jawab atuk lambat2. Hik hik hik..Itu pasal la aktiviti ngeteh nih lekat sampai skg.

So, apa nak buat hujan2 nih ? Jom ngeteh..hik hik alahaiii


mersik

5 comments:

nor ash burn said...

dengar awak bercerita pasal hujan dn banjir, kaki tangan sy rasa sejuk dh kecut2. agaknya klu awak bercerita pasal salji, lagilah sy beku!
nice story!

Mersik said...

nor ash burn - huii sampai bleh merasai "special effect" nya aa. Hik hik nampak no ler awak menghayati sungguh2 cerita saya..terima kasih daun keladi saya ucapkan. Sememangnya nostalgia yg sebegitu elok sesekali dikenang..sementara ingatan masih ok nih..alahaiii

iEn said...

kat sini pon hujan tak berenti.. uwaa uwaa!! sejuk larr! takut nak mandi :(

salmah said...

mersik...baru la ni saya tau...rupa2nya katak takut air ya...khik khik khik....
x dpt sy bayangkan awak terjerit2 takutkan lipan! tp kan...sy pun pernah merasa gak suasana ni...gamatttt! best kan dok kampung...rindunyaaa zaman budak kecik....iksh iksh

Mersik said...

iEn - waa hujan mmg ler sejuk..hik hik..ada plak takot mandi..nanti bucuks..hik hik

salmah - katak bkn takut air, menyelamatkan diri gitu. kalau dah banjir teruk, ikan pun cuak kekekeke..Oh kenangan waktu kecik..sungguh best..dan tersenyum sendiri pabila terkenang2 hik hik