Friday, September 15, 2006

Arnab yang bijaksana

Dah beberapa kali pokcik lalu didepan kilang yg besor tu. Pokcik tak ada niat nak masuk kedalam ataupun mintak2 kerja. Semuanya gara2 beberap hari yang lalu bila terperasankan landskap bahagian luarnya yang sudah ada pagar kecil. Dan bila ditelek2 , maka pagar itu tidak lain tak bukan ialah dari pagar sang arnab yang baru dibela.

Seronok betul pokcik tenguk arnab2 tuh. Ada empat lima ekor, hmm tak ingat la..mungkin lebih. Ada yg berwarna putih, coklat, kelabu dan berjenis2 saiznya. Pokcik hairan betul dengan mata mereka tuh lah, sepesen sungguh dengan bulu2nya. Kalau bulu putih matanya merah , kalau coklat bulu, mata pun warna coklat.hik hik aneh kan ?

Apa2pun mereka nampak comel gitu, dengan hidungnya yg selalu bergerak2, dan mereka pun lambat2 bergerak2. Asyik ngadap makanan dgn mulut yg tak henti2 bergerak plak..iksh iksh Patutlah, di sekeliling rumah kecil mereka tuh dilambak dengan sebanyak2nya sayur kangkung dan sawi. Huh ! lantak kau la arnab kalau2 nanti mati kekenyangan..hik hik..

Landskap dalam pagar sang arnab tu pun tak kurang cantiknya. Ada batu2 kecil yg disusun merata persis laman umah2 tradisional Jepun. Sejambak pohon2 renek yg nampak menggerutu dan cacat2 daunnya ( barangkali juga dikerjakan si arnab2 ini) juga diletakkan disudut pagar. Bila time2 hujan semenya berdiang sesama, baring rapat2 sambil menyedap2kan diri. Sedangkan pokcik duduk jek melihat sambil berpayung2 gitu, alahaii..

Namun semalannya, terjadi sedikit kegemparan. Pokcik lihat arnab seme dah merayap diluar dari pagar yg disediakan. Kali ini lebih lincah pula mereka melompat kesana kemari. Kadang2 terlihat jek mereka lepak2 dibawah landskap pokok sawit yang ketot2 dan teduh. Yang lain berlari2 kesana kemari. Oh ! sang arnab , kau sudah bebas rupanya.

Mujur pagar diluar masih lagi kukuh dan rapat. Kalau tidak sudah tentu akan lebih jauh lagi kau merayap disekitar tempat ini memohon kerja dimana2 kilang yg ada kekekekekeke…

Namun bila pokcik perati semula didalam pagar asal mereka, terlihatlah dua buah bungkah batu. Satu darinya kecil sedikit dan lagi satu lebih besar dari arnab2 tersebut. Kedudukan batu2 itu pula sejengkal lebih dari pagar.

Pokcik tersengih dan akhirnya tergelak sendiri..


Agaknya dulu arnab nih pergi sekolah kut, dan dia tentu faham betul2 akan maksud peribahasa yang berbunyi "batu loncatan" tuh..hik hik..

Arnab oh arnab..alahaii..


Nota : Lupa plak nak mention yg pagar arnab tu hanya separas lutut sahaja. Dan batu paling besar tu separuh jek tingginya dari pagar. Ceh..dowang ( penjaga2 landskap tu ) ingat arnab tuh tak leh lepas la..hik hik

5 comments:

Anonymous said...

betul ke ni mers, arnab2 tu buat loncatan jauh ke luar pagar? atau ini cuma kelentong awak aje? *terfikir plk bagaimana klu wabbit yg berbuat begitu, agaknya dh boleh seberang tambak ke tempatku!*

Mersik said...

nor ash burn..ooo ini cerita botul aa..amboi2 . Takkan ler saya nak menipu..Ooops saya lupa nak mention , pagarnya hanya separas lutut sahaja. Dan batu yg paling besar tu separuh dari pagar. Logik kan ?

Nanti saya re write baik story..sorry hik hik

Uuu kalau wabbit yg tuh..gi round satu dunia pun bley hik hik

Anonymous said...

oh arnab.. tingat lak kat arnab yang hilang kerana anak abang yang tidak boleh duduk diam tu.. huhu.. sedihnyerrr...dah la comel.. hilang plak..

pokcik.. tetiba lak rasa nak wat n3 pasal kehilangan arnab kesayangan keluargaku itu..

Anonymous said...

pokcik.. wabbit ler yg merancang 'the great escape' ajo arab2 shomel tuh 'lompat pagar' hik.. hik.. :p

Mersik said...

nieys - hik hik biasa ler tuh, kalau yg "comel2" dan "kiut2" tu hilang mmg terasa sangat.. Alaa pe susah, boli yg lain laa..kan sama jek rupanya kekekeke..

cwazywabbit- Huh ! i shud'nt know that..gegegegegeg. Patut ler..hik hik tak pe..nnt kite tangkap wabbit yg nih plak kekekekeke