Friday, July 07, 2006

Pesta Buku Alaf21 - Seindah biasa

Lewat ptg tadi , saya pun mengerahkan diri ler berkunjung ke Pesta Buku di Premis Alaf21 yang diadakan seharian . Nampaknya saya merupakan orang yg paling last sekali datang aaa..Tak kisah ler..

Banyak juga buku2 yg ditawarkan selain dari buku2 masakan , motivasi , agama serta novel2 terbaru . Segala2nya diberikan diskaun sehingga 30% . Kebiasaannya hanya 15% sahaja .

Tapi berdasarkan dari feedback para pekerja disitu , kedatangan adalah seperti biasa , dah waktu tgh hari agak ramai sedikit . Mungkin sebab diadakan pada hari Jumaat . Lagi pun ini adalah pesta Buku yang diadakan julung2 kalinya terus dari Premis Alaf21 . Permulaannya agak kurang mendapat sambutan ( mungkin kerana terlalu tergesa2 atau kurang promosi , hanya bertumpu pada web Alaf21 sahaja ). Dan lagi , kebetulan pada tarikh tersebut merupakan tarikh daftar untuk pelajar2 ke Universiti selain dari hari Jumaat itu sendiri yang agak sibuk bagi kebanyakan orang.

Namun sempat jugalah saya menyambar beberapa buah buku yang telah diidam lama selain dari memenuhi koleksi2 buku yang ada. Bila lagi nak dapat diskaun murah macam nih ?

Diharap pihak alaf21 sendiri dapat mengkaji serta memperbaiki Pesta Buku seumpama ini pada masa2 akan datang seperti mempromosi secara besar2 an ( lebih awal ) selain memilih waktu yang sesuai .

Walau bagai mana pun untuk para pencinta buku2 Alaf21 sekalian , tidak perlu menunggu hari yg sebegini , kerana setiap hari adalah Pesta buku untuk Alaf21 . Semoga Alaf21 akan terus maju dan sentiasa menjadi pilihan masyarakat untuk bahan2 bacaan yang bermutu dan berilmu.

2 comments:

mamajambu said...

sabar je..tak semesti apa yg kita harap 100% berjaya. baru nak bertatih lama2 nanti berlari plak...ada duit hari2 pesta bk...ada duit hari2..hari raya tak gitu pokcik..apa pun mama doa kan kejayaan Alaf fc hidup alaf fc..

Mersik said...

Alahai mama..biasa ler tuh. lagi pun tak de apa2 yg menarik sangat , cuma diskaun nya jek yg hebat..terlanjur umah pokcik dekat sesangat , pokcik gii ler..kalau dah jauh2..iksh iksh tak larat..hik hik..terima kasih kerana menyokong Alaf21 FC..hik hik