Friday, July 21, 2006

Alahai Uji Rashid

Pokcik tengah duduk sendirian diwarung kopi Ah Seng , bersebelahan dengan kedai muzik Ah Peng. Ada ke dia bukak lagu Uji Rashid ? Uii favourite pokcik tuh . Uishh..lagu2 dari memori hits nye plak.. Makin ler pokcik tak senang duduk..kejap terkitai2 kaki..kejap terangkat2 tumit dan lutut , kejap tertepuk2 paha dan sesekali tertepuk meja..kekekek

Pokcik suka kesemua lagu dia tuh..ada nostalgic value aa..alaa macam The Carpenters nye lagu yg mendayu2 tuu .Suaranya dulu2 uii mersik dan manja. Sapa2 dengor rasa cam jatuh cinta jek , apa lagi ditimpa perasaan..

Pokcik jadi khayal khayal dan alpa , asyik dalam berlagu rindu . Sampai pada lagu " Menunggu nasi minyak " pokcik tak boleh tahan dah , apatah lagi bila Uji Rashid tiba2 muncul tah dari mana sambil memanggil2 pokcik , Aduss pokcik terkedek2 dan terhenggut2 menerpa . Dan kami pun bernyanyi mesra..


Hai pokcik jangan marah , kalau Uji bertanya
Mengapa pokcik belum naik pelamin
Ku ingin merasa , nasi minyak kau pula
Lekas2 lah kahwin


Aduhai Uji Rashid kau buat pokcik tawa
Poket ku ini , selalu kekurangan
Oh inikan pula , hendak kasi makan
Anak dara lah orang

C/o

Sampai bila ku kan menunggu ?
Nasik minyak pokcik kuu ?


Sampai ku lihat duhai Uji ,
Mempunyai anak seribu..

Hai Pokcik Uji agak , jadi bujang terlajak

Bujang terlajak tak apalah Cik Uji ,
Oh asalkan jangan , Oh pokcik menjadi
Bujang senget sebelah..

Pokcik memegang tangannya , dia berpusing . Pokcik pun berpusing sampai terhayun2 kain pelikat nih hingga atas lutut auwww. Kami gelek2 lagi. Muzik semakin rancak. Dia terus2n tersenyum manja pada pokcik. Pokcik terpana..

Tiba2 bahu pokcik dikuis. Pokcik terjaga ! terpisat2 mata memandang Ah Seng tengah berdiri penuh tanda tanya.

" Aloo pokcik ! Apa pasat tiloo sampai kepala senget2 nih ?. Nenguk , itu kopi sula tumpah. Hiyaa ! , mau tilooo balik lumah laa "

Pokcik kesat2 mata beberapa kali sambil perati sekeliling .

Alahaii Uji Rashid nih..saja ler tuh..hik hik.

4 comments:

Faridt said...

mak ai...sampai begitu sekali dia berkhayal..bahaya tu.berkhayal kat bilik takperlah. :)

nor ash burn said...

kalau sy kata pokcik ni kartun, pokcik tak percaya! *geleng2 paler sambil tukar channel lain*

Mersik said...

faridt - kekekek uii nih khayal tak bertempat nih..alaa kasik chance ler..kekekek

nor ash burn - alaa nak cakap apa pun tak apa..pokcik tak kisah . Mmg selalu pokcik dilabel cam tuh. maklum ler kite nih siapa ? oang tua terlarat dipondok buruk ..maka segala impian dan imiginasi pokcik ( yg agak merapu ) nih..selalu disalah erti dan diremeh2kan..

nor ash burn said...

alah.... merajuk ler tu! tpkn pokcik, kartun kn yg paling diminati ramai? merapu ke tidak, org tetap tngk. sy, klu bab filem2 yg pokcik promo dulu tu mmg ler tak suka. pernah masuk panggung, tp tertido sampai citer habis...err... macam mana nk pujuk org tua yg merajuk ek? *garu2 paler*