Tuesday, January 08, 2008

Tanah kita...


Kadang kala pokcik rasa seperti berada di tanah seberang sahaja. Di hadapan pondok pokcik ni, sering kali warga2 asing lalu lalang. Kadang mereka menegur atau sekadar melambai tangan. Rasanya, mereka tinggal di kotai2 berdekatan tapak perumahan baru tu. Yg pokcik cerita umah dah siap tu baru fasa yg terawal.

Bila pokcik berjalan2 lagi kesana, ternyata makin ramai yg menghuni disitu. Selain orang2 indon, ada juga warga nepal, india dan juga bangla. Melihat kepada tempat tinggal mereka, tentu ramai yg tak sudi dan terasa geli. Pondok kayu yg buruk, dibuat panjang2 buat menapung warga asing yg ramai, bekalan air dan api yg ditarik merata, entah dimana sumbernya. Mereka tidak kisah duduk berhimpit2 disana sini. Survival mereka sangat tinggi.

Awal tahun 80an dulu, sewaktu pokcik muda belia dan gagah perkasa, jarang pokcik lihat warga asing jadi buruh binaan. Lagi pun waktu tu binaan yg baru2 pun tak berapa banyak. Ramai oang kita yg mengerjakannya. Sekarang ni hampir kesemua tapak projek serata Malaysia telah dihuni oleh pekerja2 asing ini. Mereka sudah jadi pekerja mahir.

Tapi itulah, apabila sudah ramai yg berhijrah ke sini maka kita pun akan jadi tidak selesa. Dimana2 sahaja boleh jumpa oang indon, bangla, inda dan nepal. Baik lelaki mahpun perempuan Hinggakan dalam suatkabo baru2 ini ada menyatakan “mereka“ telah mengambil alih 20% dari peluang pekerjaan di Malaysia. Bagi mereka , Malaysia adalah syurga atau lubuk uwang. Mereka kabarkan hal2 gembira sahaja di sini membuatkan yg lain kepingin sekali kemari, sama ada dengan izin atau tidak.

Kita pun tak kurang silapnya jugak. Makin lama, jadi semakin malas. Sikit2 nak upah oang indon. Membuat kerja2 umah pun jadi semakin mudah apabila bibik ada. Warung mamak dan bistro sudah penuh dengan warga nepal. Belum lagi termasuk di sektor2 tani dan perniagaan.

Tengok sajalah ubahsuai di rumah yg baru siap, yg pokcik tengok beberapa minggu lepas. Kalau pun kontraktornya cina atau melayu, namun yg bekerja tetap indon juga. Belum lagi yg menawarkan keja tambah secara bersendirian ( diluar waktu kerja ) seperti memasang lampu, cuci rumah, kerja2 paip , tukar lantai porch, bikin tembok dll. Makin lama duduk sini mereka semakin pandai melihat peluang. Duit mudah betul dicari. Dalam longkang pun ada. Janji kena rajin dan mulut sentiasa manis.

Pokcik terfikir juga lagi 10 atau 20 thn akan datang, apa akan jadi kepada rakyat kita , masyarakat M’sia dan generasi kita khususnya. Apakan mereka akan tahan bersaing atau semakin santai dihanyut ombak yg menghancurkan. Kita bukan mencemburui rezeki mereka tapi dalam masa yg sama kita tidak perlu seronok dengan rezeki kita yg ada. Bahkan, agama juga tidak menggalakkan supaya alpa dengan apa yg ada.

Dari itu sempena tahun baru yg terburu2 ni datangnya, pokcik menyeru pada semua supaya bangkit dan melihat kembali sejarah yg banyak memberi ajar. Masyakarat tidak harus dilihat takat ini sahaja, tapi perlu difikiri jua nasib anak cucu kita di masa akan datang.

Banyak dugaan dan kisah2 pelik berlaku saban hari. Kisah2 yg kita tak pernah terfikir pun. Kekejaman manusia, kepelikan sifat insan, kehancuran moral, kelupaan pada budi baik serta keakraban hubungan sesama manusia yg kian pudar.

Kita kena jadi kuat, rajin, berfikiran jauh dan kekal dengan sifat2 kemusiaan. Negara perlukan kita untuk maju begitu jua masyarakat setempat dan insan semua.

Ini bumi yg bertuah, didalamnya ada darah nenek moyang kita. Mereka pernah berjuang untuk kita suatu waktu dahulu hingga kita hidup senang lenang serba manja.

Adakah kita sudah lupa?

4 comments:

Jie said...

Pakcik... kadang2 try la juga cari org kita nk renovate rumah...tp selalu tak puas hati..kenapa ye?

Pekerja suami sy...dia sorang je org kita..kehkehkeh..nk wat lagu mana...org kita senang lenang....takut keje kena panas takut cair.

Anonymous said...

hmmm...setuju 1000% dgn atok! kelmarin budakjahat pi puduraya...dah x mcm dulu..dah jd mcm KLIA plak...hik hik...berbagai bangsa berpusu2...indon, bangla, pilipino...& ln2 lg...poning kepalo den dgn bau yg bermcm2! bukan takat tu saja...pi McDonol oang indon yg sambut...masuk nandos oang indon yg sambut...sampaikan reception hotel pun oang indon yg layan! pas tu msk kedai2 kecil, oang indon gak yg menyapa...bila msk butik/restoran besor skt, oang pilipino plak dah...
mana pegi oang kita agaknya eik? mika2 sume dah ada keja bagus2 kot...takkan la plak mika2 sume blk kg pakat2 jd petani/penternak moden...iskh...terkonpius nie...(garu2 kepalo)

Anonymous said...

Moh buat perhimpunan halal!!!

Mersik said...

jie - Alahaii.. tu la yg dikatakan oang kite ni cam dah malas2. Kalau wat keja pun acuh tak acuh dan tentulah hasilnya pun hancus. Tu yg kita naik marah tuh..

sabo jek la...

( Yg buat pondok dengan tangan sendiri.. hik hik )


budakjahat - Ooo.. sabo laa sikit. Marah nya dia berapi2 gitu.. kekekek.. Ini bkn silap kite, oang atas2 tu yg silap.. tak reti nak mengawal masuk. Mungkin ada kepentingan sendiri. Akhirnya setelah dibiar berpuluh tahun, inilah jadinya.. alahaiii..


OD , amboi.. lagi extreme ni.. err masa perhimpunan tu ada makan2 tak? kekekekek *wink*