Friday, January 11, 2008

Mengenang...


Mengenang rentetan peristiwa semalam membuatkan pokcik hampir2 menitiskan taik mata dalam dengkur yg panjang. Apakan daya, otak ini sudah terlalu tua untuk mengingati sekian kenangan yang indah2 dek kerana seringkali dilanda kelupaan yg merisaukan hati.

Sebahagian dari kita memang berkebolehan utk mengingati sepanjang tahun sudah perjalanan hidup ini. Antara yg manis dan pahit semuanya segar diingatan. Berpusing2 ibarat layar lara. Pada yg mempunyai diari tentunya akan lebih mudah untuk membaca kembali.

Pokcik masih lagi bersantaian di kala bulan mengambang. Merenung awam hitam dibalik kedinginan lewat malam dan berfikir2 akan hidup ini, yang berlalu terlalu deras. Mengenangkan sesetengah kenangan ibarat menoreh luka sendiri. Menyesak dada dan membikit hati jadi kecut. Yang manis pula bisa membuat bibir terherot2 sengihnya, sampailah ke pagi.

Walau sebaik mana pun agenda yg kita rancangkan, tapi akhirnya Tuhan juga yg mentakdirkannya. Namun, kalau usahanya sudah semampunya, tak usahlah hendak bergundah gulana hatta bermuram durja. Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya.

Harap2 tahun baru ini tidaklah terlalu mengecewakan sangat. Walaupun perubahan tarikh atau angka tidak memberikan makna apa-apa pada sesetengah orang, namun pada masa dan tarikh tertentu.. kita kena juga berubah. Kehidupan didunia sangat mencabar sejak akhir2 ini. Penuh liku dan lekuk. Jangan sampai kita jauh ketinggalan dah tenggelam punca.

Terlalu banyak ruhsia hati ingin pokcik sampaikan disini. Termasuk juga hajat2 tertentu yang barangkali terlalu “tak sampai hati“ untuk dikongsikan bersama. Walaupun pokcik baru " tiga tahun pokok durian " berada dialam maya ini, tapi sudah terasa lama kaki pokcik tidak berapa jejak di alam nyata. Terlalu lama pokcik hanyut rasanya.

Namun disatu saat yg lain pula, pokcik berasa sangat gumbira kerana bertemu ramai teman2 yg sudi menerima dan menyokong akan santai serta rapu2an pokcik selama ini. Setia melayan, setia berborak, setia kasih, setia berbicara dan setia singgah2 untuk bertanya kabo walau hanya menuliskan ayat yg skema2 saja.

Jauh disudut hati, pokcik sangat2 menghargainya.. kalau anda seme ada didepan mata, ingin rasanya pokcik memaut tubuh mu dan mendakap dengan seerat2nya, tanda terima kasih yg tinggi tahapnya. ( Perhatian : Yg lelaki sahaja pokcik dakap, Yg pompuan plak, kalau rasanya bakal didakap (tanpa sengaja) sila lempang pokcik patplo kali )

Akhir kata, semoga kita2 sama2 diberkati hidupnya dibumi ini , walaupun kadang kita selalunya ada dialam maya, kita masih belum lagi dikategorikan sebagai "oang yg diculik ke alam maya ". Rasa sedar kita masih ada bersama tanggungjawab yang dipikul. Sentiasalah ada fikiran untuk jadi lebih baik, lebih sihat, lebih bagus dan lebih besar jiwanya untuk berjaya didunia dan akhirat.

Semoga kita dapat meneruskan hidup ini dengan lebih bermakna lagi.

Mudah2an..

Selamat bercuti hujung minggu , kenang2 pokcik selalu.. yihaaa

3 comments:

mama ranggie said...

kenanag daku dlm doamu po'chik...

hehehe...

Purpleheart said...

Adakalanya teman jauh lebih mudah berkongsi pendapat dan masalah.. oleh itu carilah kawan segenap pelusuk.

Mersik said...

mama ranggie - kekeke.. uiii salu pokcik kenang gitu. kawan2 dan seme teman2 yg mesra2, supaya mereka seme sihat2 sahaja dan murah rexeki. aminn..


purpleheart - Ada kalanya, jauh dekat tak ada beza asalkan ingat dihatinya.. hu huuu

(Teringin cari kawan yang gigi sama dua.. hik hik )