Thursday, January 31, 2008

Alam satu lagi...


Malam tadi pokcik mengambil keputusan untuk berjalan2 di kedai depan sana. Biasanya, pokcik lebih suka bersantai di anjung sambil merenung bulan. Lagi pun, bukannlah pokcik rajin bebenor merayap malam2 ni. Sesekali je, bila datang seleranya nak berjalan2.

Cuma yang kurang bestnya, kalau dah merayap-rayap tu, amat sukarlah nanti pokcik nak menemui jalan pulangnya. Oops.. bukan kerana pokcik rabun malam, tak lain adalah kerana, apabila kala malam bulan mengambang menjelma, pokcik selalu terlupakan arah pulang ke pondok gitu.. hik hik..

Malam tadi, selepas melungsuri deretan kedai yang berbagai jualan dan warna warni, pokcik terhenti seketika di sebuat cafe siber yang terang benderang dan agak baru operasinya. Pabila pokcik menjegah ke dalam ( dari luar cermin hitam), teramatlah penuh dengan budak2, remaja hatta oang dewasa juga tidak ketinggalan. Ada yg bermain game, chatting, tenet2, dan sangat sedikit yg bersungguh2 membuat kerja sekoloh.

Rasanya bukan ini saja cafe siber yang ada disini.. mau ada lagi 4,5 buah yg melata disekitar2 sini yang amat sahih, penuh sesak saban hari dan malam.

Dari satu sudut yang tertentu, bolehlah dikatakan elok. Selain dari memandaikan rakyat jelata untuk mendalami ilmu IT, ia juga berguna untuk kebanyakan kerja yang lebih mudah urusannya secara online. Hanya perlu tekan itu ini sahaja.

Dari satu sudut yang lain pula. Belum tentu yang ramai di dalamnya itu inginkan sesuatu yang baik2 dari teknologi ini. Ramai yang lebih suka menghabiskan masa dengan membuang masa. Terutamanya golongan remaja dan kanak-kanak bawah umur.

Mereka bergelak ketawa, melihat yg sedap2 sahaja selain mendengor lagu2 percuma. Entah apa lagi yg sibuk diluncurkannya (surfing). Kadang2 boleh jadi leka dan lalai. Masa berlalu berjam2 lamanya, dan mereka masih disana. Siapa yang peduli ? Apakah mak ayah tidak tahu?

Bukan nak menyalahkan sesiapa. Namun, kebanyakan mak bapak zaman skg dan separuh lama, yg berkelas rendah atau sederhana.. pabila bila anak sudah pandai tekan komputer, maka disangkanya bahawa anaknya itu sudah maju dan nam merobos sempadan diri, jadi celik IT. Padahal... apa yg dilakukannya itu ( dengan kemahiran berkomputer yang ada ) kadang2 mengaburi mata ibu bapa mereka.

Agaknya, kalau ditanya pada budak2 yg taksub IT itu akan jenis2 alam yg mereka tahu, tentu salah satu darinya ( selain alam dunia dan alam akhirat ) akan dijawapnya alam siber. Alahaiii...

Teringat akan salah satu ayat dari oang bijak pandai yang menyatakan, Jika hendak melihat majunya mundurnya sesuatu negara tu, lihat lah sahaja pada golongan muda mudinya hari ini.


Walaupun pandangan dari mata tua ini tidak memberikan apa-apa makna bagi semua, tapi “garam“ yang ada didalam diri ini sudah cukup untuk menelahkan kebarangkaliannya.

Akhirnya, pokcik berlalu dari situ dengan rasa hati yang sedikit sedih, sedikit kecewa.


Lebih menyedihkan lagi apabila melihat sayup-sayup diatas sana bulan sedang mengambang.

( Haii.. sesat lagi la pokcik ni nak balik umah... )

Alahaiii..



5 comments:

budakjahat! said...

atok...lain kali jalan malam bawak lampu suluh...lampu colok yg guna myk tanah minta dijauhkan...kang tak pasal2 kena tipon bomba ;-p

mama ranggie said...

kite sebagai ibu bapa seeloknya pantau gerak geri anak2...

Zalisa Maz @ ZN Isa said...

makan le garam bebanyak lagi. makin bertambah le pengetahuan atok nanti :)

Mersik said...

budakjahat - Uii nk menyuluh apa, kalau jalan pun tak tahu kekekek.. eh ada lagi ka lampu colok? kekekek


mama ranggie - Memang seeloknya begitu. Namun biasalah.. ibu bapa pun manusia juga. kadang2 terlupa...


zalisa maz - amboi.. alah, lepas makan garam, pokcik cari yg manis2 plak. kekekek

Tah bila la oang nk ajak kite ngeteh2.. ? alahaiii

mak aji said...

Salam pokcik,

Hahahaha...cuba tengok iklan Maxis. "Kanak-kanak yang melayari internet, lebih terbuka mindanya". Begitulah lebih kurang. So, bebudak tu cuma tengah 'membuka' minda di 'langit terbuka'.
Kurang-kurangkan makan garam tu pokcik. Nanti cepat kena darah tinggi!