Berbalik pada cerita gerimis semalam tu. Ada cerita yang mengamit2 kenangan pokcik sewaktu kecik2 dahulu. Waku itu usia pokcik dalam lingkungan 8 tahun la. Waktu tak kesekolah, pokcik selalu berjalan2 dan tido diumah Tok Ayah.
Setiap pagi, tok ayah akan bangun awal , duduk dianjung dah mengasah pisau torehnya. Masa tu pokcik ikut terbangun, melangut bersamanya. Dengan susasana pagi yang sejuk amat, kadang2 pokcik menemaninya dengan selimut2 sekali. Tersengut2 , terlentok2 dan sesekali terngigau2 mintak popia sambal hik hik.
Tok ayah tak suruh bangun, tapi pokcik suka tenguk dia buat kerja. Kadang2 nenek buatkan kopi dan sedikit ubi rebus cicah ikan kering, paling tidak pun biskut kering. ( Sekarang anda seme tahu aa, dari mana pokcik mewarisi aktiviti minum kopi dan sekut ini. Hik hik )
Dan hujan semalam benar2 membawa pokcik balik bersamanya. Waktu itu hujan trun diawal pagi, seperti biasa kami duduk lepak2 dianjung. Tok ayah memang rajin kerja. Kebun getah seluas 7 ekar tu diusahakan soang2 jek. Itulah sahaja hartanya yang ada.
Ingin juga pokcik menolong, tapi dia tak bagi. Mungkin sebab kali terakhir dia bagi pisau toreh tu, bukan setakat getah yang pokcik ditoreh, habih seme pokok2 pisang, rambutan, manggis hatta kelapa pun pokcik toreh. Dia marah kut.. hik hik
Bila Tok ayah dah siap mengasah , lepas solat subuh dia pun turun ambik basikal bawah romah. Alatan seperti tong, topi, dan lampu diperiksa. Ulat nyamuk lingkar dipasang dilengan, ikat dengan wayar. Sebelum dia menolak, dia lambai2 kat pokcik. Kadang2 tak sempat lambai pokcik dah tergolek tido kat anjung.
Dekat2 tengah hari, baru dia balik. Itu pun selepas menyelesaikan segala kerja. Bukan setakat menoreh sahaja , dia juga meghantar susu getah ke bangsal, memproses, menggelek dan jemurkan getah2nya.
Kadang2 pokcik jadi simpati. Kerja sebelum subuh dah keluar. Dapat hasil sehari singgit pun dah cukup bagus, selalunya dalam 50 sen sahaja. Apa nak buat, Tok ayah tak sekolah pandai, malah tak pergi sekolah pun. Tapi kerjanya ini pun mengajor macam cikgu juga. Cuma muridnya adalah pokok-pokok getahlah. Dan yang diasah hari2 tu kira macam pensel la. Geli hati sungguh pokcik mendengar lawaknya.. hik hik
Dan biasanya , kalau hujan2 begini..dia akan tetap duduk dianjung mengasah pensel2nya , sesudah mengasah, dia akan terus bangun serta mengajak pokcik masuk kedalam umah..
“ Dah , jom kite tido balik.. “
“ Tok, hari nih tak mengajor ke? “ pokcik tertanya2 kehairanan.
“ Nak ngajor apa, tak nampak ke hujan tu?.. pokok seme basah “ jawabnya selamba..
Alahaii… hik hik
Nota Cagu :
Untuk semua, selamat bercuti berhujung minggu. rindu2kan lah pokcik selalu.. hik hik
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
4 comments:
mersik....cite mersik ni membawa salmah kembali kezaman kanak2 remaja...salmah pernah ikut arwah Bibi pi menoreh sbb nak rasa apa yang Mak lalui untuk menyara hidup dizaman dulu...memang payah...menoreh punyai seni yg tersendiri...bukan perkara mudah klu x biasa. gelap pg lg dah klr bertemankan nyamuk dan dingin subuh. lps noreh, kumpulkan sekerap lak...berat! pas tu bw pi mesin...baunya..uish! blk mmg lepak habis...tp mereka tidak pernah mengeluh!
** rindu nak turun ke bendang...
Salam sejahtera Mersik,
Kisah Melayu dulu lebih kurang sama nada dan lenggoknya, begitulah.. Itu rata-rata hidup nan pasti bagi Melayu dulu. Melayu kini, makin senang semakin bijak menipu.. alahai..
Salmah - uiii seronoknya pengalaman tuh.. kekek, tentu nostalgia kalau dikenang2 alik.. Tah skg nih masih ada lagi ke idak? alahaii
Err.. bibi tu rajin ngeteh2 tak? Kalau ya.. haa skg nih boleh gak ngeteh2 kalau nak nostalgia balik kekek
mya marja - Memang gitu2 ler adanya. Cuma bila dah makin dan bijak sesekali terkenang juga.. apatah lagi bila dah tua2 cam pokcik nih.. alahaiii
alahaii mersik...x bc ke perkataan ARWAH kat depan tu...iskh..iskh...pokcik ni.....
Post a Comment