Sempena menyambut Hari Ibu yang jatuh pada hari minggu ini , pokcik pun nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat hari Ibu , pada ibu2 diluar sana, bakal2 ibu, ibu2 tunggal dan sapa2 saja yang berhak mendapat gelaran itu.
Sesungguh nya pengorbanan anda seme amatlah besar. Tiada anda seme, maka pupuslah manusia didunia ini tak bersambung zuriatnya. Segala jasa dan pengorbanan yang diberikan, tidak akan dapat dibalas dengan kata2 dan harta dunia, Semoga Tuhan sahajalah yang membalasnya.
Seketika, teringkat plak pokck pada bonda yang sudah pergi. Ah, rasa mau menitik air mata ini. Hanya sajak karya Usman Awang nih sajalah yang dapat meluahkan perasaan ini.. alahaii
KE MAKAM BONDA
Kami mengunjungi pusara bonda
sunyi pagi disinari suria
wangi berseri puspa kemboja
menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
lalang-lalang tinggi berdiri
dua nisan terkapar mati
hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
mesra kasih bonda menatap
sedang lena dalam rahap
dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
pernah dulu mengucupi dahiku
kini kurasakan kasihnya lagi
meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
tiada lagi lalang memanjang
ada doa kami pohonkan
air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
meninggalkan makam sepi sendiri
damailah bonda dalam pengabadian
insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
tiada sama bonda melahirkan
kasih bonda tiada sempadan
kemuncak murni kemuliaan insan.
Usman Awang
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
7 comments:
mersik...sajak yg sungguh menyentuh perasaan salmah...
salam takziah jg utk mersik...walaupun sudah lama Ibu pulang ke kepangkuan KEKASIHnya...
Salam pakcik mersik, dah lama tak tinggalkan jejak kat sini. Teringat masa sekolah rendah dulu bila baca sajak nie. Dah lama rupanya tinggalkan alam persekolahan ni rupenya.. ingatkan muda lagi, hehehehe...
Salmah - tak apa, itu sudah ketentuannya. Yg penting jgn dilupakan gitu.. sentiasa sedekahkan pepe yg patut.. alahaii
purpleheart - W'salam.. tul laa, lama tak maih sinin. Ingat dah lupa kat oang tua nih hik hik. Sajak2 lama nih mengimbau memori.. Alah sesekali gi la sekolah2 duduk, lepak2.. pas tu balik ler kekeke alahaii
pokcik, bila leh baca sajak/puisi pokcik lak? buatler... pastu pastekan kat sini, mesti best! pokcik ni misti byk p'laman kan? ;)
p/s ~ kite pun nanti nak bertapa di 'Pergunungan Loyarburukan' tu lah! nak carik p'laman...
manjlara - Sajak ? Ooo bila2 masa saja bley.. kekek tp sajak pokcik spesels..patplo kali baca baru daham baris pertama kekekeke..hik hik..
Amboi2 jgn ler nak cuba2 berloyar.. sementara usia masih muda dan waras fikirnya nih. Lain ler pokcik.. terloyar akibat ketuaan gitu.. alahaii hik hik
sob.. sob.. tersentuh sungguh baca entri pokcik nie.. *sambil lap air mata* semoga arwah bunda pokcik berada dikalangan orang2 yang beriman di sana.
saya tak dapat bayangkan kehidupan saya tanpa bunda saya. "ya allah, semoga berikan kesihatan yg baik kepada ke-2 ibu bapa ku.. ameen.."
umie - sob.. sob..mekasih ler.. sob.. sob..
insyAllah, Semoga bonda umie akan sihat sentiasa dan panjang usia.. ameen..
sob.. sob..
Post a Comment