Sejak beberapa hari hujan ini, santai malam pokcik jadi suram dan muram. Kadang2 bila hujannya membawa ke malam, suasana jadi sejuk dan begitu mengecutkan segala urat2 perut. Tapi pokcik tak kisah, janji pondok tak dihanyutkan banjir dan tidur pokcik enak dan nyaman.
Cuma yang terkilannya, sudah tiga malam pokcik tak nampak bintang-bintang, apatah lagi sang rembulan. Oh! Rindu sungguh pokcik pada cahayamu.
Maka, oleh sebab itu, pokcik ambik keputusan untuk tukar lagu latar pondok pokcik nih.. senang sikit kalau nak layan2 perasaan nih.. alahaii
Nota Cagu : Suara Fiq (Mentor) nih mengingatkan pokcik pada suara Rahmat dari kumpulan Mega yg popular ditahun 90an dulu.
Waktu tuh pokcik sangat mahir berkinja2.. hik hik.
Jom nyanyi sama2..
Tiga Malam Tanpa Bintang
Artis : fiq (mentor)
Kasih.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari kaku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu
Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya
Chorus
Tiga malam tanpa bintang
Dan diriku dihimpit penyesalan
Arah tuju kian fana
Kerna hilangnya nyawa dia
Bagaikan siang diselubung gerhana
Kembalikan senda tawa
Pulangkanlah manis disenyum manja
Ku pahatkan keinsafan
Dan patrikan kesetiaan
Sehingga tarikh menafikan nyawa
Kasih.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu
Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya
Kasih…
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
10 comments:
erm pokcik, jiwang karat gak tuh..
Pakcik, nyanyikan lagu ni untuk saya bleh.. faham suara pakcik tak berapa sedap.. aiman tak kesah..
Ujan ler best pokcik... boleh.. errr... tidur.. A..ah.. TIDUR!!!!
manjlara - Alah sesekali..utk para pengunjung2 yg disayangi gitu hik hik *wink*.. alahaii
purpleheart - Uii bior betul nih? Dah berkurun pokcik tak nyanyi2..kali terakhir pun beberapa tahun yg lalu pokcik nyanyi yg lepas tuh disusuli dgn bencana tsunami.. aduss..
hasrul halid - Haa..best tido.. kalau kalu dah lama2 , leh jadi sembab otak dan tubuh badan nih aihs.. hik hik
pokcik jiwang karat ke pokcik...bulan kat terengganu tengah mengambang...hehehee
sharifah - mana de jiwang karat. Kalau ada pun yg kilat2 jek kekeke.. alahaii.. uii sebut2 pasal terengganu nih, nak ngajak kesana ke ? huu huuu
Manalah tau pakcik, kali ni pakcik nyanyi, terus Fiq menangis sebab ada suara yang lagi power dari pakcik..
purpleheart - Kekekek ye lah tuh..uishh jgn wat main..hari dah ujan sekali sampai banjir2 Shah Alam nih.. kang pokcik baru test2 dah banjir lagi kekek..alahaii
Gamaknya terus hilang bintang2 kat langit ya.. hehehehe.. bukan setakat 3 malam aje.
purplehear - Alah.. jgn ler hilang2..cian pokcik lepak malam2 kat anjung nak nenguk apa? gelap gulita jek nanti..
( Tercari2 bintang hati hu huu )
Post a Comment