Thursday, December 14, 2006

Merindukan sang hujan...

Sudah agak lama pokcik tak melihat hujan. Yakni hujan yang betul2 lebat. Mendesah ganas macam selalunya. Dinginnya hingga ketulang siku dan angin2nya laju menampar2 dinding pondok pokcik hingga hampir2 roboh.

Pokcik rindukan bunyi turunnya tap, tap , tap, supaya gigi pokcik dapat berdetap2 sambil berselubung seluruh badan. Pokcik rindukan desahnya walaupun kadang2 membuat jiwa jadi resah. Pokcik rindukan ributnya yg menderu biarpun pondok bergoyang2 dalam suasana serba maha kelam kabut.

Kalau terakhir pokcik melihat hujan ialah pada sehari dua yang lalu. Itu pun gerimis sambil lalu. Turunnya agak lesu, macam tak berdaya, sedangkan pokcik dah berlari2 keluar ingin menadah terjahannya. Bior lencun basah hatta sampai deman kura2 sekalipun, pokcik tak kisah. Namun ternyata hampa sekali. Sungguh kecewa. Angin gelap berlalu saat ia mula menitiskan airnya. Alahaii betul lah kata sang pencinta, kita seringkali merindui benda yg dah tak ada.

Di kala malam berlabuh, lepak2 nya pun jadi sepi tanpa ditemani bunyi kekatak yg memanggil2 nya. Kopi tongkat Ali pun terasa panas walaupun sudah dibancuh lama. Hirupannye terus sahaja kedasar perut, tanpa badan nih mengutik2 atau mengiggil terlebih dulu ( dek kerana sejuknya cuaca dan tempiasnya ).. Kadang2, ada semacam perasaan halus yang bersatu disebalik lembut turunnya. Membawa sama lara hati dan air mata kenangan lama yang mengalir tanpa disedari..

Mungkin juga hujan turun masa pokcik sedang tido. Tapi, bila pokcik jaga dia berhenti pulak. Bila pokcik hujan, dia plak tido..alahaii..bilalah masa nak bertemu nih..iksh iksh..

Mungkin dia perlukan ditempat lain. Untuk menyuburkan tanaman2 dan memberikan kehidupan pada makhluk2 yang melata dimuka bumi ini.


Oh! Sungguh2 rindu pokcik pada sang hujan itu …alahaii…

5 comments:

Unknown said...

Pokcik oooo Pokcik... Opah De dah doa bior ler jangan hujan lebat macam dulu-dulu. Kan Pokcik jugak yang bising dulu. Lagi pun, kan Pokcik juga sakit-sakit badan dicucuk-cucuk dek air ujan yang tajam... ish, Pokcik ni. Dah tak ujan, nak ujan. Bila dah ujan, komplen lak.. huhu... sabo je aku... sihat ke ari ni? Mata ikan dah ilang ke Pokcik?

Anonymous said...

rindu sangat pd ujan? duduk aje bawah shower, habis citer!

Anonymous said...

Hujan lagi lebat lagi best ... blh pokcik ni tarik selimut lagi. Nak kena goncang pondok ni. Huhuhu ...Ebriza

Mersik said...

Opah De - tul aa tu tapi..waa kenangan yg manis2 dan seronok2 tu tak dapat dilupakan. Bersantai sewaktu hujan lebat..alahaii.. Bukan nak hari2 pun, sesekali jadi ler..wat lepaskan windu2 hik hik..

Mata ikan dah beransur pulih.. nasib baik pokcik stop mkn ikan..gegege..kalau tak sure tak ilang nye hik hik

Ebriza - hujan lebat mmg menyeronokkan..selesa dan nyaman2 suasananya. Tu yg rasa nak tido lelama hik hik

guess - Tu hujan buatan..tak de thrill..hik hik..Bukan leh demam pun kalau kena..alahaii..

Abang Long said...

aduh ... bila ada buat tak pandang, bila dah tak ada tercari - cari .... ops ...keluar tajuk ... malam ini kompom (kata omputih) ...kita ngeteh ....yeS, yeS, yeS !!!