Friday, December 22, 2006

Banjir oh banjir...

Mendengar khabar akan banjir yg melanda kg pokcik diselatan sana membuatkan pokcik jadi tak senang duduk. Hati ini pula sentiasa dalam keresahan. Alahaii.. apalah nasib kaum keluarga serta sahabat handai pokcik yang tinggal di pinggir selat melaka, bertanah gambut dan berumah dekat benar dengan saliran air.

Tentunya hujan yang turun tanpa henti selama seminggu agak merisaukan. Apatah lagi si penjaga pintu air disaliran. Hendak dibuka, takut air dikuala lebih deras naik ke hulu, hendak dibiarkan tutup pula akan membuatkan kawasan sekitar banjir dengan cepat. Namun, antara buka dan tutup, dicampur dengan hujan tanpa henti tak ada memberikan makna apa2, air tetap akan melimpah juga. Tenguk salirannya pun dah macam anak sungai..

Pernah dulu berlaku banjir yang agak teruk. Hampir setiap rumah digenangi air sana sini separas lutut. Kelam kabut oang dibuatnya. Terkocoh2 memindahkan barang2 dan segala harta benda ketempat yang selamat. Biasanya tingkat atas ler. Dan membiarkan bahagian dapur yang dibawah itu ditenggelami air yang keruh2 dan tohor2 warnanya. Membawa sama segala sampah sarap, haiwan2 kecil yang merayap serta serangga2 air. Mujur air tidak naik lagi tinggi. Kalau tidak, maka berlantaikan bumbung ler jawabnya.

Siapalah yang ada dikampung untuk membantu. Kalau ada pun, sibuk dengan rumah masing2. Lain dari tu rata2nye seme oang tua je. Manalah larat nak berkejar sana sini menyelamatkan barang2 dan benda2 yang lain. Alangkan diri sendiri nak buang air pun tak terkawal, jalan terketar2, inikan pula nak menyelamatkan diri. Kesian sungguh pokcik rasa, tak dapat nak digambarkankan keadannya yang serba susah itu.

Kalau dah teruk sangat adalah kumpulan2 rela yg sedia membantu pindah oang2 kg dibalai raya yang berhampiran. Maka berkampunglah seketika barang tiga empat hari sementara menanti air susut. Selesa tuh memang ler, apatah lagi makan jenis kawah2. Tapi apa nak buat?


Lepas tuh, balik semula kerumah, lagilah banyak kerja yang hendak dibuat, mengemas itu ini dan memeriksa barang2 yang selamat atau yang dah rosak. Mau makan seminggu dua nak membersihkannya. Hmm betul2 menduga hujan nih.. Reda jek laa..

Masa hujan2 turun nih, selain dari “pengantin baru”, budak2 lah yang paling seronok sekali. Bukan tau apa2, lagi nak main air adalah. Cepusshh! sana, cepusshh! sini , berendam lama2 sampai kecut2 satu badan dibuatnya.

Iksh iksh budak2 nih, tak senonoh betul..

Samalah macam pokcik kecik2 dulu..hik hik. alahaii

5 comments:

nor ash burn said...

nk tahu, gambar di atas tu betul ke gambar di kampung awak?

Mersik said...

nor ash burn - Uii mustilah botulll..Kan kalau belah2 Johor tu, terutamanya dari Batu Pahat menghala ke Pontian kalau ikut jalan2 persisiran pantai selat melaka akan nampak banyak tali2 air gitu..alahaii

Anonymous said...

Pokcik, salam. Pokcik selalu ler mandi dan main kejo-kejo anak dara orang kat dalam dan tepi tali ayo tu, yek... huhu... macam citer hindustan lak... Pokcik, dah baca emel ke?

Pawana Malam.. said...

salam pokcik..kesiannya kalu banjir...uhuk2..pokcik,pokcik kan selalu buat org gelak...ni saya tgh bosan and xde mood ni..pokcik hiburkanlah...hehheh..

take care pokcik...

mersik said...

Opah De - uii selalu tu tak jugak la..tapi kalu oang kejor pokcik ada ler kekeke. Ala kecik2 ada ler, dah tua bangka begini kang ada yg panggil bomba, kut dikatakan ada oang tua tak siuman nak bunuh diri kat tali ayor gegege hik hik..alahaii

pawana malam - uii dah hiburkan cam ne malam2 nih. kalau siang2 leh laa..hik hik..amboi2 ciannya, hidup tak elok2 dibosan2kan, nnt kalu dah tua dan tak punya byk masa cam pokcik nih lagi ler terkilan2.. so, cari le pepe yg seronok dilakukan.. lepak2 sini ke ngan pokcik sambil ngeteh2 hik hik