Tuesday, December 05, 2006

Alahaii... kampung orang.

Binaan ruang depan rumah ini pokcik rasa dah tinggi sesangat. Sesekali menonggeng (dari atas tingkap) melihat kebawah rumah, rasa2nya boleh muat dua tigi biji kereta nih . Domkianlah antiknya senibina umah2 lama ni. Kayunya jek keras2 dan tahan dari dimakan dek anai2 dan bubut.

Beranda dia plak luas dan mempunyai permandangan yang cantik. Selain dari pokok rambutan dan pelam yang tumbuh berselang seni, melangkauinya pula sudah terpampang banjaran gunung yang sayup2 menghijau. Pada puncaknya kelihatan berbalam diselubungi awan. Tenang dan damai dirasakan.

Suasana pulak sejuk2 nyaman. Budak2 suka sangat bermain serembat di beranda yang terdedah berangin2 tu. Kadang2 melekek2 ketawa. Lepas tu mereka turun bermain pula kebawah..

Alahaii.. sesekali berjalan2 ke kampung dan umah oang lain memang seronok. Sedari tadi, pokcik tak lepas dari duduk di ruang tamu yang luas. Bukaan tingkap dan pintu memudahkan angin menerpa semahu2nya sambil menampan2 langsir dari kain kapas yang ringan2 alunnnya..

Sesekali pokcik sengaja duduk betul2 mengadap tingkap, mendepangkan tangan luas sambil bersandar kemas2 , supaya senang angin menjamahseluruh tubuh ini. Seronok dan sedapnya tak boleh nak kata. Rasa macam duduk ditepian pantai pulak ( sambil diulit2 sidia hik hik.. )

Dan sekali tu, menyengit juga aroma taik2 lembu kering yg entah dari mana datangnya sampai terkembang kempis hidung pokcik dibuatnya… hik hik.. alahaii..

4 comments:

guess who am i said...

apa bezanya aroma taik2 lembu tu dgn kentut sendiri? sama2 bau busuk apa!

Nur Raina Afsana said...

Yuhuuu... Pokcik. Kat mana Pokcik menonggeng ari tu? Sabar je aku. Nasib baik tak terjatuh ke tanah. Kalau muat dua tiga bijik kereta, bukan ke tinggi ya amat! Huhu... pokcik, ada bawak tahi lembu balik ke Shah Alam ke? Kalo Pokcik pergi ke India, dalam perjalanan ke Agra dari New Delhi, kena lalu Rajasthan dulu. Di sana, Pokcik akan nampak rumah-rumah kecil yang dindingnya dibuat daripada tahi lembu kering. Tahi lembu tu depa keringkan pastu penyek-penyek sampai nipis bentuk bulat-bulat. Dah betul-betul kering, depa bina jadi dinding rumah ler...bayangkanlah baunya...huwaahahahahahahahhaa uweeekkk!!!

Mersik said...

guess - tul tuu..tp yg sendiri punya lebih dihargai dari yg lain2 tu kekekeke

Opah De - Uii dia cite lebih lanjut plak pasal taik lembu tu..hik hik sabo jek aku. Iyo la..lain tmpt lain kegunaannya. Pernah gak dengor cam tuh. Tp kalau kasi try uii tobat aa gegegege..kalau dah taik2 tu..taik jugak ler..hik hik

Taik lembu seme tak de bawak sini..dah hilang dibawa hujan kekeke..

Sabo jek aku..

Nur Raina Afsana said...

Lorrr.. citer ujan tak abih-abih lagi Pokcik.. sabar je aku. Bukan apa citer pasal tahi lembu tu, ilmu... kot ler nanti berkawan dengan orang Rajasthan ke pulak. Diajaknya masuk ke rumah, hidung kembang kempis kembang kempis menahan muntah. Dah tahu ni, bolehlah gostan sebelum lalu Rajasthan.. huhu... sabar je aku.. ke mana Pokcik pergi ari tu?