Dua tiga hari ni, pokcik selalu mengikuti kisah2 banjir dan sentiasa berjaga2 kalau pondok pokcik nih dilanda banjir. Walau pun cuaca cerah dan kurang hujannya, tapi siapa tahun? Ibarat pepatah, "Air tenang jangan sangka tiada buaya", Begitulah pokcik meng applikasikannya kepada, "Awan tenang jangan sangka tiada hujan" .. gegege hik hik..
Rasa simpati masih lagi meninggi, apatah lagi dengan sebahagian besar kawasan, menganjur dari utara ke selatan yang turut dinaiki air disesetengah tempat. Walau pun itu adalah takdir, tapi sesama lah kita bantu membantu antara satu sama lain. Alangkan Sultan pun turun padang menolong, inikan pula rakyat jelata, oang2 awam serta badan2 kebajikan.
Dalam pada itu, pokcik agak tersenyum jugak la bila mengenangkan ada majlis2 tertentu yang terpaksa dilaksanakan dalam keadaan darurat begini. Mungkin mereka mengikut petua, benda yang baik tak perlu dilambat2kan..iyo la tuu..hik hik..
Dalam pada itu pokcik masih lagi tertanya2, apalah kabo nye oang2 kg pokcik di Johor sana.
Seminggu lepas , pokcik dapat jemputan majlis perkahwinan di kampung yang akan diadakan dalam 2,3 hari nih. Oleh kerana takut akan sebarang kemungkinan yang berlaku, manalah tahu, takut kalau2 Walimatul urusnya menjadi walimatul “tak terurus” maka segeralah pokcik menghantar telegram kembali. Antaranya berbunyi..
Kehadapan Pak Dan Bola, Terima kasih daun keladi kerana menjemput aku yg glamer mamer nih sebagai penyeri majlis perkahwinan anak kau. Di sini, aku ingin tahu... Semasa majlis itu diadakan, adakah perkhidmatan bot atau sampan disediakan?
Ikhlas , pokcik
Hik hik hik..alahaiii
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
2 comments:
Salam Pokcik...
Lorrr... Opah De tatau yang Pokcik ni orang Johor. Opah De mati-mati ingat Pokcik orang Kelang.. huhu... sabo je aku. Ini ler orang kata orang tua.. melalut je kerojenya...
Harap-harap saudara mara Pokcik terselamat. Opah De riso dan sedih ler jugak tengok berita dalam sokabo tu walau pun Opah De tak kenai sesiapa pun kat sana. Sedih kerana negara kita yang sentiasa dilindungi mula mendapat bencana. Kenapa? Apakah sebabnya? Apa dosa yang telah kita lakukan?.. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!
W'salam..
Iksh iksh bila plak pokcik nih jadi oang Klang..Kalau dok kat sah alam tuh betul la..hik hik tapi takpe..pokcik kan berbahasa global gitu hik hik.. Tak perlu risau ler opah de, ramai gak oang yg terasul2 gitu..
Hujan yg melanda pun taklah teruk sangat kalu nak dibandingkan dgn dunia2 yg lain..Apa2 pun sabo jek la..mudah2an berkurangan bebannya..
Post a Comment