Wednesday, December 06, 2006

Kenduri kendara di kampung

Antara kg oang dan kg sendiri, alahaii.. lebih baik dok kg sendiri. Sesekali balik kg nih memang amat menyeronokkan. Apatah lagi bila tiba musim2 majlis kenduri kahwin nih. Maka pokcik yg ingin bersedap2 duduk di umah pon tak terkecuali diajak bersama.

Majlis oang kg nih memang unik. Ada pakat2an, tolong menolong sesama jiran. Baru nampak gotong royongnya dan semangat kekampungan. Dari pada angkut balai dan khemah hinggalah kepada acara masak2 sekali, semua kerja dalam berpasukan hinggalah tiba ke hari majlisnya , uii meriah tak terkata.

Pokcik pun tolong ler apa2 yg patut. Nanti dikata tak campur oang plak. Tolong apa yg terdaya lah. Kalau oang angkat balai berat2, pokcik angkat ler skru2nya segenggam dua. kalau oang angkat pinggan mangkuk cawan seme2, pokcik angkat ler cawan kertas satu. Kalau oang angkat beras, timun, nenas dan segala macam ramuan masak2nya, pokcik angkat ler serai dua batang. Kalau oang bersibuk siapkan balai, pokcik kedapur ler tulun2 bancuh kan air kopi o kaw. Bila nak naik bumbungnya, pokcik diri ler tegak2 sambil menyibuk2. " Haa kanan sikit.. kiri sikit..atas sikit..bawah sikit.." ibarat mandor lagaknye..Huh! memang bekerja keras tul pokcik membantu majlis tuh hik hik alahaii..

Tapi seme tak kisah, mereka tahu pokcik oang tua tak larat sesangat. Mana yg terdaya jek la membantu. Budak2 dan oang tua seme sama2 rajin walau pun kadang2 bebudak nih sekalu hilang semasa kerja. Tapi yang meriuhkan tentulah budak2 dan oang2 tua yg berjiwa humor..

Semasa majlisnya berlangsung pokcik pun tak tahu nak wat apa. Dok terpacak jek kat depan dan sesekali tersengih2 bila oang menyapa dan berborak2 kejap. Lepas tu lupa dah siapa tadi tu.. hik hik. Kejap jalan ke belakang jenguk2 kut nasi beryani gam tu hangit ke atau tak cukup gam nya, lauk menjadi atau tidak. Kira cam tuan umah lah tu kekononnya. Tapi sebab pokcik nih glamer, ramai ler yg tak kisah , selalu menyapa dimana2 pokcik berada , sampaikan Mak andam tu pun kadang2 tersenyum nakal ngan pokcik..uii sabo jek aku..hik hik..

Masuk tgh hari, yg datang bertambah ramai. Kemeriah diserikan lagi dengan deejay Din rongak memutarkan lagu2 melayu klasik, lagu2 melayu deli , indon klasik dan kekadang irama ala hindustan. Sampai pokcik nak menolong dibangsal pun tak senang sila, ibu jari kaki lagi kuat mengutik2 dari tangan yg buat kerja hik hik..

Bila dia boring, dia buat pertandingan meneka lagu. Siapa dapat teka dia kasi 5 ringgit. Tapi dia silap besar ler sebab pokcik ada. Dua kali jek dia buat.. takut lepas tu dia papa kedana plak hik hik. Biasa ler, nak teka lagu lama2 nih.. kenalah dengan oang lama..alahaii

Kadang2 Din Ronggak membebel sendiri, beriya2 memberi nasihati tentang kerukunan rumah tangga serta petua2 nak hidup bahagia. Sesekali dia terlayan perasaan sendiri sampai naik sebak pokcik mendengornya. Mungkin mengenangkan kasihnya yang serta merta punah sebelum bercambah. Tiada siapa yg sudi mendekatinya, apatah lagi pabila dia mula tersenyum simpul. Tu lah Din, pokcik cakap buat gigi ko tak mahu..Kan dah susah, sib baik leh jadi deejay..deejay kesepian hik hik..

Dalam banyak2 tetamu yang datang, entah kenapa mata pokcik tertangkap kelibat si dia. Si dia yang suatu ketika duku pernah bersama2 pokcik memadu kasih dikampung ini. Berjanji setia sekata, bercinta sudahlah lama, ibarat daun selasih yang hamba lurutkan. Tapi sayang2 buah kepayang, cakap emak diikutkan dan pokciklah yg ditinggalkan melayang2. ukss tragis sungguh.

Dia datang bersama anak2nya yang berderet2 tiga orang. Susuk tubuhnya nampak seperti berbadan dua, oo mau bertambah lagi. Nampak seperti bahagia bersama seorang lelaki, mungkin suaminyalah tu, yg lebih kurang macam berbadan dua gak ler saiznya..

Namun, bila mata bertentang mata. Terungkailah cerita2 lama.. Pandangan yang seperti berbicara, sepi dan penuh makna. Pokcik terkesima dalam pasrah.

Lantas perlahan sahaja kaki ini melangkah pergi ke belakang rumah rumah.

Disana lagi selamat.. alahaii

6 comments:

Unknown said...

Kalau Pokcik tak pergi ke belakang rumah, apa jadi? Takkan Pokcik nak terkam dia kot!!! Bahaya tu.. huhu... Cinta pertama ke Pokcik? Aisey... cinta pertama susah nak lupa. Gamaknya, kalo emak dia nampak Pokcik sekarang, mesti emak dia jadi macam Nyonya (apa ke nama dia)... Alaaa Kassimmm... maafkan emak Kasssimmm.. huhuuuu.... sabar je aku.

pu3Chempakabiru said...

ya betul tu kekanda, sure jadi citer ibu mertua tak jadiku... hahahhahahaha barulah happening je kenduri tu. Tapi tak pe lah pokcik. Asal kapas menjadi benang, dari benang dibuat kain, barang lepas usah dikenanng, jadi dicop sirim milik owang lain.... cinta pertama susah dilupa, sesekali pasti terkenang,tapi tak boleh pula pun kena gak lupa, kalau dikenang pun tak jadi apa..... cewah.... The Brutal Princess ;) :)

Anonymous said...

tempat jatuh lg dikenang......inikan pula mak mertua tak jadi....nasib baik ada mak mertua angkat.....;P

Anonymous said...

Opah De - Hik hik iyo la tu..yg berlalu tu sudah2lah..masing2 dah bina hidup baru, masing2 bahagia..alaa cinta sesama manusia nih kadan tak seindah yang diimpi..Apa nak wat, manusia hanya mampu merancang..Huu sabo jek aku hik hik

chempaka biru - amboi2 simpati sungguh nampak..Bila oang ajak ngeteh malu2..iksh iksh..gegegege

Salmah - Dah tak de rezeki nak diangkat pokcik hik hik..angkat2 pun angkat laa gegegege..

Unknown said...

Lorrr... pokcik mengaku ler pokcik dah kawin. Sebab pokcik kata dan saya quote: Opah De - Hik hik iyo la tu..yg berlalu tu sudah2lah..masing2 dah bina hidup baru, masing2 bahagia..

Tang 'masing-masing' tu yang saya curiga tu. Tang 'masing-masing' tu yang mensahihkan kesahihan pokcik sudah berpunya.. tang 'masing-masing' tu ler yang... errr... entah, idea ilang... huhu... sabo je aku.

pu3Chempakabiru said...

heheheehehhe malu. isy iyer ke pokcik, what ever pun The Brutal Princess memanglah canggitu. Cuma sekarang ni belajar letak rasa malu pada kedudukan yang sepatutnya. Ala kunun ajak ngeteh... dah buat hujung alam, cuba buat kat tengah dunia... ha belum tentu tuan puteri ni tak muncul silap haribulan ganap ongkos pokcik dalam kocek tu... hhahahahahha....