Tuesday, December 26, 2006

Dialah tuu...

Kali ni pokcik tak de cite apa2, tapi pokcik nak tribute kan lagu laa..Perasan tak lagu latar blog pokcik nih lagu pe? Hik hik tak lain dari lagu P.Ramlee dalam pilem Anakku Sazali.

Dan pokcik nak tributekannya kepada seorang penulis baru yang akan muncul dengan karyanya tidak lama lagi, bagi merwarnai seni tulih2 negara. Alahaii…tak lain ialah Nur Raina Afsana atau lebih manja pokcik panggil sebagai Opah De ( saja nak suo dia nampak lebih tua dari pokcik kekeke alahaii )

Apa2 pun pokcik nih maklom laa , kadang2 bila di sua2kan akan keglameran dan kemasyhuran setempat, maka akan jadi lupa seketika pada insan2 yg sentiasa menyokong dan tak jemu2 memberi nasihat dan dorongan. Tulah dia, susah jadi oang tua yg terkadang lupa2 diri nih..iksh iksh.. Semoga tahun baru ini pokcik akan jadi lebih merendah diri ( bukan rendah dek bongkok sabut aa ..hik hik ).


Hah! Korang plak , jangan skandal2 aa..huuu saja la tuu, iksh iksh sabo jek pokcik..hik hik

Untuk Opah De , selamat berjaya menanti karya mu dipersada seni tanah air. Pokcik akan sentiasa menyokong dan mendokong mu sentiasa ( kalau tak bongkok sabut laa hik hik)

Dan lagi , benar kata2 Opah De itu.. Pokcik dapat simpulkan bahawa..

“ Tiada kata secantik bahasa … “

Hah.. Nih kalu ada sapa2 nak nyanyi pun bley..

Tiada kata secantik bahasa

Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak kutunjuk perasaan

O dinda puspa gemala
Mengharum jiwa

Hemm... Hemm

Dinda puspa gemala
Mestika kanda

Namun musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk kupuji adinda

Alahaii..

7 comments:

Anonymous said...

Uih! Pokcik... tersipu-sipu malu Opah De Pokcik buat... sampai kucing Opah De nyampah nengok Opah De sengih sorang-sorang.. huhu..sabo je aku. Terima kasih, Pokcik... Tribute Pokcik ni Opah De hargai dan sanjungi. Terima kasih. Segala puji-pujian itu untuk ALLAH Azzawajalla yang mengizinkan Opah De berkecimpung di dalam bidang ini dan Opah De nak paksa ler Pokcik nulih gak. MOh ler kiter... huhu..

Skandal beso ni Pokcik. Bila lagi, yek.. huhu... nanti masuk JomHeboh lerr.. huhu... nak tepon Nana kat radio Era bagi heboh lagi.. ha ha ha..sabo je aku...

Aterrr... Opah De pangkat Opah. mesti ler tua dari Pokcik lagi... dah pangkatnya tua.. ahakz.. sabo je la... nak panggil Onyang pun boleh... glamer sikit onyang bergetah... loorrrr... perahsantan lagi dah aku.. sabo je la...

Isi lagu bekas boifren Opah De tu betoi.. Tiada kata secantik bahasa... jadi, Opah De seru ler kengkawan semua, moh ler kita mencantik-cantikkan lagi bahasa kiter tu... ahakz...

Anonymous said...

amboi2 puji2 ni nak nvl pecuma ke?

Mersik said...

Opah De - Alaa itu baru sikit2 jek, baruu seto'et gitu..ingat nak wat tujoh hari sepulo mlm, takut Opah De pengsan plak kekeke..

Opah De suka.. uii pokcik lagii suka..maklom ler, oang puji kite, kita hargai la..cam opah wat kat pokcik dulu2 tuu..hik hik.. Dlm pd tuh tulun2 ler promote sikit..

Hik hik alahaii..

Mersik said...

Zalisa maz - hik hik uii novel percuma tu tak de la..tapi kalau leh nak "tanda tangan" percuma jek..kekekeke..gegege hik hik

Anonymous said...

Opah De tak pengsan punya... darah Tun Tijah kat dalam badan nih, mana leh pengsan... huhu... Lagi pun, bak kata Pokcik, sapa yang tak suka orang puji-puji, kan? Asal jangan riak je cukup...

Alaa... hat tu dulu tu kan besday Pokcik? Mesti ler Opah De ucap hepi besday. Takkan tak ucap kot. Nanti Pokcik majuk lak... huhu... sabo je aku...

Pasal promote tu bagi ler kat Opah De... boleh saja. Kan Opah De muka tak malu nih? Tapi kan Pokcik, kenapa nak pakai promoter lagi bila Pokcik sendiri dah glamer abih dah?... huhu... jangan riso Pokcik, ada buku mesti nama Mersik ada di atas rak di kedai nanti, insyaAllah.. aminnnnn...


Zalisa, jangan ler jeles. Bila Zalisa nak bagi buku Zalisa kat Opah De pulak? Huhu...

Mersik said...

Opah De - yuu huu hik hik..alaa tak apa2..sesama menatih2 gitu.. cuma Opah De dah berjalan2 jatuh sedangkan pokcik jatuh2.. tah bila laa nak jalan kekekek..

Amboi2..buku nama pokcik kat rak ek? uii kedai sapa laa tuu hik hik..mudah2an hik hik..

Alahaii..huuuu ( senyum mulut muncung leret2 stail Hj Bakhil.. gegege )

Anonymous said...

He he he... Haji Bakhil...sabo je aku... hari ni orang dah mintak nombor kad pengenalan, Pokcik... dah dekat ler tu.. tapi yang heran, anak sulung tak kuar-kuar lagi. Anak kedua lak yang menerjah dulu. Susah hati gak Opah De dibuatnya... huhu...

Opah De cakap betul. Nama Mersik tu kan kira keramat. Mana-mana pergi orang dah kenal. Yang tak kenal pun ngaku kenal sebab nanti depa malu kata tak kenal sebab orang lain dah kenal dan malu nak suruh orang yang kenal mengenalkan mereka yang tak kenal kepada Pokcik... errmm... Tak faham? Buat-buat je faham... huhu..sabo je aku...

Moh ler tulis nopen lak Pokcik... kalo nak, Opah De bagi emel tu utk pokcik intai-intai dan telek-telek...huhu...

Selamat Hari Raya AidilAdha. Ampun maaf di pinta la kalau ada tersalah tersilap tu... huhu...