Alahaiii.. sekejap jek dah beberap hari berlalu besday pokcik nih. Rasa macam tak percaya jek. Namun hati ini sukar untuk melepaskannya. Saat2 kemeriahan itu dan perasaan ceria yang berlebih2an. Macam budak2 dapat gula2 laa kiranya, suka dan rasanya tak mahu berpisah gitu.
Tapi tulah lumrahnya. Walau bagaimana ceria dan gembira pun didalam fikiran dan hati, hidup yang sebenar harus diteruskan ( dah telah pun berlalu). Pertambahan setahun usia tidak memberikan apa2 beza kalau hidupnye sama saja semata2. Sebab itulah oang wujudkan birthday wishes , kira cam tekad atau niat sesuatu. Macam azam tahunanlah gitu.
Apa yek wishes hari jadi pokcik tahun nih? Tah ler.. tak de apa2 pun yg termasuk didalam kepala nih selain dari ceria..ceria dan ceria. Aduss!.. memang sah pokcik nih dah tua sesangat sampai dah jadi cam budak2 dah..hik hik tak de nak fikir lain. Asyik nak gembira jek. Terlupa bahawa kadang2 kegembiraan tuh bisa melalaikan dan melemaskan.
Pada yang mengucapkan selamat serta doakan yang baik2 tu. Tak ada apa yg nak dikatakan selain dari penghargaan terima kasih yg banyak2. Semoga Tuhan sahajalah yang membalasnya. Memang elok kalau kita menggembirakan hati seseorang, apatah lagi pada majlis2 yg sebegini. Sebagaimana fitrah manusia itu sendiri yang inginkan kebahagiaan.
Malam ni pokcik berlepakan soang2 di anjung. Kadang2 mengeluh panjang, kadang mengeluh pendek, kadang2 terbabas2 sampai berkeroh2. hik hik. Badan nih rasa letih sikit.. Tah ler, terlalu banyak ketawa dan sengih2 kut. Sambil2 tu merenung sekali bintang2 yang suram ditutupi awan kelam, menunggu2 masa sahaja untuk menboboskan hujan. Entah dimanalah turunnya esok.
Sudah tiba masanya pokcik memikirkan akan hala tuju hidup ini ya.. Masa terlalu pendek walau dirasakan lama. Semoga setahun pertambahan usia serta menjelangnya tahun baru akan memberikan satu sinar perubahan buat kehidupan pokcik.
Namun sedari tadi, otak ini seakan2 beku dan tak mampu untuk berfikir lama2. Tak tahulah kenapa..
Oh! Akhirnya baru pokcik sedar.. kopi tongkat Ali dan biskutnya tak ada. Sudah habis dimakan tetamu yang datang hari tuh..
Uii.. Kena gi boli lagi nih esok..hik hik hik.. alahaiii
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
6 comments:
Salam Pokcik... betul tu, hari-hari berlalu dengan pantas sekali. Kadang tu rasa macam tak cukup masa je tapi sebenonya, masa tu Opah De tak manage masa betoi-betoi... padan ler muka Opah De.
Pokcik, pintu bukan ke dah terbuka? Jalan bukan ke dah terbentang luas? Napa Pokcik ragu-ragu? Jangan takut Pokcik untuk mulakan langkah pertama. Biasalah, masa kita kecik-kecik dulu mak bapak suruh bertatih... depa senang la dah pandai berambat, kita ni yang terketar-ketar... kan Opah De dah melalut...
Opah De nak Pokcik sambut seruan tu. Dah ada dah seruan, sampai dah kat dalam hati Pokcik, kalau idak, tak ler Pokcik gagah keluar hari Sabtu ari tu... baik lepak ngan ayam ke kucing ke kambing ke kat luo rumah, kan Pokcik kan... Semoga 2007 bawa kebahagiaan yang tidak pernah Pokcik fikir akan Pokcik nikmati. Amin...
kopi abiskah? biskut abiskah? mari dtg ambik kedai mamak... angkat apa2 yg suka. jgn malu2. mamak kira semua masuk buku! *menyeringai mcm kerang busuk*
Opah De - uii seruan tu ka? gegege..alahaii bley.. bleyy.. tapi slow ya amat la..cam siput sedut gegege.
Itu la..pokcik pun harap thn 2007 nih lebih meriah dah baik2 je utk pokcik nih. Time kasih ler krn memberi semangat waja kat pokcik..
(Suka lagu "Ku Seru" nyanyian Misha Omar.. uii meremang bulu roma nih hik hik)
mamaksami - Ooo masuk buku 555 aa? Alahaii manyak baik aa ini mamak.. boley jadi abg angkat kaluu hik hik..
bila usia bertambah macam2 benda kita pikir, pastu buat2 tak penah pikir. pastu buat2 pikir.. itulah manusia, berada tapi cuba lari, tak ada tapi cuba mimpi..
eh apa kerepek neh..
*full time thinker
Pokcik,
Masa terus terbang tinggalkan kita... pantas dan ganaskan pokcik... tapikan dah lumrah kita lihat kehadapan dan terus maju..
Pokcik, Pokcik.... tongkat ali masih ada lagi..?? Kalau ada kasi karl sikit , nanti karl datang ambil .... hee hee....
lediagli - Alahaii..mmg tul tuh. Tapi biasanye maleh nak menyusahkan pala otak nih.. buat2 dak jek laa kekeke..alahaii
(Suka bermimpi tengah memikir2, siapakah gambar gadis bertudung yg dilukis tuh? hik hik)
karl - Ooo uii terbang2 ke? alahaii lagi ganas ko nye masa ek..hik hik..Hoh! jgn kata tongkat Ali..tongkat dagu pun ada..maih ler hik hik
Jangan ko ambik tongkat pondok dah ler, kang roboh lak pondok pokcik nih hik hik..alahaii
Post a Comment