Sudah lama pokcik tidak melihat Dol , anak Leman jiran sebelah nih berlari2. Kali terakhir pun beberapa minggu yg lepas bila dia berlari2 melarikan diri kerana dikejar ayahnya ( kabo2nye dia gunting kasut ayahnya nak buat lastik..iksh iksh Dol nih).
Suka hati betul pokcik nampak Dol yg ceria cam oang menang Malaysia Idol nih..hik hik. Lantas pokcik panggil dia utk ajak berborakl2. Namun kanak2 yg satu nih..terlalu meterialistik.. alahaii.. kalau tak diumpan jajan atau air kotak dia tak mau mampir. Tapi kadang2 kalau datang anginnya dia akan datang tanpa disuruh, menyapa2 dah bercerita2 sampai boring pokcik dibuatnye hik hik.
Rupa2nya dia dah bercuti tadika..hik hik.. Tak kiralah, tadika pun kira cam sekolah jugak..alahaii.. Kalau tak buat apa2 dia suka tenguk TV. Memacam cite dia tenguk, khususnya tentulah cite kartun, kartun dan kartun juga. Budak2 ler katakan..
“ Dol bila besor nak jadi apa? “ tanya pokcik pada suatu petang yang santai. Pokcik sengaja panggil dia bila melihatkan dia asyik berlari2 jek gaya koboi mengejor kudanya yang terlepas gegege..
“ Atuk..Dol nak jadi penyanyi la..nak masuk Akedemi Fantasia.. “ jawabnye penuh yakin seraya mengangkat tangan menyanyi lagu apa2 tah..bunyi macam menuju puncak.. menuju pondok.. menari pencak..haa lebih kurang bunyi itu la..
Pokcik punyalah terperanjat sampai terkentut2 dibuatnya..Lantas Dol berubah wajah. Matanya terpejam sambil hiudngnya tersenget2. Tangan kirinya memicit hidung, sementara telunjuk kananya bergoyang2 dihala kepada pokcik..
“ Atuk jangan lupa pakai pampers tauuuuuuu !!! “ katanya, sebelum berlari2 pergi dengan ketawa yang pecah berderai2. Suka tul dia..
Pokcik pula semakin terpinga2.. ( dan terkentut2 lagi..) hik hik
Alahaii si Dol nih.. macam2 la ko nihh...
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago