Pokcik sambung lagi aa ucapan pokcik nih. takut nanti tak sempat plak nak kemas2...Tu kapal selam dah tunggu tu. Iksh iksh banyak tul keja nak buat time2 cam nih..alahaii..
Ok aaa..hmm... waktu yang panjang dikampung nih lah boleh kita tolong menolong menyiapkan apa2 yang patut untuk menyambut raya . Biasanya sehari dua nak raya baru nak balik , itu pun ada yang kadang2 pagi raya baru sampai..dua tiga hari raya dah balik semula ke kota. Maklum lah orang tua kita pun dah tak berapa kuat sangat , kadang2 berdua sahaja. Nak buat kerja semua tak berapa larat. Kalau family tinggal soang lagi ler kesiannya.
Baguslah kalau kita selalu ringan2kan tulang untuk membantu apa2 yang patut , tebas rumput ke , sembelih ayam , pasang langsir , basuh rumah , masak , rebus ketupat dll..tentu meriah kan , bila dah lama tak buat mende2 begitu..Tak tahulah kalau suasana sekarang dah berbuah , ada sesetengah kampung tu semenya main tempah je..especially ketupat , dah tak larat aa orang nak anyam2 , rebus2..tempah lagi senang..tah ler oang sekarang dah makin malas agaknya..
Bagi yang tiada kampung ni ( macam pokcik laaa ) , menumpang ler pada kampung yang sudi , kampung mertua angkat ke , atau bakal mertua ahaks ahaks..jangan kampung baru dah ler..hik hik . Yang penting ada suasana yang agak nostalgia , yang boleh mengimbau kembali kenangan zaman kecik2 dahulu..
Kalau bulan puasa di galakkan bersedekah , maka bukan Syawal pun apa kurangnya . Sedekah duit pada kanak2 yang datang bertandang besar pahalnya . Kita menyukakan hati budak2 yang semestinya menanti duit2 raya..kalau ada anak sedara berpuluh2 , maka janganlah kita pula berpeluh2..berilah apa yang ada . Walau pun budak2 sekarang lebih pandai meminta2 lebih , namun boleh diatasi dengan nasihat2 yang baik disamping kita memberitahu mereka betapa beruntungnya mereka sekarang berbanding dengan kita sewaktu kecil dahulu..kalau ada lebih2 tu bagilah kat mak bapak atau oang2 tua..cam pokcik ke gegege hik hik
Eh..nak berpantun lagi aa..alaa..last jek hik hik..
Sana paya sini pun paya
Tempat bersanggah menangkap keli
Sini raya sana pun raya
Sudilah singgah pondokku sekali
Dalam Nira ada manisnya
Buah kelapa dibawa berjaja
Dalam gembira ceria beraya
Jangan dilupa pada yg tiada..waaaa
Akhir sekali pokcik pun nak ambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri , ikhlas dari hati yang tulus suci . Juga ampun dan maaf di pohonkan diatas segala kesalahan masa lalu.. Sememangnya kita manusia ni selalu lupa dan selalu juga melakukan kesilapan. lebih2 lagi terhadap sesama manusia. Kadang2 bila dikenang kembali perbuatan kita yang tak baik dimasa lampau , kita jadi malu sendiri. Tak mengapalah asalkan kita sedar dan insaf . Masa yang menginjak lalu banyak mendewasakan kita . Sama2 lah kita bersyukur kepada TUHAN supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki .
Pokcik akan berpergian jauh ke kg untuk seminggu nih..Mana2 kg la yg sempat gegegege..Sepanjang peninggalan pokcik , jenguk2 kan ler pondok buruk nih. Wat ler cam pondok pokcik . Ingat pokcik cuma meninggalkan jek , bukan meninggal tul..iksh iksh..Jangan sampai roboh dah ler hik hik
Ok , selamat beraya sesakan sakannya. Tiada yang sakan melainkan sakan2 belaka.Jaga diri baik2..Kalu rindukan pokcik pandai2 lah korang nak wat pe hik hik hik alahaii..
Minal aidil wal fa iziill..
Pokcik mersik
( Ok , kapten kapal selam..skg boleh jalan. mari kite balik kg..yihaaaaa !
Tut! tut !..woooshhhh...blup..blupp...gegegege )
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
2 comments:
uwaaaa...mersik...rindunye kat ikan keli masak lomak cili api...bilalah dpt blk kg ni...ishk ishk...
Uii salmah, jgn bimbang dan risau..nnti balik lah jugak..raya kan sebulan..alahaii..sabo jek la..hik hik..
Post a Comment