Wednesday, October 11, 2006

Jerebu dan hujan petang...

Petang semalam hujan turun mencurah2, melenyapkan segala jerebu yang merata memutihkan langit sejak beberapa hari lalu. Pokcik duduk dianjung umah sambil mengiggil keseronokan. Walaupun tubuh kurus ini dan gigi seakan2 berlaga, tapi pokcik tetap nak duduk disitu untuk melihat susasana hujan yang turun seperti rahmat yang diharap2 ramai.

Suka hati pokcik melihat hujan yang lebat menyirami setiap pokok2 kecik dan dedaunan yang bagaikan menari2 di timpa hujan. Kadang2 meliuk kekanan dan kiri. Kadang2 serupa mengangguk2 macam penyanyi rock gitu. Yeahh..yeahhh (sebut stail Bandi Amuk)

Pokcik suka tenguk lecak2 air yang bertakung membentuk kolam2 kecil yang jernih. Bermula dari satu titis, dan riaknya melantun diserata tempat hingga penuh air. Walaupun akan mengakibatkan becak tapi asal kejadiannya sangatlah indah, ibarat bendang yang disirami hujan tatkala awal musim menanam.

Pokcik suka tenguk ayam2 yang basah kuyup kesejukan dibawah pondok nih. Tegak berdiri bagai statue of liberty. Sekali pandang macam "stone" jek rupanya. Sambil2 tu sang kucing pun duduk diam2 diatas tangga sambil bulu2nya diremangkan seolah2 memanaskan diri dari kesejukan. Matanya pun pejam2 merasai nyaman2 alam.

Pokcik suka tenguk rumah2 dari kejauhan. Nampak berbalam2 dan berkabus macam negeri oang putih. Bunyi lantunan hujannya pula sekata dan seirama. Walaupun bising, namun suasana dingin sedap2 amat melenyapkan segalanya.

Dianjung ini, sesekali air sesat menitis juga tempiasnya dimuka dan kepala. Kalau air hujan turun condong, basahlah juga sebahagian anjung ini. Di atas tikar mengkuang nih, sedap tul kalau duduk2. Kalau tak puasa, mahu saja pokcik buat kopi air tongkat ali sambil cicah biskut kering Hup Seng.

Dan akhir sekali, hujan2 begini memang sedap kalau dapat tido seround dua..Iyo la..maih ler kite tidoo gegegege..hik hik alahaiii...

7 comments:

Anonymous said...

hujan yg turun bagai kan mutiara........

nor ash burn said...

dn sy pun suka tengok pokcik terkebil2 tengok hujan, tengok ayam yg kaku mcm batu tu, tengok kucing yg bermalas2 di atas tangga... dn akhir sekali sy suka sekali tengok pokcik terkebil2 sampai tertutup kelopak mata tu!... isyyy kuatnyer dengkur!

Nur Raina Afsana said...

Pokcik, sian kat ayam-ayam stone-henge tu tu... agaknya, depa pun dok tengok Pokcik tengok depa... apa agaknya hati depa berkata ya? Hati saya berkata, aku nak kejo ayam-ayam tu buat gulai kari malam ni.. hu hu... sabar je aku...

Mersik said...

nor ash burn - lebih suka kalau ada teman2 yg sudi berborak2 sama di kala hujan turun..hik hik

Nur Raina - Uii, ayam2 tu pun dah nampak kesian jek. Tak sampai hati gitu rasanya nak mengejor..hik hik..lalu kite pun "ajak2 ayam" jek la...gegegegege hik hik

Nur Raina Afsana said...

Terkenangkan zaman kecik-kecik dulu, makan roti keras dengan air kopi tanpa susu, duduk di anjung rumah onyang di kampung. Mata memandang sayup ke sawah padi yang terhampar sehingga ke lereng bukit. Syahdu. Hati berdegup, mengikut rentak bunyi hujan yang menimpa atap zink dan rumbia... iramanya merdu sekali. Onyang terlena meneman cicit yang masih basah kuyup bermain hujan dekat dengan pohon ciku... alangkah bahagianya zaman dulu-dulu... uwaaaaaa!

Mersik said...

Nur Raina - oh nostalgianya. Tapi, apakan daya..pokcik ibarat onyang yg tiada cucu gitu..sendiri2 sahaja merasai seronok hujan petang ditemani2 ayam, kucing , titis2 air dan... kenangan itu..alahaii..

( Kalau tak de jugak, bior ler pokcik yg main hujan tuu..gegegegeg..huuu hik hik )

Nur Raina Afsana said...

Ooo.. boleh saja... bio saya jadi onyang pulak.. hu hu... nengok cucu melompat-lompat kena kejo ngan kucing, ayam, itik, angsa, katak dan semua yang sekawasan dengannya... hu hu... Lagi empat hari, onyang akan berada di Malaysia, pokcik oiii... tak sabo dah teman.. hu hu