Tuesday, October 03, 2006

Dalam mimpi, bagaikan nyata...

Semalam sedang pokcik berlepakan dianjung bersama segelas kopi Tongkat Ali, tanpa dikhabari, tiba2 hujan pun turun mendadak2 lebatnya. Dalam keadaan terperanjat katak, hati ini rasa suka pulak tiba2. Turunnya hujan tersebut bagaikan satu keajaiban yg mendinginkan malam pokcik. Maklom ler, seharian berpuasa, bersaban2 hari, dengan cuaca agak terik dan panas menyebabkan ibadah yang satu ini jadi lebih mencabar dan meletihkan.

Rindu betul pokcik pada sang hujan. Rasa2nya macam nak buat cite hujan balik jek, disamping mengimbau kenangan2 lama sewaktu hujan turun dulu2..hik hik Haa! sure korang seme dah gelabah nih..Tak lah... saje jek..hik hik..

Terkejut yang kedua pun adalah kerana puasa yang sudah pun sampai ke hari yang ke sepuluh. Oh! sungguh cepat. Dengan sekelip mata je dan hampir ke pertengahan Ramadhan. Bermakna begitu cepat juga nak raya ! alahaii..

Patut ler umah sebelah menyebelah nampak berubah sedikit demi sedikit. Daripada langsir, laman, lampu luar dan beberapa bahagian yang dicat baru, nampak nye memang dah dekat benor nak raya nih hik hik.

Namun pokcik buat2 biasa jek. Nak berlebih2 pun bukannya ada duit. Bukan nak hias apa2 pun. Janji pondok buruk nih tak roboh dah ler. Kalau Jabatan kebajikan masyarakat kasi ada ler. Lain dari tu kut2 duit zakat yg tak pernah melupakan pokcik nih. Lagi pun hari raya semua oang gembira. Kalau tak gembira pun maka digembira2kan lah juga..

Alah..raya nih budak2 jek yang beriya2. Oang tua2u cam pokcik nih....

Huh! tak kira..pokcik nak rayaaaaa gak..!!

Raya jangan tak Raya..!
Raya jangan tak Raya..!
Raya jangan tak Raya.. !

Chewahhhhss..hik hik hik Alahaiii

10 comments:

salmah said...

mersik...errr...terperanjat katak tu mcm mana? cuba citer sikit...klu blh dgn aksi skali...khik khik khik khik
hush...posa baru spuloh hari dah sibuk nak raya...macam budak kocik jo....

Abang Long said...

abang long setuju dan agreeeee dengan cadangan salmah, nak sangat tengok macam mana terkezut katak tu ...... mersik tunjuk macam mana rupanya ye ....kalau bleh bagi realllll gitu ....

Chempaka biru said...

kalau mersik tunjuk, mesti katak-katak sedunia tak dapat nak cari makan lagi sebab aksi mereka telah berjaya diklonkan oleh seorang manusia yang bergelar MERSIK.... :)

MamaErra said...

setuju sesangat... hehehe....

salmah said...

mersik....janganlah dikau hampakan permintaan ramai ini....

Chempaka biru said...

pokcik.... check email.... ada anta kat email bantuan yang dikehendaki tu.... :(

Chempaka biru said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mersik said...

salmah , abg long , cempakabiru dan mamaerra :

Amboi2 nasik tambah seme2..Saja ler tuh nak mengena..hik hik Apa susah nak tenguk terperanjat katak. Bila jumpa katak dok sedap2 ngah lepak2,sergah jek la..gerenti dia terperanjat dan lompat lari..uii ada ka nak suo pokcik wat? tak elok tauu bulan2 puasa nih mendera oang tua2 hik hik hik . Apatah lagi oang2 tua yg baik hati cam pokcik nih gegegege..alahaiii

salmah said...

aik!...laaa...kan ke mersik yang citer...mersik terperanjat katak...bukan katak yg terperanjat kat mersik! lg pun kan mersik...kat daerah rumah salmah ni xde katak le...klu hujan x dongar pun suara katak...suara sumbang adalah....kalau mersik buat stunt tu, upah popia berbaju sambal, favorit mersik tuuuu...khik khik khik khik

Mersik said...

Salmah -- hmm cam mana ek? Kira cam tengah cangkung sedap2 pas tu hujan turun kena badan, terus jek melompat menergolek kan diri ketepi..hik hik..bayangkan..!