Friday, October 20, 2006

Syawal datang lagi, salam dari pondok buruk dihujung kg..

Melihat suasana sekeliling yg gilang gemilang, orang2 yg sibuk memanjang, bersopping dan bernyanyi2 riang, pokcik rasa lagi dua tiga hari konpom aa nak raya ek..alahaiii..dah tak sabo2 plak rasa hati nih..

Hmmm nampaknya sudah hampir kita hendak menyambut Syawal ye..rata2 ianya bukanlah sesuatu yang baru . Mungkin kelaparan diwaktu berpuasa , kecutian yang panjang , peluang untuk balik kampung dan bertemu ayah bonda serta saudara membuatkan kehadiran lebaran ini seakan teruja.

Seperti biasa, sebagai tuan pondok yg maha glamer seantero maya nih, sudilah pokcik mensudi2kan diri ini untuk mengucapkan sepatah dua kata kepada para pengunjung yg tak henti2 bertandang dan memeriahkan pondok pokcik yg serba daif nih. Sampai tertangguh2 pokcik nak balik beraya , sampai tertinggal2 kapal selam pokcik dibuatnya kekekeke..dok aih, acah jek tuu..

Sejak dulu lagi sewaktu pokcik pertama2 sekali meneroka dan memacakkan tiang2 disini, pokcik dah agak bahawa ianya akan membawa sesuatu perubahan yang besar dalam diri pokcik. Dan bila mengingati hasilnya hingga saat ini, rasa terharu dibuatnya. Sambutan yang diberikan amat2 menggalakan hingga pokcik nyaris2 lupa diri. Namun berkat kesabaran dan kerajinan pokcik berlepak2an dianjung sambil memikiri serta memuhasabahkan diri ini, pokcik terimalah seadanya akan apa yg terjadi dalam reda selain pokcik redah2..

Adohh..banyak tul pokcik nak cakap nih..Bilalah nak masuk bab2 raya nih hik hik. Seme dah tak sabo nak balik kg. Alah, kasi chance ler, bukan selalu pun raya gegegege..

Kepada pengunjung2 yang rajin melawat pokcik disini tiadalah dapat pokcik berikan apa2 melainkan ucapan terima kasih yg tak terhingga. Kalau boleh pokcik memang ingin memberikan kasih2nya sekali, tapi apakan daya , memetik kata2 di blog ct, walau pun ada kasih diantara kita, namun yg ku cari adalah "sintaaaa.." gegegege..hik hik

Err pokcik rasa nak berpantun laa kejap..err..errr ( sambil garu2 dagu )

Bahulu Pak Odan dibeli awal
Baju selesa kemainlah bergaya
Berlalu Ramadhan tibalah Syawal
Inilah masa berhari raya

Ulam pajeri dicekik Acappan
Capati dan kari digalas Muniandi
Salam Aidilfitri pokcik ucapkan
Setulus hati, seikhlas budi..alahaii

Kekeke..haaa itu baru into tu..adehhhss..

Well , tak lama lagi kita semua akan bercuti panjang nampaknya. Eloklah kita bersama2 yang tersayang untuk meraikannya..Ziarah menziarahi sanak saudara mana2 yang ada , sebagai tanda persaudaraan disamping mengenang jasa orang2 yang terlibat dalam kehidupan kita suatu waktu dahulu. Mana2 yang dah tak berkesempatan tu bolehlah menziarahi pusara yang ada . Jangan sampai jadi budaya dah ler , memeriahkan kubur2 diawal syawal..setahun sekali. Teringat pulak pokcik pada seseorang tua kat kg yang pokcik kenal , dia sudah agak lanjut juga, dimana bila dia melawat kubur isterinya langsung tidak berjumpa ( kes terlupa..mana kubur bini aku nih ?..) alahaii.


Pada yang tidak mendapat kad raya tuh pokcik mintak maaf banyak2 aa..bukannya pokcik tak sudi menghantar tapi mana nye alamat tak bagi2 alahaii.. Dan lagi mungkin anda terlalu malu2 ayam dan bersikap senyap dan sunyi , hinggakan pokcik bertanyakan alamat pun langsung kau tak peduli..iksh iksh..Kemungkinan lambat pun boleh juga. Biasalah manusia nih kadang2 sibuk nya tak terkira..lebih rajin dari semut api gituu...laa haiii..kesian sungguh pokcik.. mengenang pada yang tak sudi..ibarat perigi mencari baldi gitu .

Namun pokcik faham akan kemalasan anda semua dalam hal ini , apatah lagi untuk melakukan proses2 ( membeli kad , membeli setem , menulis , menampal setem , men gam sampul surat, bergerak ke pej pos dan mengepos nya ) tersebut.. Walaupun sekarang telah canggih media ucapannya baik internet atau sms namun sebagai orang lama dan klasikal dan tradisional, pokcik tetap menggunakan medium sang posmen. Kalau tak anto pada pokcik tak mengapalah , lagi pun pokcik ikhlas.. gegegege.

Pada yang hendak berjalan jauh tuh, eloklah merancang perjalanan anda terlebih dahulu..Kalau boleh janganlah berjalan. Gunakanlah kenderaan yang anda beli dan bayar ansuran bulanannya.. .ahaks Almaklum ler , bila dah banyak kenderaan dijalanraya , masing2 pun ingin segera sampai ke destinasi .

Bila malang tidak berbau maka risiko kemalangan tetap ada. Kalau bergerak di waktu malam pula pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya , kalau penat rehat dulu di tempat2 persinggahan yang ada . Bawalah bekal popia salut sambal banyak2. Tiada penerangan khusus disebalik pembawaan tersebut, cuma pokcik minat sangat kuih tuh hik hik. Tidak perlu terburu2..lagi pun raya Deepavali yang bermula dulu, banyak masa lagi kita akan berada di kampung sebelum menjelangnya raya. Melainkan anda ingin merayakan Deepavali aaa

Haaa! pokcik nak sambung pantun lagi hik hik..dengar aaa ..dengar aa..err...err

Kampung Dusun tempat berlari
Dalam gelap sungguh menakutkan
Pokcik menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Suka sakan bergendang melompat
Dari pekan berkereta mini
Kalau makan rendang ketupat
Jangan lupakan pondok pokcik ini ( Suo ajak2 ler tu hik hik )

Ooopss..sambung plak..tungguu aaa hik hik..

2 comments:

salmah said...

adeh mersik...jenuh aih baco karangan ekao...panjang bebonar. tunggu gak lampu lapliplop...xde pun...
mersik blk kg tualang tiga ke kg dusun? walau di mn pun kg mersik...semoga slmt sampai dan dapat bertemu sekelian keluarga yg disayangi dan bersama2 menyambut syawal yg dinanti...hati2 di jln raya...jgn sampai terkejut katak!
Akhir kata...jari nan sepuloh salmah susunkan, memohon maaf di atas segala keterlanjuran kata selama kita berkomunikasi di alam maya ini.

Mersik said...

Salmah oiii..lom abih lagi aa gegegege hik hik..