Malam tadi, tah berapa kali pokcik terperanjat katak. Apa tak nye, tetiba jek bunyi melatop sana sini sampai terganggu waktu senggang pokcik. Namun ia tidak terhenti sampai takat tu, malah berlarutan dan bersahut2an hingga hampir tengah malam. Walau pun tak kuat seperti meriam buluh, tapi sudah cukup untuk membuatkan jantung pokcik mengepam darah deras2. Kadang2 rasa cam berada dizaman perang jepun plak.
Ini tidak lain tidak bukan angkara budak2 yg bermain mercun di umah2 flat yg berdekatan nih. Iksh iksh budak2 nih, pasrah kasih betol la..Bukan dia kisah, oang nak berehat ke, anak2 nak tido ke, mokcik2 nak wat kuih ke, janda2 nak try melaram baju baru ke dan oang tua nak makan popia salut sambal ke..hik hik. Kalau main setempat tu, tak pe juga. Ini tidak, sambil mengayuh basikal habih di pom pam pom pam sana sini. Huh! anak sapa laa nih..?
Nak jugak pokcik hambat mereka, dan bom hidung mereka satu2..Bior tambah satu lubang lagi hik hik. Biar mereka rasa. Tapi memandangkan strategi mereka adalah bijak dan pokcik sendiri tak teragak dimana bunyi2 tu akan meletop, pokcik hanya mampu berjaga2 utk terperanjat jek, sambil tangan diletak didada, bersedia untuk mengurut kalau2 tiba2 ia meletop lagi.
Yang pokcik tahu mercun dan bunga api diharamkan raya2 nih. Ini mesti kes barang haram. Ntah dari mana mereka dapat. Tak dapat yg mercun “bunga2”, yg meletop2 pun jadi ler. Cian sungguh budak2 tu..mungkin zaman skg nih mende2 tu seme agak terhad dan dikawal, jadi keterujaan nak memiliki pun tinggi. Berbanding ngan zaman pokcik muda2 dulu atau 10 tahun kebelakangan ni, memang kami dah puas main.
Bayangkan dulu2, semasa belum ada larangan main mercun. Sebut saja meriam buluh, meriam tanah, meriam bellina dan segala hapa macam mercun. Semua oang boleh main (sampai cedera2 parah atau putus2 jari). Dari awal subuh sampailah ke awal sahur, merata gegak gempitanya seantero kampung. Kadang2 macam bertanding2 plak bunyi meriam kg mana yg lebih power. Sekarang nih, apa jadi? Dah jadi bahan larangan. Kalau difikirkan balik, memang bagus sangat2 jugak kerajaan buat cam tu. Banyak kebaikannya. Macam nih, uii..lagi la budak2 tu semakin teringin dan melonjak2 jiwa hendak memilikinya..alahaii..
Hampir ke lewat malam, bunyi yang berdentam dentum tu jadi senyap. Agaknya2 budak tu dah di"sergah" oleh sesapa kut, ataupun bekalan “haram” mereka habis..
Macam2 budak sekarang nih..alahaiii..
Peristiwa Pilu 11 April 2021
3 years ago
2 comments:
Pokcik,
saja nak habaq .... kat ghumah saya ada stok - mercun katak terkezut -. kalau nak, mai lah .... tapi dengan amaran jangan bawak kawan pokcik hat nama Lan tu, sebab kalau dia mai, dia borong habih, saya nak main apa malam - malam ?
haaa....terkejut katak lagiii.....bila nak tunjukkan stunt dia mersik? lama tunggu niii....
Post a Comment