Tuesday, October 10, 2006

Kuih tak ada markah..

Kadang2 apa yang kita hajatkan tidak semestinya menjadi kenyataan. Begitu juga dengan apa yang tekak kita idam2kan. Adapun semalam2nya..pokcik pun gii la ke bazar ramadhan untuk membeli kuih muih berbuka puasa. Ada pun setelah membeli kuih2 yang wajib tu, maka terpandanglah akan dua tiga jenis kuih yang nampak meliurkan gitu.

Kuih karipap bulat yg dikata sang penjualnya ada sardin didalamnya dan cucur badak pula, pokcik beli digerai yang lain (dan tiada badak didalamnya hik hik). Saja pokcik nak berubah selera dan saling mencuba cuba ala2 jalan2 cari makan gitu. Manalah tahu kut2 yg menjualnya boleh digoda2 dan diajak jalan2 gitu ahaks kekekeke.

Namun bila Azan berkumandang menandakan waktu buka, dan pabila dicekot dan dingap akan karipap tu, jangankan kata sardin, tulang sardin pun tak ada. Campuran lobak yg dihiris2 halus serta kentang keras dan sedikit ( mungkin se to’et) dari isi sardin. Rasanya pula, laa haii sudah tentu tak sedap. Huh! Hampa dan marah pokcik jadinya. Bukanlah pokcik nak komplen (walau pun sedang komplenlah nih gegegege). Tapi kadang2 oang nih meniaga cam tak patut jek , kadang rasa cam tipah teripu jek.

Mentang2lah nih bulan puasa. Macam2 alasan oang leh bagi. Tak leh rasa lah, tak perasan sukatan lah , tak cukup bahan lah dll. Uii..seribu satu macam boleh diadakan. Buat kuih nih bukan boleh suka2 buat. Ia bagaikan satu seni yg maha rumit dan mempunyai "karma" nya yg tersendiri. Beruntung ler para pembuat kuih yang sentiasa mempertingkatkan dirinya sampai menjadi "pandai kuih" . Mana2 yang buat asal boleh jek, memang boleh ler..Boleh blahh !! gegegege.

Kalau kuih bagus dan sedap, faham2 lah sendiri. Barulah oang ramai beli, jualan jadi laris dan untung pun besar. Dan yang paling penting sekali berkat gituu..

Oleh itu, kepada para pembeli kuih2 nih, berhati lah semasa memilih. Kadang2 nafsu nih tak mengenal sempadan, asal mata nampak molek dah sedap jek, terus nak beli. Mana2 gerai yg nampak menggunung jek kuihnya terus gelap mata. Tapi ada juga yg maintain sedap dan harga pun patut2. Mudah2an dapat berkat sempena bulan Ramadhan nih.

Kalau ada sesiapa yg nak tanya bagaimana pula dengan kuih lagi satu iaitu cucur badak.
Haa! tuu kat luar tuh masih melantun2 lagi..sejak pokcik baling nya ke lantai maghrib tadi...

Huh! kenyal gila, liat nak mampus. Alahaii

11 comments:

Anonymous said...

free tak hari ni? meh main lantun2 cucur badak kat tembok....

pu3Chempakabiru said...

Assallammualaikum... hai kecian pokcik.... tapi kan dari pengamatan saya, setiapkali bulan ramadhan, maka timbullah peniaga segera bersepah macam cendawan tumbuh lepas hujan.... rasanya udah tentulah 85 daripada mereka HAMPEH aje.... pernah sekali tu, beli pulut panggang, tahu intinya dihasilkan dari kelapa yang sudah diambil santannya... dengan kata lain HAMPEH..... so bukan pahala yang mereka perolehi sebaliknya.. kutukan yang berlori-lori dari para pembeli yang sudah pastinya tak puashati..... tah lah....

Anonymous said...

Mersik... Biasanya bila membeli juadah di bazar Ramadhan, saya akan cari mereka yang saya pernah tengok berniaga di kawasan sekitar sebelum ini;(ada track record). Ataupun, ikut trik lama... pegi aje ke gerai yang ramai orang; (ada regular customer). Ataupun kat gerai yang tuannya bising2 promo; (dia yakin ngan produknya).
Ataupun, cuba test try tengok samada sedap atau tak. Tapi yg ini, kenalah tunggu selepas azan berbunyik... hihi.

Anonymous said...

alaa mersik...senang citer...cepat2 cari mak andeh...apa pun yg mersik nak mkn...ditanggung halal, beres dan sedap...waktu isi borang tu, tulis terang2 kriteria yg mersik nak...cth: "mesti terror bt popia bersambal dan cucur badak"...amacam? khik khik khik khik

Mersik said...

nor ash burn - Uii hari nih kite tak free aa..kite ternanti2 kad hari raya dari oang singapura gituu kekekek hik hik..

chempakabiru - gitu ler ada2nya..oang nak meniaga, dia pun nak meniaga. tapi oang ikhlas dan telus dia plak "jerlus" hik hik alahaii..

En.eyman - Wah, tips2 yg baik untuk dicuba dan dipraktikkan. Namun sesekali tu, terkena jugak..alahaii..

Salmah - Awak nih tak abih2 nak mengenenkan kite aa. Dah ada calon2 nye ke? Uii, bley kite merisik2 gitu..hik hik..alahaii

Anonymous said...

ari tu kita buat karipap..
tapi intinye "termasin"
huhuhu:P
sib baik diorg makan jugak..
kalo diorang main baling kat tembok..
memmang sah2 meraung kat situ..:P

Anonymous said...

mersik...calon ramai...nak meh sini ler...x terpilih kang...tkt juling biji mata! khik khik khik khik

Mersik said...

nurjihad - kalau buat pd yg tersayang tak mengapa. Seme mereka belasah jek..gegege hik hik

salmah - uii pokcik nih cerewet sikit tau..gegege..Itu pasallah gak nye jadi bujang terlebih lajak kekekekek hik hik

Anonymous said...

mersik...jgn kata mersik...xde org yg cari soulmate sembarangan melainkan kes ponkes...semua nak yg terbest gitu...xpe lah kayuh pelan2....hehehehe

pu3Chempakabiru said...

erm tul tu sal.... semua kita nak yang terbaik dalam apa yang kita buat... kita pilih, tapi terkadang perancangan kita tak bertemu dengan perancangan dan ketetapan dari Allah... jadi Pasrah dan redho adalah sebaik2 penawar.... pasti apa yg ditentukanNYA lebih baik dari apa yg kita fikirkan selama ni.....

Mersik said...

salmah - masih tercari2 lagi walau hari sudah masuk maghrib..gegegege

chempaka biru - Amboi2 pandainya dia berkata2 hingga nyaris2 dipilih oleh kita hik hik..alahaiii