Monday, October 16, 2006

Bazar Ramadhanku...

Hujan lewat petang hari minggu yang lalu begitu merisaukan hati pokcik. Takut kalau2 tak berkesempatan untk ke Bazar Ramadhan yg berhampiran. Mana boleh disaat ini pokcik tidak mendapat popia bersalut sambal, cucur badak dan kuih kacang kole? hik hik mau tak senang berbuka pokcik nanti.

Menyedari hari2 puasa yang semkin sampai ke hujungnya, pokcik jadi sedih pula. Adakah dapat lagi nanti menemui kuih2 pilihan selain keriuhan bazar yang sentiasa menggamit tu.


Satu bazar pokcik redah, jenuh sungguh berjalan. Dari depan sampailah kebelakang, pokcik "passed away" jek hik hik. Walaupun yg dibeli sekadar beberapa ketul kuih cuma (sebab itulah yg termampu) tapi melihat dari para peniaga yang pelbagai ragam, sudah cukup untuk hati menjadi ceria.

Tiap2 petang pokcik selalu kesana. Jarang yg tak pergi. Walau pun tak glamer antara seluruh Bazar di Shah Alam nih, tapi sudah cukup untuk meninggalkan kenangan yg boleh diingat selalu. Bazar seksyen 7 yg sentiasa menyajikan aneka makanan dan minuman yg sedap2 dan menarik selera. Ditambah pula dengan kehadiran ramai budak2 Uitm yang menyewa nyewi disitu. Bila petang mampir melabuh, berdedai2lah mereka turun secara berseorangan, berdua atau berkumpulan hingga jadi sesak2 laluan bazarnya.

Ramai juga yg turun utk mencuci mata. Mengusik2 pelajar yg malu2 ayam. Sebagaimana pokcik yg termalu2 jugak, apabila ada mata2 nakal gadis2 yg memandang. Ukhss! tak kuasa pokcik..hik hik. Ada juga budak2 yg nampak berpasangan2an. Mesra alam sungguh. Si lelaki kelihatan diheret kesana kemari dengan sepenuh rela, menurut sahaja menu pilihan sang gadis. Alahai... Nih ler namanya "hiprokasi percintaan" hik hik.

Nak wat cam mana?, hati sudah ” sintaaaa ” aaa.. Dan yg lebih extreme, ada yang berjalan sambil mengepit pinggang sigadis. takut benor ler kalau aweknye jatuh tiba2 atau terlepas dan di sambar sang penjual talam ubi yg nampak diam2 ubi gitu hik hik. Macam2 adoo..

Alahaii banyak lagi pokcik nak cerita, tapi cam lupa2 gitu plak..hik hik . Nanti aaa, petang nih pokcik gii lagi.. Nak ingat2 balik..gegege..alahaii..


8 comments:

Anonymous said...

kenapa tetiba jadi malu2 ayam? ayam tahu malu ke?.... ptg ni nak cari juadah berbuka puasa ke atau nak menjamu mata melihat pasangan si teruna dn dara? blh kenyang perut ke melihatkn telatah mereka? atau hati cemburu kerana mengidam, bila agaknya dpt melakonkan babak yg sama seperti itu.... khihkhihkhihhh

Faridt said...

lagi seminggu nak raya masih bersemangat pocik ke bazar ramadhan. kawe ni malas nak pi dah..pikir rayo je la...mood raya..

Mersik said...

nor ash burn - sampainya hati awak menuduh saya sebegitu rupa..

Mersik said...

faridt - yaa botullll..tp kan bila tekak kering2, dan sesekali tertelan2 air liur..baru terasa perut nih macam2 yg mengidam kekekeke..alahaii

Anonymous said...

mers, jgnlah marah. sy cuma gurau aje. awak ni kekadang sensitiflah sampai sy takut nk usik. klu awak x blh tahan gurau, lain kali sy x usik lglah. sy janji akan serius aje ngan awak. betul!

Mersik said...

nor ash burn - Hah terperanjat!..saja, sy mmg sengaja nak 'sergah' awak camtuh. Eh! sy kan oang tua..mustilah sensitif sikit, nak2 dekat nak raya nih..bila oang tuu tak anto kad raya hik hik..

Alaa..lama2 sy dah faham dgn gurau berantai awak tu ( sb dalam satu perengan ada mcm2 gurau)..Dah lali dah..gegegege..

Chewahh..awak nak berserius dgn sy ke? Amboi2..bc sy punya entri pun dah tersenyum2..alahaii..tak baik tau, dah nak rasa nih mana leh serius2..lari rexeki..bulan posa ada lagi beberapa hari lagi nih hik hik..huuuuu..

Anonymous said...

mers, terima kasih kerana memahami cara sy bergurau... kad raya tu sy dh hantar di angin lalu. sampai tak sampai tu sy x tahu ler. klu sanggup tunggu, awak tunggu. ntah2 tahun dpn baru sampai, siapa tahu?

Unknown said...

Bio beno pokcik? Bulan posa pun leh kepit-kepit ke? Ish... penat ler posa kalau macam tu... ish ish ish.. bebudak jaman sekarang ni, nak kena pukul-pukul sayang kot baru depa tau.. hu hu... Kat mana nak beli popia salut sambal tu? Kalau pokcik bagitau tempatnya, teman sanggup turun ke Shah Alam ke Kelang ke, mana-mana la asalkan dapat merasa. Tak pun teman 'menurun'... hu hu... sabar je aku.