Thursday, June 12, 2008

puyu


Selesai saja bersejuk-sejukan di dalam, kami lantas keluar menyambung borak. Rumah Pak Dolloh sudah jadi macam ais. Ekon “Hiyaa” dia tu, sangat power!

“Tengok ni, “ ujar Pak Dolloh sambil menunjukkan pada balang kaca kecil yang ada seekor ikan puyu di dalamnya.

“Orang kata bela ikan puyu ni, elok. Boleh buat jaga rumah.” Terangnya dengan yakin. Pokcik dan Tok Lipat ada juga mendengar akan petua-petua ini. Selain dapat jaga rumah, ikan puyu ini juga boleh menghalau kuasa jahat, ilmu hitam, hantu dan syaitan yang ingin menganggu.

“Betul ke, Pak Dolloh, “ pokcik menyoal lagi.

Pak Dolloh tersengih serta mengangguk. Dia mengambil bekas kecil di sebelah balang yang berisi makanan ikan lalu menuang ke dalamnya. Tergedik-gedik ikan puyu itu menyambar makanan yang jatuh. Air jadi sedikit keruh.

“Betull...” jawap orang tua itu tanpa menoleh.

Kusyuk betul dia memerhatikan ikan puyunya itu. Pokcik memang faham. Untuk warga emas seperi Pak Dolloh, yang tidak merayap ke mana-mana ni, seboleh-boleh rumah yang ada akan dibega-bega supaya dapat menghiburkan. Sekurang-kurangnya dia ada aktiviti untuk dibuat.

“Sekarang ni, kira rumah Pak Dolloh selamatlah ek. Tak ada pencuri masuk?” soal pokcik tiba-tiba. Barangkali terfikir juga macam manalah si puyu ni boleh menjaga rumah yang besar ni. Memang dia diletakkan di luar rumah.

Kalau pencuri datang, bagaimana? Dia boleh melompat ke, lalu mengigit hidung si pencuri, atau masuk ke dalam baju. Nak tunggu puyu bersuara, pencuri! Pencuri! Memang mustahil.

“ Ada juga yang kena curi. Sampai dua tiga kali aku terpaksa cari yang baru,” jawap Pak Dolloh sedikit geram.

“Hah, Apa yang kena curi?” soal Tok Lipat yang juga nampak terkejut.

“Apa lagi, ikan puyu aku ni laa...,” jerit Tok Lipat, sedikit kecewa.

Pokcik dan Tok Lipat terkedu dalam tawa yang ditahan-tahan.

Alahaiii...

2 comments:

jagoan said...

Puyu bisa dari dalam! Penchuri ke perampok ke memang takut.

Rumah saya, kala ada ikan puyu 10 ekor. Takde pencuri masuk. Setelah ikan puyu mati, tup tap pencuri masuk. Mungkin juga kebetulan! Heh!

Mersik said...

ah tok - Wahh.. mcm betul tu. Ini macam kalu pokcik pun kena cari satu la.. wat kawal2 tin sekut n kopi tongkat Ali pokcik kat dapo tu.. hik hik