Friday, June 27, 2008

Akan terbit tidak lama lagi...


Uii.. tak abih-abih budak si budak Dol ni nak menyiasat-nyiasat.. Pokok kekabu manalah pulak nak dihonggahnya kali ni. Hmm... lantak lah Dol. Apa-apa pun, layannnn...




Sinopsis:

Kehadiran seorang penjual bantal dari seberang, membuatkan sekalian penduduk Kampung Parit Sangap menjadi lebih selesa dan tidur dengan lena. Hanya seketika, tiba-tiba, mereka dikejutkan dengan satu penyakit yang sangat misteri.

Penunggu pohon kekabu, di hujung kampung yang selama ini ‘diam’ mula mengganggu menyebabkan orang kampung jadi gelisah dan kelam-kabut. Sebuah rumah kosong berdekatan dengan pohon kekabu tersebut turut menambah beban pada penduduk kampung yang semakin kacau bilau, termasuklah ketuanya, Pak Dolloh.

Kumpulan penyiasat Dol, Suppa dan Ku Chai semakin pening kepala. Misteri yang melanda tidak senormal yang disangka. Sumbernya berada di mana-mana. Ia melibatkan makhluk halus!

Kini, terpulang kepada kepintaran mereka untuk memecah kebuntuan, memulakan pencarian, merungkai satu persatu misteri yang melanda. Adakah mereka akan berjaya? Sedangkan... mereka tak punya banyak masa.

8 comments:

masni qisrine said...

waa..buku baru lagi..
nak oder patplo ribu belas-belas juta boleh?..ehehee...

waterlily said...

Salam pokcik

Kat mana nak beli buku ni? Saya nak satu je untuk anak buah saya. Anak buah ada empat(termasuk yang baru kenal huruf dan sorang yang belum kenal apa-apa)

Camne nak order ni.

ps: makasih la singgah space saya. Sekut keing dah abihh..heheh.

Jentayutiara said...

huhuhu... buku baru, sy nk beli gak utk diri saya yg br blajar nie...

Asiah said...

salam perkenalan

kak ila said...

hui!takutnya. baca sinopsis je pun kak ila dah tak boleh tido malam pakai bantal. macm mana ni?

Mersik said...

masni qisrine - Hik hik, kalau dah order banyak tu, kenalah baca patplo juta belas2 ribu kali jugak hik hik..


Waterlily - Uii tak yah order2.. Buku pokcik ni teramatlah glamernye hingga ada dijual di kedai2 buku merata. Nnti dah siap cetak dan mula dijual pokcik kabo laa.. hik hik

Sama2 kasih.. hik hik *wink*


jentayutiara - Mekasih krn ada rasa nk membeli.. Harap seronok hendaknya nanti.. Sebabnya pelajar yg baca buku2 pokcik ni jadi terhibur dan jangan plak lepas tu tak nk belajar, alahaii hik hik


asiah - Salam perkenalan gak.. hik hik mekasih krn sudi singgah2.. Esok dtg lagi ek..


Kak Ila - Waaa.. jgn la takut.. itu baru gezet2 jek.. kalau dah baca tentu tak bley tido langsung kekekeke

tanne hadihaz / zahida zarkasi said...

don't worry...pasti dol n the gang dpt selesai kan kes...tak gitu pokcik? er...saper ilustrator?

Mersik said...

tanne - mekasih.. ya, Dol boleh! , illustrator? hmm tentulah pokcik sendiri.. hik hik