Sunday, June 08, 2008

Lopis


Awal-awal pagi lagi, pokcik sudah tercatuk di gerai Janipah Lopis, depan simpang masuk ke kampung. Dia memang meniaga di situ tiap-tiap hari.
Tak tahulah entah bila dia bermula meniaga, tapi pada perkiraan pokcik, sudah lama... sejak-sejak ekonomi jadi teruk sedekad yang lalu. Dengan gaji yang seciput dari kerjanya di sebuah kilang plastik, dia mengambil keputusan untuk berhenti saja. Sejak dari itulah dia mula berniaga.

“Ai, pokcik lama betul tak nampak? Seronok ke duduk di bandor tu sampai jarang dah balik kampung?” soal Janipah yag nampak menyembunyikan kerinduannya pada pokcik dengan perkataan-perkataan yang selamba.

“Ada.. jawap pokcik pendek

Beberapa orang pelanggan sibuk mengerumuni meja kecilnya. Pagi-pagi begini, orang sibuk nak bersarapan. Ada yg nak karipap, jemput-jemput, keria, lengkung (agar-agar), lepat, kasturi dan tak ketinggalan... kuih lopis. Oleh kerana kuih lopisnyalah yang terpaling sedap, dia digelar orang Janipah Lopis dan gelaran itu kekal sampai sekarang.

“Wah, laris betul perniagan kau ni,“ puji pokcik setelah agak surut oang yang datang membeli.

“Alah, meniaga kecil-kecilan... bolehlah setakat cukup-cukup makan, bantu-bantu sikit Abang Denan tu. Kalau nak sampai kaya raya tu, tak adalah. Janji rezekinya halal ,“ jawap Janipah laju. Barangkali pokcik bukan oang yang pertama menyoal sedemikian.

“Lama tak merasa kuih lopis kau ni, Janipah oi. Aku nak boli, lupa plak bawak duit,“ ujar pokcik dalam kias yang paling manis. Janipah menjeling sambil tersenyum.

“Alah pokcik ni.. janganlah malu-malu. Datang pun bukan selalu. Ambik la.. kalau nak rasa, banyak pun tak apa. Saya belanja,“ ujarnya sambil meletakkan dua ketul kuih lopis di atas piring. Kuih yang dibuat dari pulut, komdian ditabur kelapa dan akhir sekali dicurahkan air gula melaka yang perang warnanya, amat-amat mengecurkan air liur pokcik.

Pokcik duduk di tepi kerusi dengan sengihan penuh syukur.

“Uii.. keras dah kuih kau ni.. ,“ rungut pokcik pada suapan yang pertama.

Janipah Lopis menoleh seketika.

“Ni macam tak cukup bahan je. Aii.. takkanlah harga beras dan gula naik, kualiti pun lain macam jek..“ tambah pokcik lagi dalam nada gurau mesra-mesra manja.

“Mana ada pokcik oii. Saya ni mana ada tukar apa-apa. Dari dulu sampai sekarang memang macam tu. Resipi keluarga lagi ni turun menurun. Walau barang dan naik pun, saya tetap maintain. Lagi pun buat apalah nak untung besor-besor, setakat jual tepi simpang ni.. bukannya boleh untung banyak. Nanti, oang jadi benci pula,“ balas Janipah dengan panjang lebar.

“Oh, ye ke? Hmm.. memang kau ni.. peniaga yang teluslah,“ puji pokcik sambil menyambung kunyah. Barangkali pokcik yang sudah lama tak merasa kuih lopis ni. Memang terasa sedikit kenyal-kenyal yang lebih kepada keras kematu. Susah pulak pokcik nak makan.

“Entah-entah, gigi pokcik yang dah tak berapa banyak kut nak menggigit. Telan jek la,“ ujar Janipah setelah lama melihat pokcik menghunggis-hunggis kuihnya.

“Erks..!” hampir-pokcik saja pokcik tersedak.

Alahaii.. Janipah lopis ni… ke situ pulaknya…

Hik hik

7 comments:

waterlily said...

Pokcik dah pakai gigi palsu kot hahaha!

ps: klasik lagu Pak salim itu :)

Rina said...

err.. pagarnya dah byk yg bolos ke? hehehe... potong kecik2, kemudian telan aje.

Rasha_rz said...

bijak... bijak. dah tau nak ke gerai kuih, saja tak bawak duit? idea lapok nak makan free. mujur Janipah lopis tu rindukan pokcik, kalau tak... dibaling ye dengan gula lopis. baru lah terkulat2...
kekekeh

Mersik said...

waterlily - Uii susah aa pakai gigi palsu.. Tak asli dan tulus gitu hik hik. Gatal gusi dibuatnya..

Minat S.M Salim ka? uii serasinya kite.. hik hik *wink*


rina - aloh saja jek.. kalu telan, susah pulak nak menikmati kuih tu.. hik hik. Kokah jek la.. slow and steady..


rasha_rz - kekekk tahu tak pe. Alah, nama pun oang tua, warga emas lagi.. tentulah dilayan cam emas.. (hatta emas celup pun).. hik hik

budakjahat! said...

ooo...atok dah tukar port eik...
ni yang buat makcik punah mengamok sebandor ni...esok pagi budakjahat! pi warong makcik punah, akan diberitakan...wahahahaha

Lily.Lulu. said...

sedapnya saaya tgk kuih lopis tuh
lapo buatnya

Mersik said...

budakjahat - kekek.. aloh, biasalah tu.. Di sana menanti, di sini menunggu.. hik hik

Uii, marah laki si Janipah tu kang.. saja la tu hik hik


lily.lulu - Uii memang sedap, haa.. sat lagi gi la kat pasor malam cari. Kalau ada la.. hu huu hik hik..