Wednesday, June 18, 2008

Bela


Ini kisah hampir lima puluh tahun yang lalu…

Pagi itu, pokcik berada di reban memberi makan ayam-ayam yang ada. Nasi lebihan semalam kebiasaannya di campak di situ kalau tak habis. Maka menderu-derulah ayam-ayam yang kelaparan berebutkan nasi yang ditabur.


Maklom la, mereka tu ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. dan rezeki terlempar yang diberi, sangat-sangatlah beerti...Alahaii..

Tok ayah masuk menjengah sambil melempar beberapa ketul pisang yang sudah benyek. Makin bertambah cerialah ayam-ayam itu mentekedarah dengan hati riang gumbira.

Sementara pokcik sedikit resah. Dalam hati berbelah bagi. Ada sesuatu yang ingin dikatakan. Namun sedikit gugup untuk meluah. Segalanya bermain-main di fikiran.

“Ayah..“ akhirnya pokcik menyapa perlahan. Tok ayah menoleh dengan sengihan biasa dan pandangan kuyu. Maklomlah, keletihan menoreh masih lagi terasa.

“Tadi, Mers pergi umah Ah Tai...“ ujar pokcik sambil menahan lagi degupan jantung sudah kucar-kacir nadanya. Tok ayah menanti dengan tenang.

“Kat rumah Ah Tai... ada tikus gemuk. Lari-lari dalam gelung,” akhirnya pokcik meluah juga apa yang dirasa. Sebenarnya itu bukan kali pertama pokcik bersuara tentang tikus Ah Tai. Kelmarin-kelmarin dulu, beruk Mat Yeh pun pokcik ceritakan juga. Belum lagi termasuk kura-kura si Minah dan arnab Mek Dah. Antara lain, maksud halus yang ingin disampaikan ialah, pokcik kepingin benor untuk mempunyai haiwan peliharaan.

Walau pun di rumah sudah ada beberapa ekor kucing comot, tapi mereka lebih kepada haiwan menumpang yang tahu membawa diri masing-masing

Tok ayah mengeluh perlahan. Barangkali kemelut di hati kembali bertamu. Dengan perlahan dia meminta bekas berisi nasik sejuk dari tangan pokcik.

Sambil duduk di atas bangku di sebelah reban, dia kembali mencampak nasi serta mulutnya tak henti-henti ber kurr kurr an. Pokcik senyap kembali.

“Tengok ayam-ayam ni semua.“ Tenang saja dia memula bicara.

“Bila kita lempar nasi.. dia datang makan. Berebut-rebut semuanya. Tak perlu nak fikir apa, asal ada orang beri makan dia kejar.“ Penerangannya serba ringkas, sayangnya... kabur pada fikiran pokcik.

“Tapi, kalau binatang yang kita bela, yang kita kurung, kita pula yang kena bagi dia makan. Lepas itu kena jaga dia, bersihkan tahi dia, tempat tinggal dia, pendek kata apa sahaja pasal dia, kita kena ambil tahu setiap masa,“ Kali ini maksudnya hampir terbayang-bayang.

Barangkali dia tahu akan perangai anaknya ini yang culas dan malas. Alangkah nak pergi sekolah pun selalu ponteng, inikan pula nak menjaga binatang peliharaan. Silap-silap kebuluran haiwan itu nanti.

“Walaupun nampak senang dan seronok, tanggungjawapnya besar. Mers sanggup ke nak pikul?“


Soalnya mudah. Pokcik kembali termanggu. Namun desakan naluri anak muda yang hanya tahu "nak saja " sukar untuk mencari kebenaran dalam kata-katanya. Pendek kata, dia memang tak kasi lah pokcik nak membela apa-apa. Dengan segera pokcik menghukumnya.

’Ah, Tok Ayah memang macam tu. Semua tak boleh!’ omel pokcik dalam hati, separuh geram bercampur rajuk.

Perlahan-lahan pokcik menarik muka masam sambil berkira-kira mau beredar dengan langkah yang paling kecewa.

“Mers,“ panggil Tok yah perlahan, menyebabkan langkah pokcik terhenti. Pokcik menoleh.

“Kalau kau nak bela gajah sekali pun, ayah tak kisah. Tapi, yang paling penting kena bertanggungjawap ,“


Pendek saja tok ayah berkias. Pokcik kembali terpinga.

Kata-kata tok ayah dulu kini kembali meresap. Bersama angin yang membawa kenangan serta masa yang mencuri usia, segala yang diucap seakan memberi makna yang sebegitu besar pula.

Ada kebenaran disebalik kata-kata lesunya. Hakikatnya, hidup ini sebenarnya adalah berkenaan tanggung jawap.

Hingga sekarang, pokcik tetap akan ingat kata-katanya itu..

Dan sampai sekarang juga, pokcik masih lagi mengumpul duit untuk membeli..

Seekor gajah!

Hik hik…


Nota Cagu :

Selamat Hari Bapa utk Tok Ayah…

Kalau dia tahu pokcik kini jadi seorang bloga yg paling glamer, tentu dia bangga.. kekekek

9 comments:

masni qisrine said...

perghhh...nama manje pokcik adalah mers....tinggi value tu..sipi2 lagik leh jadik merc..kekeke

errr...assalamualaikommm tok ayah!!!!

Mersik said...

masni - Kekekek waa jgn ler.. maluu gitu. Bak kata oang, bunyi bior sedap.. senang oang ingat kekek..

Ceh ceh kasi salam kat tok ayah tu, ada pepe ke..*wink* *wink* hik hik...hu huu

Sastri said...

betul ke nak bela gajah nih? saya nak bela beruang panda atau beruang polar atau beruang koala atau anak harimau atau anak singa kalau boleh... :D

dEW! said...

erk?! pokcik ni.. tak faham-faham! tok ayah suruh pokcik pindah dan tinggal di zoo negara tu! kehkehkeh..

masni qisrine said...

apo la...
pokcik...
kite pun pgl kt atok kite belah makcik kpd paksedare belah nenek mak kite.....tok ayah tawwww...

ehehehe...lip lap lip lap..

Abang Long said...

Sedari dulu lagi rasa macam nak panggil 'mers' sahaja. Supaya tidak mati kempunan, apakata 'bela'lah blog ini baik - baik, sebab 'dia' tidak perlu dicuci hari - hari, cuma ambil 'feather duster' sahaja - HARAP MAKLUM.

sayda said...

apa sedih sgt lagu ni?

ish ish

Jentayutiara said...

huhuhu... sy pun nk bela G.A.J.A.H.! order kat mana a?

Mersik said...

sastri - Uii..jangan la bela yg ganas2. Silap2 hari bulan kena ngap la plak nnt.. kekeke


Dewi Sukma - Amboi.. jahatnya dia.. tak apalah pindahke Zoo Negara pun, asalkan ada Ilham Corner kekekeke


masni qisrine - Oh , ye ka.. maap la, kadang2 pokcik ni perasan mengalahkan perasaan gitu.. auwww


abang long - Ha'ah.. bersih2 pakai buku ayam lagi elok. Dan tentu2 penat.. kekeke


sayda - Uii lagu nostalgia tu.. ada la memorinya kekekek


jentayutiara - Err.. errr.. tah la.. pokcik pun takat dapat tanam ubi gajah pun dah kira bagus ni kekekek.. teruskan usaha.