Tuesday, June 10, 2008

Ekon

Sebaik sampai ke rumah oang tua itu, kelihatannya dia sedang berdiri di atas bangku kecil sambil mengelap satu kotak di dinding rumahnya.

“Uii.. Pak Dolloh, buat apa tu manjat-manjat tu? Jatuh kang!” jerit Tok Lipat sekadar mengacah. Pak Dolloh yang sedang asyik menyapu-nyapu terkujat lalu menoleh. Sambil merendahkan kain pelikatnya yang sudah terlalu tinggi dilipat-lipat ( hingga atas paras lutut ) dia turun tersengih-sengih.

“Tak adalah.. ekon ni hah, dah berhabuk pulak, saja aku lap-lap sikit.” terangnya dalam nada sedikit jakun.

“Uii… dahsyatlah. Rumah Pak Dolloh sudah ada ekon..” puji pokcik sedikit kagum. Rumah separuh batu dan papan pun boleh pasang ekon. Canggih sungguh teknologi sekarang ni.

“Aku memang tak nak, tapi dah budak-budak nak pasang.. lantaklah.. lagi pun cucu-cucu aku tu semua oang bandar, manja sungguh. Tak reti nak berpanas sikit. Balik kampung saja, asyik komplen panaslah, itulah, inilah.. Alahaii,” keluh Pak Dolloh seraya menggeleng kepala, mengenang hal anak-anak dan cucu-cucunya yg sudah jadi oang lilin, tak tahan dengan cuaca panas.

“Sedap ke tido pakai ekon, nyenyak sampai ke pagi la.. kekek” usik Pokcik lagi.

“Eh tak la.. aku tak pernah pasang pun. Bila anak cucu balik jek dia oang hidupkan. Kalau aku pasang, alamat mati kejong la aku sejuk-sejuk cam ni,” balas Pak Dolloh sambil ketawa. Mungkin tak dapat membayangkan tidurnya yang seperti orang eskimo kalau ekon dibuka.

“Tu yang tak de keja, aku lap sikit-sikit,” ujarnya lagi. Secara tak langsung apabila sudah ada benda baru dalam rumah dia, walau dia tak tahu pakai pun tetap akan jadi tanggung jawapnya untuk menjaga.

“Kuat ka karan dia, Pak Dolloh. Tu, ekon jenis apa tu?” soal Tok Lipat sekadar ingin tahu. Barangkali juga berangan-angan untuk pasang satu di rumahnya.

“Hiyaa… “ jawap Pak Dolloh dengan lidah yang hampir-hampir tergeliat.

“Jenis apa Pak dolloh?” soal Tok Lipat lagi.

“Hiyaa...” Kali ni nada suara Pak Dolloh sedikit kuat.

“Ish… menyanyah pula oang tua ni. Lain yang di tanya, lain pula yang dijawapnya,” getus Tok Lipat.

“Betullah tu, dah orang kata haiyaa.. aku cakap la haiyaa “ sangkal Pak Dolloh tiba-tiba.

“Ada pulak haiyaa... “ Tok lipat yang tak puas hati lantas membetul-betulkan seluarnya sebelum memanjat untuk melihat sendiri.

Lama dia termenung di atas dengan mata yang terkebil-kebil memerhati perkataan HAIER yang tertulis di bawah kotak ekon tu.

Sekali sekala kelihatan dia menggaru kepala.

Alahaiii….

8 comments:

Abang Long said...

Pokcik, motor cycle boleh pasang ekon tak ... bukan apa ... saja je teringin ...

Mersik said...

Boleh saja. Dengan syarat... hendaklah motor itu ditunggang di Kutub Utara atau Antartika..

Kalau tak, tak berkesan gitu ekonnya hik hik

masni qisrine said...

sy sihat jer pokcik
tu laaa..pokcik dh lama xjengok sy
sian kt sy....

Rasha_rz said...

ramai juga di tempat kerja kak ila yang pakai ekon tu, nak sejukkan bos. kipas sateh yang dah jalan dah... bos2 macam berdiang di bara api. jadi pasang ekon le, cepat dipandang bos. cepat le... naik tinggi...
kehkehkeh.

Mersik said...

masni qisrine - Aloh, maap ler.. pokcik mmg nk gi tapi maklom la. oang tua ni, bukannya sihat sangat.. hik hik..


rasha_rz - Kat opis2 mmg salu ada ekon pe. Sbb tahu akan ada hati dan perasaan yg terbakor selalu hik hik. Sabo jek laa..

lla said...

Alahai..... baru aje ingat nak pasang letrik dan ekon kat pondok pok cik tapi takrif letrik nak naiklah pulok . Kira kensel jer la . Pok cik pakai ajer la kipas katalog bintang tu. Wakakakaka.....

Mersik said...

Ila - Hmm.. yo la tuh. Mmg skg barang dah baik.. Katalog bintang pun dah lama tak maih antor.. mungkin tahu kut pokcik ni bukan nk memboli di sana, cuma nk wat kipas jek..kekekek alahaiii

Mersik said...

ila - Kekek amboi..suka benor ngan kipas katalog bintang. Nnnti oang hantor katalog bintang lagi, kita wat kipas sesama ye? hik hik