Thursday, November 15, 2007

Jauh tapi mesra...


Kebiasaannya , bagi kita2 yg bermasyarakat melayu penuh dengan budaya dan tinggi adat susilanya, amat menitikberatkan akal hal2 berkaitan dengan tandang bertandang ni. Sudah menjadi kemestian pabila kita di katakan mesra atau perihatin, maka sayugia la kita jadi sering ingin bertandang2.
Selain mengeratkan siratulrahim, kita juga ingin berborak lebih lama sambil mengisi sebarang slot (hiburan, usikan, godaman, gossipan , umpatan dll ) dengan maklumat2 yg terkini.

Begitulah juga dengan adat mengenal peribadi terutama bagi oang yg muda remaja termasuk juga yg muda jiwanya. Bertandang untuk melebih kenal adalah menjadi seakan perlu pula.

Pokcik sedikit susah hati pabila dikatakan orang kurang bertandang sejak2 akhir ini. Memang, apabila kita mula dikenali dan dikasihi, maka segala yg ada didalam hati akan dipecah2 untuk memberi. Setiap insan yg selalu menjenguk ke sini harus dibubuh namanya dlm garisan kalbu serta otak ini supaya tidak lupa. Bukan bermakna terpaksa, namun kerana rasa menghargai yang tersangat2 mendalam lebih2 lagi pada yg sudi meluangkan masa mampir ( atau hampir ) ke pondok ini, melayan karenah dan keletah pokcik yang bergigi dua ini.

Ditambah pula dalam dunia maya yang serba menyentuh2 hati dan perasaan. Hinggakan orang boleh jadi terkesima , terleleh air mata dan terusik jiwanya hanya dengan mengadap skrin tiwi saban hari. (sambil geleng2 kepala)

Walau apa pun dugaan yang diterima, pokcik tetap mengingati. Kerana setiap pagi pokcik akan bersantai dianjung dan seringkali melihat pondok dari atas sampai ke bawah, lebih2 lagi tempat di mana tiang dicacakkan. ( Kira cam ala2 di mana bumi di pijak la gitu hik hik )

Lagi pun, perlukan kita bertandang selalu, sedangkan bicara sering ketemu dan perasannya, bagai sudah kenal berkurun dulu ? hu huu *wink*

Agaknya itulah yg dinamakan “ Kemesraan sejalur pandang “

Oh! Pokcik tidak berdaya menghalangnya..

(sambil menunduk wajah dengan kerlingan penuh pesona )

Alahaii…

3 comments:

Ayu Mohamad said...

yeeee begitulah seadanya :)
kdg2 tak sempat nak melawat semuanya hehehe buat pulak mcm saya ni hehehe rumah sendiri pon tak terjenguk ..
apapun.. saya dah kembali berblogging pokcikkkkkkkkkkkkk! :)

arsaili said...

sabor jer..spelling tiwi tu yang mahal tuh..ekekek. Nanti saya lawat pokcik di pondok yer..kasi jer alamat..ke rumah tak beralamat nih..ekekeke

Mersik said...

Ayu - selamat kembali ke umah sendiri kekekek.. kemas2 sikit sawang dan habuk tuu.. Lepas dan cantik molek, baru jalan2 umah kwn2 atau ajak kwn dtg wat makan2 kekekekek


arsaili - Amboi2.. cam tak biasa plak ko ni dgn bahasa2 lama pokcik kekekek.. mekasih ler krn sudi nak lawat... nnt miscall2 laa kekek. Boleh pokcik siapkan sekut n kopi awal2 kekek