Thursday, November 29, 2007

Mereka dan cinta...


(i)

Mereka kata

Cinta boleh dibeli begitu saja

Dimalam hari.

Murah dan mewah.

Aku makhluk malang kerana tidak mampu membeli jua


(ii)
Tuan ku,

Yang sebatang kara itu, berkata


Dunia jadi sepi tanpa cinta yang huru hara

Tidak ku damba cinta yang mahal harganya

Ketaksampaian bukanlah dosa

Sekurang2nya

Aku boleh tetap merindu…


(iii)

Ah! Pedulikanlah dia..

Apa bisa dia menilai cinta dalam diriku

Jikalau hakikatnya

Kami tidak sebulu...


Nota Cagu :

Sajak ini dinukilkan sebagai menyelami hati Cik Tom yang semakin dingin pada pokcik gara2 pokcik menegurkan selalu keluar2 di malam hari. Apatah lagi dalam musim2 mengawan ini.

5 comments:

antuash said...

pokcik mmg tak baik tau! klu pokcik dh takdak keinginan, jgn ler nak sekat cik tom yg masih berkeinginan.. kejam tau namanya!

arsaili said...

uhuhu..sapa cik tom tu pokcik? muda beli lai ker? pokcik lain la dah expired..ekekeke

Mersik said...

antuash - Uiii ada plak cam tu. Pokcik sbgi oang tua.. menasihati jek.. kat luo sana ada byk kucing yg ganas2.. kang dicekaunya.. pokcik jugak yg susah nk menjaganya.. mengiau2 payplo malam.. hik hik


arsaili - Ooo tak kenal cik Tom ka? kekek.. Cik Tom tu cik Tompang.. kucing yg mendiami pondok pokcik pas ni, pas tu wat cam umah sendiri. keluar masuk sesuka hati, tido kesiangan, mlm merayapo, tak mkn nasihat dan saman..

Sekian terima kasih hik hik

Purpleheart said...

Janganla disekat kemahuan cik tom tu, dia pun makhluk tuhan juga. Sian dia..

Mersik said...

purpleheart - Aloh.. puas sudah dikabo serta dinasihati. Tapi.. dia keluar gak.. hu huu