Friday, November 09, 2007

Syawal yang pergi...


Hari ini pokcik merasa sangat sedih sedikit, kerana mengikut kalender Hijriah yang digunapakai oleh umat Islam, ia merupakan hari terakhir Syawal yakni yang kita paling senang faham sebagai bulan berhari raya.

Alahaii… sungguh deras ianya berlalu, membawa sama segala keriangan dan ceria yang melimpah2 pada hati, jiwa, senyuman serta perut2 sekelian. Hari dimana kita dijamu lebih dari hari2 biasa dengan segala macam makanan yang enak2 dan lebih kuantitinya.

Yang mana kita juga terlupa bahawa Aidil fitrinya hanya hari pertama sahaja manakala Syawalnya sahaja yang sebulan, dah kita beraya sebulan itulah kekununnya.

Begitu juga hari kita berpeluang berjumpo semua sedara mara yang jauh dimata dan barangkali jauh juga di hati. Berziarah yg tua serta yang muda sambil peluk cium dahi pipi, menghulur salam sesama sambil menadah2 apa2 yg perlu… ( duit raya )

Oh, meriah sungguh kalau dikenang2kan detik manis itu…

Entah kenapa diakhir2 zaman ini, segala2nya bergerak lebih pantas dari apa yang difikirkan. Baik yang molek2 mahupun yang jelek2.

Bertuahlah sekelian kamu yg telah memunafaatkan sebulan ini dengan segala rasa syukur pada Tuhan serta merapatkan hubungan kasih sesama insan. Lagi pun, memang itulah yang diharapkan dalam Syawal ini. Penuh ceria dan gumbira.

Semoga ditahun hadapan, akan dapat bersua lagi… insyaAllah.


Nota Cagu :

“Tok, kalau kita dah habis puasa 6, bolehlah raya lagi 6 hari ek tok?,“ soal Dol yang sudak terpacak di muka tangga pada pagi yang hening tadi. Sahihlah, dia ponteng tadika!

“Uish.. mana ada cam tuh. Ko ni pandailah... „“ ujar Pokcik seraya menepuk dahi. Macam2 budak soang ni...

Sebenarnya dia (Dol) ni tak pernah cukup pun puasa tahun ni, tak sampai pun 6 hari... kekekek

Ceh.. ada hati nak raya lama.

4 comments:

aida adriani said...

pokcik pakai kalendar mano tu? kalendar kita, baru 28 Syawal, masih ada satu hari lai kalu nk rayo.. :D

© Oshun/EM Muhammad/Nadia Emarele Muhammad said...

Oooo... Dol ni belajar dengan siapa gamaknya nih... gegegege. Pokcik kot yang ajar. Sekarang, dah cemaih!!! Maruku ada lagi. Benor ke nak?
Syawal yang pergi akan muncul kembali... tahun depan. Moga umur kita panjang untuk menyambutnya. Amin.

dEW! Sukm@ said...

Salam Pokcik, sempena hari terakhir Syawal 1428 Hijrah ini DS nak ucap salam lebaran!

(Psssst Dol, tak lama lagi dah nak raya haji plak tau.. hehe.. kali ni lagi best sbb tak payah pose!)

Mersik said...

aida adriani - Ooo barangkali itu kalender planet zargus kut.. kekek.. saja jek wat thrill suaya oang cepat2 beraya lagi last2 minit ni.. cam SALE gak.. lagi hujung2 lagi ligat oang gii.. hu huu


OD - Hu huu mudah2an gitu. Tahun depan dapatlah kite beraya, berjumpa sesama sambil mkn2 koi sampai kembong perut kekekek... 30 hari 30 mlm oo.. hu huuu

Dewi Sukma - Kekekek ada gak oang yg ucap raya last2 minit ni, adoh .. nak nangis la plak pokcik nih.. hu huuu

Raya haji kira leh raya gak kan? kekekek